1.0 PENGENALAN
Pendidikan merupakan satu aspek yang penting dalam setiap
diri individu dan ia memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif
yang dinamik dalam semua aspek kehidupan. Secara umumnya, pendidikan selalu
dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran,
penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam konteks kanak-kanak,
pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang
serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa
sahaja yang ada di persekitaran. Ilmu atau kemahiran yang diperoleh akan
diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan
sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang.
Emosi adalah
perkataan yang berasal dari perkataan Greek iaitu “emovere“ yang bermaksud
untuk keluar. Secara ringkas dapat difahamkan bahawa ianya adalah meluahkan
perasaan. Emosi adalah perasaaan yang melibatkan reaksi psilogikal yang sukar
dikesan dan ditunjukkan dengan ciri-ciri dan bentuk-bentuk yang tertentu. Dalam
perkembangan kanak-kanak ianya adalah aspek yang penting selain perkembangan
kognitif iaitu fungsi otak dan juga pemikiran serta tingkah laku kanak-kanak
itu sendiri Tingkah laku emosi boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu yang
pertama adalah berpunca dari faktor luaran dengan menunjukkan reaksi emosi yang
boleh dilihat seperti ketawa, senyum, menangis, masam muka , tidak berkata dan
sebagainya. Yang kedua adalah ia berpunca dari faktor dalaman iaitu perasaan
emosi yang dilahirkan melalui tingkah laku emosi yang berubah mengikut tindak
balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan-rakan. Emosi juga adalah
merupakan tindak balas perlakuan kanak-kanak dan merupakan cara yang paling
mudah untuk mereka mengeluarkan fikiran dan perasaan.
Kemahiran sosial pula adalah kemahiran
kanak-kanak untuk mereka membina kesedaran tentang orang lain dan perasaan
mereka. Kanak-kanak mempunyai kebolehan untuk mengekalkan perhubungan tersebut
dan menjadikan mereka pandai dan mudah untuk mendekati orang lain serta dapat
berkomunikasi dengan cara yang efektif. Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran
sosial akan mematuhi peraturan sosial dan berkebolehan bertingkah laku dalam
kumpulan secara harmoni. Mereka dapat melibatkan diri dengan berfikir tentang
kendiri , orang lain dan cara sesuatu perhubungan sosial itu dijalankan.
Kemahiran
emosi dan sosial pula ialah kebolehan untuk memahami, mengurus dan melahirkan
aspek emosi dan sosial dalam kehidupan seseorang dalam cara yang membolehkan
seseorang berjaya menguruskan tugas-tugas dalam kehidupan seperti pembelajaran,
membentuk perhubungan, menyelesaikan masalah dan menyesuaikan kehendak-kehendak
pertumbuhan dan perkembangan. Konsep ini merangkumi kesedaran kendiri, kawalan
sifat impulsive, bekerja secar koperatif, menyayangi diri dan orang lain.
Pendidikan sosial dan emosi pula ialah satu proses dalam mana seseorang membina
kemahiran, sikap dan nilai yang perlu untuk memperoleh kecekapan sosial dan
emosi.
2.0 LAPORAN PENULISAN AKADEMIK
Postmortem juga diadakan selepas projek pertandingan
bercerita kanak-kanak Prasekolah Al-Falah berakhir. Antara masalah sosioemosi
yang dihadapi oleh Amsyar ialah dia tidak berani untuk memandang ke hadapan
semasa bercerita, kelihatan sangat malu iaitu hanya memandang ke bawah
sepanjang sesi bercerita tersebut dan cepat panik bila berhadapan dengan orang
ramai. Selain itu juga, penggunaan intonasi suara juga kurang sesuai semasa
bercerita dan kurang mengucapkan perkataan salam ketika berjumpa dengan
guru-guru pelatih.
Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh Amsyar iaitu
penggunaan intonasi suara yang kurang sesuai dalam sesuatu situasi, saya
berpendapat bahawa teori pembelajaran sosial dan sosial kognitif yang
diperkenalkan oleh Albert Bandura amat sesuai digunakan iaitu Bandura
menyatakan bahawa manusia secara semula
jadi belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian. Amsyar tidak dapat
membuat intonasi suara tinggi, rendah, gembira, sedih dan bertanya. Hal ini
dapat diatasi apabila guru menjadi model kepada kanak-kanak prasekolah iaitu
guru harus menggunakan intonasi yang sesuai dalam sesuatu situasi dan
menunjukkan tingkah laku yang baik kepada kanak-kanak agar Kanak-kanak akan
memerhati dan mula meniru perlakuan guru tersebut. Oleh itu guru haruslah peka
dalam sesuatu perkara yang hendak dilakukan.
Selain itu, untuk mengatasi masalah Amsyar seperti kurang
mengucapkan perkataan salam, saya berpendapat ianya dapat diatasi dengan
menggunakan model Asertif Lee Center (1976). Hal ini kerana model ini
menekankan peraturan dalam bilik darjah sebagai satu langkah mengurus tingkah
laku murid. Peranan guru adalah untuk memastikan bahawa semua murid akan dapat
mengikuti peraturan agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan lancar. Ironinya, guru harus menetapkan satu bentuk peraturan di
prasekolah dan perlu diikuti peraturan tersebut oleh kanak-kanak pada setiap
hari. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan disiplin kanak-kanak prasekolah
terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh kanak-kanak harus memberi salam pada
guru, pembantu serta orang yang datang ke prasekolah setiap hari, mengucapkan
terima kasih apabila menerima sesuatu daripada seseorang, memakai pakaian yang
kemas, membuang sampah di tong sampah, menjaga pergaulan dan sebagainya. Guru
haruslah memainkan peranan yang penting dalam menguruskan kanak-kanak seperti
bersikap adil, jangan terlalu garang, serta penyayang dalam menjalankan
peraturan dalam bilik darjah. Hal ini bertepatan dengan guru asertif iaitu guru
yang tidak pasif dan juga tidak agresif tetapi guru yang konsisten dalam
mengambil tindakan yang sesuai terhadap peraturan yang ditetapkan.
Menurut Teori Perkembangan Psikososial Erik Ericson
(1963) ketika berumur antara tiga hingga
lima tahun, kanak-kanak mula berupaya menerokai persekitaran dan mencipta
aktiviti sendiri. Mereka mempunyai persekitaran fizikal yang lebih luas dan
bebas bergerak. Perkembangan bahasa berkembang dengan cepat dan mereka dapat
menyoal, memahami jawapan dan dapat membayangkan berbagai-bagai kemungkinan.
Hasil positif pada tahap ini ialah inisiatif. Sebaliknya jika kanak-kanak pada
tahap ini dihalang daripada melaksanakan kehendak mereka dan rancangan
aktivitinya oleh ibu bapa, hal ini akan memperkembang rasa bersalah yang akan
membawa kepada perasaan takut dan kurang tegas. Hal seperti ini boleh dilihat
ketika kami menunjukkan cerita toyol kepadanya dan dia memberi segala
pendapatnya tentang toyol berkenaan. Dia mula banyak bertanya tentang kewujudan
toyol, pengalamannya sebelum ini dengan melihat cerita toyol, rupa bentuk toyol
dan sebagainya. Kami memberi pilihan kepadanya sama ada bersetuju ataupun tidak
jika cerita ini dipersembahkan dalam pertandingan dan tanpa segan silu Amsyar
bersetuju memilih cerita ini sebagai persembahan ketika pertandingan nanti. Ini
dapat menjadikan kanak-kanak tersebut membuat keputusan sendiri berdasarkan
pemikiran mereka tanpa pemaksaan daripada orang lain dan meningkatkan pemikiran
kreatif dan kritis mereka.
Untuk mengatasi perasaan malu kanak-kanak tersebut, Teori
Pelaziman Operan B.F Skinner juga dapat memberi kesan yang positif bagi
mengatasi masalah tersebut. Skinner memperkenalkan dua kategori peneguhan iaitu
positif dan negatif. Peneguhan positif berupa peneguhan yang diberikan menjadi
rangsangan kepada tingkah laku seterusnya. Ketika permulaan sesi latihan
bercerita, Amsyar kelihatan amat malu dengan kami. Oleh itu kami telah
memberikan peneguhan yang positif kepadanya iaitu memberi pujian, galakan,
kata-kata semangat dan hadiah kepadanya. Hal ini menjadikan Amsyar tidak lagi berasa
segan dengan kami dan dapat mengikuti segala arahan dengan cepat. Ini
menjadikan proses pengajaran kami berlaku dengan berjalan lancar. Tetapi pada
pertandingan Amsyar kelihatan malu dan segan kerana di hadapannya terdapat
ramai rakan-rakan dan guru-guru pelatih. Hal ini kerana Amsyar cepat panik jika
ramai orang di hadapannya. Oleh itu latihan demi latihan yang mantap dapat
menjadikan Amsyar seseorang yang berani pada suatu ketika nanti.
kami sangat berpuas hati dengan komitmen yang diberi oleh
Amsyar. Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pertandingan bercerita ini
berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung. Diharap pertandingan bercerita dapat
dijalankan lagi pada masa akan datang dan dapat mencungkil bakal murid
prasekolah.
3.0 PERKEMBANGAN
Pertandingan
bercerita kanak-kanak prasekolah bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir
pada pukul 11.05 pagi. Pertandingan ini telah diadakan di Prasekolah Al-Falah
SK Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’Razali Ismail. Pengacara majlis untuk
pertandingan ini terdiri daripada guru-guru pelatih PISMP Prasekolah semester 4
iaitu Mohamad Amirul Naim bin Zainuddin dan Tay Yee Zoe. Juri-juri pula adalah
terdiri daripada Encik Abd. Halim bin Ismail, Puan Norasmah binti Mohd Noor dan
saudari Ann Rutbah binti Mohd Adnan. Terdapat 6 orang kanak-kanak prasekolah
yang akan bertanding dalam pertandingan bercerita ini. Selain itu, seramai45
orang kanak-kanak prasekolah menjadi
penonton melihat rakan-rakan mereka bercerita.
Dalam
kumpulan kami, kanak-kanak prasekolah yang bernama Muhammad Izat Hamsyari Bin
Abd. Halim telah dipilih untuk menjadi
peserta dalam aktiviti bercerita. Setelah di undi, Amsyar telah mendapat nombor
ketiga iaitu nombor giliran untuk bertanding. Sementara menunggu giliran,
Amsyar kelihatan berdebar-debar, dia juga menangis sambil menundukkan
kepalanya. Kami ada meletakkan patung di dalam perut Amsyar untuk menjadikan watak toyol sebagai hantu
yang buncit. Setelah ditanya kenapa menangis barulah kami faham bahawa
Amsyar tidak menyukai kelihatan perut
buncit. Oleh itu kami telah membuang patung tersebut dari perut Amsyar.
Alhamdulillah, keadaan tersebut akhirnya dapat dikawal selepas ahli-ahli
kumpulan memberi keyakinan kepada Amsyar. Akhirnya, Amsyar berjaya mendapat
tempat kedua dalam pertandingan bercerita tersebut.
Sementara menunggu pengiraan markah oleh ahli jawatankuasa
pertandingan, kami telah membuat persembahan dengan murid-murid prasekolah.
Kami telah menyanyikan lagu Aku Yang Dulu oleh Tegar bersama-sama dengan murid.
Kelihatan murid sangat terhibur menyanyikan lagu tersebut. Pertandingan
bercerita diteruskan dengan Majlis Penyampaian Hadiah. Pensyarah Penyelaras
Subjek Perkembangan Kerohanian dan Moral Kanak-kanak Prasekolah (PRA 3108)
iaitu Encik Abd. Halim menyampaikan hadiah kepada peserta-peserta. Kelihatan
semua murid prasekolah tidak sabar untuk mengetahui pemenang pertandingan
bercerita. Pertandingan bercerita ini dimenangi oleh Nur A’lia A’tiqah bt Mohd
Shafian. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Muhammad Izzat Hamsyari b. Abd.
Halim. Seterusnya tempat ketiga dimenangi oleh Alwani bt. Mohd Fadzli.
Selepas Majlis
Penyampaian Hadiah, Ketua Projek iaitu Nurul Amirah Syazana Binti Mohd Naim,
guru pelatih IPG KDRI memberi ucapan tentang pertandingan bercerita kanak-kanak
prasekolah. Pertandingan Bercerita Kanak-kanak Prasekolah berakhir dengan
aktiviti menyanyikan lagu bersama-sama
di antara guru-guru pelatih dengan kanak-kanak prasekolah. Lagu yang
dinyanyikan bersama-sama ialah dari kumpulan Tegar iaitu “Aku Yang Dulu
Bukannya Yang Sekarang”. Alhamdulillah sepanjang pertandingan tersebut
dijalankan dengan lancar dan berakhir dengan sempurna.
4.0 LAPORAN PENULISAN AKADEMIK
Postmortem juga diadakan selepas projek pertandingan
bercerita kanak-kanak Prasekolah Al-Falah berakhir. Antara masalah sosioemosi
yang dihadapi oleh Amsyar ialah dia tidak berani untuk memandang ke hadapan
semasa bercerita, kelihatan sangat malu iaitu hanya memandang ke bawah
sepanjang sesi bercerita tersebut dan cepat panik bila berhadapan dengan orang
ramai. Selain itu juga, penggunaan intonasi suara juga kurang sesuai semasa
bercerita dan kurang mengucapkan perkataan salam ketika berjumpa dengan
guru-guru pelatih.
Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh Amsyar iaitu
penggunaan intonasi suara yang kurang sesuai dalam sesuatu situasi, saya
berpendapat bahawa teori pembelajaran sosial dan sosial kognitif yang
diperkenalkan oleh Albert Bandura amat sesuai digunakan iaitu Bandura
menyatakan bahawa manusia secara semula
jadi belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian. Amsyar tidak dapat
membuat intonasi suara tinggi, rendah, gembira, sedih dan bertanya. Hal ini
dapat diatasi apabila guru menjadi model kepada kanak-kanak prasekolah iaitu
guru harus menggunakan intonasi yang sesuai dalam sesuatu situasi dan
menunjukkan tingkah laku yang baik kepada kanak-kanak agar Kanak-kanak akan
memerhati dan mula meniru perlakuan guru tersebut. Oleh itu guru haruslah peka
dalam sesuatu perkara yang hendak dilakukan.
Selain itu, untuk mengatasi masalah Amsyar seperti kurang
mengucapkan perkataan salam, saya berpendapat ianya dapat diatasi dengan
menggunakan model Asertif Lee Center (1976). Hal ini kerana model ini
menekankan peraturan dalam bilik darjah sebagai satu langkah mengurus tingkah
laku murid. Peranan guru adalah untuk memastikan bahawa semua murid akan dapat
mengikuti peraturan agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan lancar. Ironinya, guru harus menetapkan satu bentuk peraturan di
prasekolah dan perlu diikuti peraturan tersebut oleh kanak-kanak pada setiap
hari. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan disiplin kanak-kanak prasekolah
terhadap sesuatu perkara. Sebagai contoh kanak-kanak harus memberi salam pada
guru, pembantu serta orang yang datang ke prasekolah setiap hari, mengucapkan
terima kasih apabila menerima sesuatu daripada seseorang, memakai pakaian yang
kemas, membuang sampah di tong sampah, menjaga pergaulan dan sebagainya. Guru
haruslah memainkan peranan yang penting dalam menguruskan kanak-kanak seperti
bersikap adil, jangan terlalu garang, serta penyayang dalam menjalankan
peraturan dalam bilik darjah. Hal ini bertepatan dengan guru asertif iaitu guru
yang tidak pasif dan juga tidak agresif tetapi guru yang konsisten dalam
mengambil tindakan yang sesuai terhadap peraturan yang ditetapkan.
Menurut Teori Perkembangan Psikososial Erik
Ericson(1963) ketika berumur antara tiga
hingga lima tahun, kanak-kanak mula berupaya menerokai persekitaran dan
mencipta aktiviti sendiri. Mereka mempunyai persekitaran fizikal yang lebih
luas dan bebas bergerak. Perkembangan bahasa berkembang dengan cepat dan mereka
dapat menyoal, memahami jawapan dan dapat membayangkan berbagai-bagai
kemungkinan. Hasil positif pada tahap ini ialah inisiatif. Sebaliknya jika
kanak-kanak pada tahap ini dihalang daripada melaksanakan kehendak mereka dan
rancangan aktivitinya oleh ibu bapa, hal ini akan memperkembang rasa bersalah
yang akan membawa kepada perasaan takut dan kurang tegas. Hal seperti ini boleh
dilihat ketika kami menunjukkan cerita toyol kepadanya dan dia memberi segala
pendapatnya tentang toyol berkenaan. Dia mula banyak bertanya tentang kewujudan
toyol, pengalamannya sebelum ini dengan melihat cerita toyol, rupa bentuk toyol
dan sebagainya. Kami memberi pilihan kepadanya sama ada bersetuju ataupun tidak
jika cerita ini dipersembahkan dalam pertandingan dan tanpa segan silu Amsyar
bersetuju memilih cerita ini sebagai persembahan ketika pertandingan nanti. Ini
dapat menjadikan kanak-kanak tersebut membuat keputusan sendiri berdasarkan
pemikiran mereka tanpa pemaksaan daripada orang lain dan meningkatkan pemikiran
kreatif dan kritis mereka.
Untuk mengatasi perasaan malu kanak-kanak tersebut, Teori
Pelaziman Operan B.F Skinner juga dapat memberi kesan yang positif bagi
mengatasi masalah tersebut. Skinner memperkenalkan dua kategori peneguhan iaitu
positif dan negatif. Peneguhan positif berupa peneguhan yang diberikan menjadi
rangsangan kepada tingkah laku seterusnya. Ketika permulaan sesi latihan
bercerita, Amsyar kelihatan amat malu dengan kami. Oleh itu kami telah
memberikan peneguhan yang positif kepadanya iaitu memberi pujian, galakan,
kata-kata semangat dan hadiah kepadanya. Hal ini menjadikan Amsyar tidak lagi
berasa segan dengan kami dan dapat mengikuti segala arahan dengan cepat. Ini
menjadikan proses pengajaran kami berlaku dengan berjalan lancar. Tetapi pada
pertandingan Amsyar kelihatan malu dan segan kerana di hadapannya terdapat
ramai rakan-rakan dan guru-guru pelatih. Hal ini kerana Amsyar cepat panik jika
ramai orang di hadapannya. Oleh itu latihan demi latihan yang mantap dapat
menjadikan Amsyar seseorang yang berani pada suatu ketika nanti.
kami sangat berpuas hati dengan komitmen yang diberi oleh
Amsyar. Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pertandingan bercerita ini
berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung. Diharap pertandingan bercerita dapat
dijalankan lagi pada masa akan datang dan dapat mencungkil bakal murid
prasekolah.
5.0 PENUTUP
Kesimpulannya, hampir semua kanak-kanak prasekolah mempunyai
masalah dalam sosio emosi. Sebagai seorang guru, pengetahuan tentang
perkembangan sosioemosi kanak-kanak haruslah ada supaya masalah sosioemosi yang
berlaku dalam kalangan kanak-kanak boleh diatasi agar proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas berjalan dengan lancar.
Selain
daripada itu, guru haruslah peka terhadap keadaan emosi kanak-kanak sepanjang
masa mereka menduduki pembelajaran di kelas. Kepekaan ini amat penting kerana
jika terdapat kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi, pembelajaran
kanak-kanak akan terjejas dan menyebabkan objektif pengajaran dan pembelajaran
guru tidak tercapai. Di samping itu juga, guru haruslah menyelidiki masalah
yang dihadapi oleh kanak-kanak yang bermasalah seterusnya mengenal pasti punca
ataupun faktor kanak-kanak tersebut mengalami masalah tersebut. Contohnya,
menyiasat latar belakang keluarga kanak-kanak tersebut, ekonomi dan sebab lain
yang menyebabkan masalah sosioemosi tersebut. Oleh itu, cara untuk mengatasi
masalah ini dapat dicari dan seterusnya memperbaiki masalah sosioemosi
kanak-kanak. Natijahnya, penyelesaian masalah sosioemosi akan terus ditangani
dan kanak-kanak juga dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran.
Di samping
itu, guru boleh mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajarannya. Hal ini
demikian kerana teknik pengajaran yang kurang menarik akan mengundang masalah
sosioemosi kanak-kanak sehingga melakukan tingkah laku yang negative seperti
disruptif iaitu mengganggu dan mengacau pengajaran dan pembelajaran di kelas.
Tamsilnya, menggunakan teknik bercerita dalam pengajaran. Kesannya, pengajaran
akan menarik perhatian kanak-kanak dan membolehkan seluruh perhatian mereka
tertumpu kepada guru kerana mendengar guru bercerita. Justeru itu, guru
haruslah melakukan pemerhatian terhadap setiap kanak-kanak yang mempunyai
masalah dan merancang pengajaran dengan rapi dan teratur agar memenuhi
keperluan kanak-kanak ketika di dalam kelas.
Seterusnya, pengajaran yang dilakukan haruslah mengikut kemampuan
kanak-kanak. Hal ini terjadi kerana masalah sosioemosi kanak-kanak juga
bergantung dengan tahap pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru.
Pengajaran yang melebihi had pengetahuan kanak-kanak akan menyebabkan mereka
tidak mengetahui dan menghayati setiap pembelajaran yang mereka jalankan.
Contohnya, aktiviti yang tidak berkaitan dengan aktiviti rutin harian
kanak-kanak dan pengetahuan sedia ada kanak-kanak. Hal ini mengakibatkan
kanak-kanak tidak dapat mengikuti aktiviti secara keseluruhan dan akan lebih
banyak melihat daripada membuat serta melakukan aktiviti sendiri ataupun
mengganggu rakan lain. Pengetahuan yang mereka dapat juga hanya sedikit,
melainkan aktiviti tersebut dibuat dan diubahsuai mengikut tahap kemampuan
kanak-kanak. Dengan itu, masalah sosioemosi yang dilakukan kanak-kanak dapat
diatasi dan pengajaran juga tidak akan menimbulkan kekeliruan kanak-kanak.
Dalam pada
itu, sosioemosi kanak-kanak juga bergantung dengan keadaan bersama keluarganya
ketika di rumah. Kanak-kanak juga amat memerlukan sokongan daripada keluarganya
dalam apa jua yang dilakukannya. Hal ini bersangkut-paut dengan sosioemosi
kerana kanak-kanak ingin keluarganya sentiasa menyokong dan menghargai sesuatu
aktiviti yang dilakukannya. Sebagai contoh, ketika pertandingan bercerita yang
telah dijalankan, terdapat kanak-kanak yang kurang yakin dan hampir tidak mahu
meneruskan pertandingan kerana ahli keluarganya tidak memberi semangat
terhadapnya. Hal ini mengakibatkan, kanak-kanak kurang yakin untuk menonjolkan
bakatnya dan emosinya juga terganggu menyebabkannya hampir tidak mengikuti
pertandingan. Walaubagaimanapun, emosinya sedikit pulih dan berkeyakinan
setelah guru pelatih yang membimbingnya memberikan semangat dan sokongan
terhadapnya. Jelaslah bahawa ibu bapa juga mempunyai peranan yang penting dalam
memastikan kanak-kanak terhindar daripada masalah sosioemosi.
Kesimpulannya, peranan semua pihak adalah amat penting untuk memastikan
masalah kanak-kanak dalam sosioemosi dapat ditangani. Guru juga haruslah
mempunyai pengetahuan dalam menangani masalah sosioemosi kanak-kanak ketika di
sekolah agar mereka dapat mengikuti dan mendapat input dalam pembelajaran yang
dijalankan. Ibu bapa pula hendaklah memastikan masalah dalam keluarga tidak
mengganggu sosioemosi kanak-kanak.
REFLEKSI (AZIZUL
KHUZAIRI BIN ABDUL AZIZ 920811-11-5795)
Syukur Ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat saya
menyiapkan kerja kursus ini dengan masa yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Puan Norasmah binti Mohd Noor
kerana banyak menyumbang idea dan membimbing kami untuk menyiapkan tugasan ini.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan saya
iaitu Aliff Syafiq, Freda Laleng Jok, Masronieka dan Rabiatul Iqmar kerana
tidak jemu memberi tunjuk ajar dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Mereka
sering berkongsi pendapat dalam menyiapkan tugasan ini. Saya berasa amat
berbangga kerana mereka semua tidak lokek untuk berkongsi ilmu kepada saya.
Tanpa mereka tidak mungkin saya dan
rakan sekumpulan dapat menyiapkan
tugasan ini dengan sempurnanya.
Saya dan rakan sekumpulan telah menerima satu tugasan projek
daripada pensyarah untuk subjek Perkembangan Sosioemosi Kanak-kanak (PRA 3107).
Alhamdulillah, Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan
sebaiknya. Saya bertungkus-lumus menyiapkan
tugasan ini agar saya dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab saya sebagai
seorang guru pelatih di IPGKDRI.
Hubungan antara saya dengan rakan-rakan serta para pensyarah
juga semakin rapat. Hal ini demikian kerana segala aktiviti akan kami harungi
bersama dan segala perkara yang tidak tahu akan saya bertanya pada mereka.
Hubungan silaturahim amat penting kerana dapat mewujudkan suasana yang harmoni
yang membolehkan sesuatu kerja itu dapat dilakukan dengan sempurna. Dari segi
peranan seorang guru pula, apa yang telah saya pelajari ialah guru bukan sahaja
mengajar tetapi juga sebagai pembimbing, penyelaras dan fasilitator untuk
sesuatu program yang berlangsung.
Pada permulaan mendapat tugasan ini, saya dan rakan-rakan
sekumpulan telah membahagikan tugasan untuk mencari maklumat-maklumat yang
dikehendaki dalam tugasan. Alhamdulillah kerjasama yang diberikan amat
memberangsangkan. Saya berusaha dengan sebaik mungkin untuk mencari
maklumat-maklumat sama ada di perpustakaan Ibnu Sinar, buku, internet dan
sebagainya. Setelah kesemua dapat dicari, kami akan mengumpulkan dan menyemak
kembali sama ada bahan-bahan tersebut menepati kehendak tugasan atau tidak.
Semasa kami meninjau di Prasekolah Al-Falah, saya telah
mengenal pasti masalah sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak di prasekolah.
Sebelum mencatat ciri-ciri tentang sosioemosi tersebut, saya telah menyediakan
satu senarai semak terhadap tingkah laku kanak-kanak yang dipilih. Ciri-ciri
yang telah dinyatakan ialah bahasa, tingkah laku, afektif dan sosial. Semasa
membuat pemerhatian tentang kanak-kanak yang dipilih, saya telah mencatat
ciri-ciri yang berkenaan. Kanak-kanak yang dipilih ialah adik Muhammad Izzat
Hamsyari bin Abd. Halim. Melalui pemerhatian yang dibuat, saya dapat mengetahui
kekuatan dan kelemahan adik Muhammad Izzat Hamsyari bin Abd. Halim. Ironinya
segala kelemahan akan saya mengatasinya.
Hasil daripada
perbincangan ahli kumpulan, kami memilih cerita bertajuk “Toyol” sebagai cerita
kanak-kanak yang berkaitan dengan perkembangan sosioemosi dan perkembangan
sahsiah kanak-kanak. Kami memilih cerita ini kerana laras bahasa amat mudah
yang dapat memudahkan kanak-kanak menghafal dengan cepat serta mengingati
cerita tersebut dalam jangka masa yang lama. Sebelum beberapa minggu
pertandingan, kami telah memberi skrip berkenaan dengan cerita tersebut dan
menyuruh menghafal ketika berada di rumah. Alhamdulillah, kanak-kanak ini telah
menguasai penghafalan tersebut kerana pada pemerhatian kami kanak-kanak ini
amat petah berkata-kata, mempunyai sikap ingin mencuba serta menghormati
orang-orang yang berada di sekelilingnya.
Pada sesi latihan pula, kami telah mengajar kanak-kanak
tersebut tentang gaya penyampaian, intonasi suara serta sentiasa pandang ke
hadapan ketika bercerita. Pada permulaan, kanak-kanak ini berasa segan dengan
kehadiran kami. Namun lama-kelamaan, kanak-kanak tersebut sudah berasa selesa
dengan kehadiran kami. Guru-guru pelatih juga hendaklah peka dengan keadaan
kanak-kanak prasekolah. Hal ini demikian kerana, apabila kanak-kanak berasa
bosan terhadap sesuatu perkara, mereka akan malas untuk membuat aktiviti.
Sebagai contoh, kami telah menyuruh kanak-kanak tersebut untuk bercerita
berulang kali dengan membuat gaya serta intonasi suara. Namun apa yang dilihat
kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan diam serta tidak mahu mengikut arahan
guru-guru pelatih. Ini membuatkan kami tertanya-tanya apakah punca masalah
kanak-kanak bersikap sedemikian. Setelah banyak kali perkara tersebut berlaku,
kami dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi namun kami cuba untuk
memperbaikinya. Kami juga selalu memberikan kata-kata semangat kepada
kanak-kanak tersebut agar dia sentiasa berada dalam keadaan yang berkeyakinan
tinggi. Kanak-kanak tersebut juga amat menghormati orang yang berada di
sekelilingnya. Hal ini kerana, apabila saya memulakan topik perbincangan kami,
kanak-kanak tersebut memberikan tindak balas yang begitu memuaskan. Selain itu,
kanak-kanak ini juga sedia menerima perubahan ke atas dirinya. Sebagai contoh
jika kami menyuruh memperbaiki kelemahannya, Amsyar sedia untuk menerima teguran
tersebut dan membuat perubahan dan mempersembahkan kepada kami.
Masalah yang dihadapi pula adalah berkenaan dengan
persediaan pemakaian bagi watak yang di ceritakan iaitu toyol. Kami mempunyai
masalah untuk membekalkan pakaian kepada kanak-kanak tersebut. Kami ada
menyuruh kanak-kanak itu bertanya kepada keluarganya sama ada mempunyai atau
tidak baju dan seluar yang berwarna hijau di rumah. Namun jawapan yang
diberikan adalah tidak ada. Oleh itu, hasil perbincangan kami, kami telah
bersepakat untuk mengumpul duit untuk membeli baju dan seluar kanak-kanak
tersebut. Saya dan rakan-rakan telah mencari baju dan seluar tersebut di
beberapa buah kedai namun kebanyakan adalah hampa kerana kehabisan saiz. Namun
kami tidak berputus asa, akhirnya kami telah berjaya menemui baju dan seluar
berwarna hijau di kedai berhampiran dengan kawasan Gong Badak, Kuala
Terengganu.
Setelah pakaian tersebut dibeli, kami menyuruh kanak-kanak
tersebut mencuba sama ada muat atau tidak. Setelah kanak-kanak tersebut
memakai, dia sangat menyukai pakaian itu dan tidak sabar untuk memakai pada
hari pertandingan. Pada hari pertandingan
pula, Amsyar kelihatan sedih dan kurang berkeyakinan malahan menangis
sebelum pertandingan bermula. Pada pendapat saya, kanak-kanak tersebut
menyedari bahawa pakaiannya tidak secantik kawan-kawannya yang lain yang
mengambil bahagian dalam pertandingan. Tambahan pula, kami ada meletakkan
patung di dalam perut kanak-kanak itu untuk menjadikan watak toyol sebagai
hantu yang buncit. Setelah ditanya kenapa menangis barulah kami faham bahawa
kanak-kanak tersebut tidak menyukai kelihatan perut buncit. Oleh itu kami telah
membuang patung tersebut dari perut kanak-kanak itu. Setelah tiba giliran
Amsyar bercerita iaitu giliran yang ketiga, kanak-kanak itu kelihatan kurang
berkeyakinan dan menunduk kepalanya di bawah serta lambat untuk mengingati
jalan penceritaan. Namun cerita yang disampaikan amat jelas, kuat dan tersusun.
Ini menunjukkan bahawa Amsyar amat malu apabila berhadapan di khalayak ramai.
Kami juga berasa lega kerana kanak-kanak tersebut dapat meneruskan jalan
ceritanya dengan elok walaupun terdapat sedikit kesilapan. Setelah diumumkan
pemenang bagi pertandingan bercerita, Amsyar telah mendapat tempat kedua
daripada enam orang peserta. Amsyar juga menunjukkan reaksi yang gembira dan
kami memberi nasihat bahawa jika Amsyar memandang ke hadapan semasa bercerita
berkemungkinan Amsyar akan mendapat tempat pertama. Reaksi yang diberikan oleh
Amsyar amat positif iaitu Amsyar telah berjanji akan memandang ke hadapan pada
pertandingan masa-masa akan datang dan akan membuang perasaan malu apabila
berada di khalayak ramai. Ini menunjukkan bahawa perkembangan emosi dan konsep
kendirinya telah meningkat dari negatif menjadi posiif.
Selain itu, tugasan ini dikehendaki untuk menulis penulisan
akademik. Melalui laporan yang telah saya buat, saya telah dapat mengenal pasti
masalah-masalah sosioemosi yang sering dihadapi oleh kanak-kanak. Sebagai
contoh “bertanya tentang pelajaran, mengganggu rakan, berkongsi alatan permainan”
dan sebagainya. Oleh itu, untuk mengatasi masalah-masalah sosioemosi ini, saya
telah mencari langkah-langkah yang betul dari sumber-sumber yang berkaitan
seperti buku, internet, jurnal dan sebagainya. alhamdulillah penerangan dalam
bahan-bahan tersebut dapat saya mengaplikasikan untuk mengatasi masalah
sosioemosi kanak-kanak prasekolah. Selain itu juga, saya dapat mengaitkan teori
sosioemosi dengan masalah kanak-kanak dengan membandingkan emosi kanak-kanak
sebelum, semasa dan selepas. Teori yang saya kaitkan adalah teori Erikson
sebagai contoh dalam peringkat-peringkat perkembangan emosi (6-12 tahun)
Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya untuk
menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap. Alhamdulillah
Amsyar dapat mempelajari dan mengatasi masalah yang dihadapi olehnya.
Akhir sekali, Dari seluruh pernyataan di atas, dapat saya
simpulkan bahawa tugasan yang diberikan
pada kali ini lebih menyeronokkan dan tidak membosankan. Akhir kata,
walaupun tugasan yang diberi agak mencabar, tetapi saya mengambilnya sebagai
sesuatu yang positif iaitu ia akan membantu saya untuk mendapatkan seberapa
banyak ilmu sebelum bergelar seorang guru. Sesungguhnya mengejar ijazah kelas
pertama adalah matlamat dan harapan saya. Insya-Allah segala ilmu yang
bermanfaat ini dapat saya gunakan pada suatu hari kelak untuk mendidik anak
bangsa saya supaya menjadi insan yang
seimbang dari segi Jasmani, Emosi,
Rohani, Intelek dan sosial (JERIS) bagi memenuhi Falsafah
Pendidikan negara.
No comments:
Post a Comment