LAPORAN SEMASA AKTIVITI MEMASAK
HARI : RABU
TARIKH :
12/9/2012
WAKTU :
8.00 PAGI-3.00 PETANG
TEMPAT : WAKAF PSV
AKTIVITI : PENYEDIAAN MAKANAN SEIMBANG
Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir
pada pukul 3.00 petang. Kami berkumpul pada pukul 7.45 pagi untuk penyediaan
tempat dan bahan masakan. Bagi guru pelatih lelaki, mereka dikehendaki
menyediakan makanan kepada para VIP manakala bagi guru pelatih perempuan,
mereka dikehendaki untuk memasak menu yang telah dirancang.
Menu yang kami pilih iailah 4
jenis makanan, iaitu nasi ayam, salad sushi, pudding dan ais-krim sebagai
pencuci mulut. Setelah kesemua makanan telah siap dimasak, kami telah
menyiapkan susunan menu sebelum dihidangkan pada para VIP. Tepat pada pukul
10.30, para VIP telah sampai. Para guru pelatih lelaki bersiap untuk menjadi
pelayan. Selain itu, Kami menghidangkan makanan utama iaitu nasi ayam kepada
murid-murid Prasekolah Al-Falah sebagai salah satu makanan yang seimbang yang
mengandungi zat dan nutrisi yang secukupnya.
Setelah kesemua VIP
telah tiba, para guru pelatih mempraktik cara menghidangkan makanan yang telah
dipelajari ketika berada di Motel Desa tempoh hari. Alhamdullilah, para guru
pelatih berjaya melakukan penyediaan tersebut. Setelah para VIP selesai makan,
Encik Taufik telah memberikan sedikit sebanyak tips untuk memperbetulkan lagi
cara menghidangkan makanan.
No comments:
Post a Comment