Saturday, 14 July 2012

PRA 3109

1.0 PENGENALAN

Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merupakan kanak-kanak yang berhadapan dengan kebatasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup dengan masyarakat disebabkan had fizikal dan mentalnya. Kanak-kanak ini juga sememangnya mempunyai pelbagai tingkah laku yang pelbagai dan semestinya memerlukan beberapa kaedah yang berkesan bagi mengurus tingkah laku yang tidak diingini. Menurut G. Miltenberger (2001) tingkah laku adalah sesuatu yang dilakukan, cara untuk bertindak dan bagaimana tindakbalas seseorang terhadap persekitaran. 
Tambahan lagi, mengikut Kirk (1993), pendidikan khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri menta, keupayaan deria, ciri-ciri saraf dan otot ataupun fizikal, tingkah laku social ataupun emosi, keupayaan komunikasi ataupun pelbagai kekurangan sehingga memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai ataupun memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia dapat berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.
Manakala mengikut terjemahan Culatta (1999) pula, definisi pendidikan khas ialah pengajaran yang bercorak individu, direka bagi memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum ataupun perkhidmatan-perkhidmatan persekolahan biasa.
2.0 Kategori kanak-kanak berkeperluan khas 

2.1. Murid bermasalah Penglihatan
Penglihatan merupakan salah satu deria yang penting kerana kanak-kanak mempelajari 80% daripada penglihatan. Oleh itu, masalah penglihatan dianggap sebagai masalah utama yang mungkin memberi kesan terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisi masalah ini sebagai kebutaan (penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10O setelah menerima rawatan ataupun pembetulan biasan (refractive) dan rabun (penglihataan kurang daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik). Hal demikian berpunca daripada baka dan keturunan, komlikasi semasa hamil dan lahir, rubella, syphilis, kecederaan dan penyakit. Tanda-tanda bagi masalah penglihatan ini dapat dilihat daripada tiga aspek iaitu dari segi rupa, tingkah laku dan aduan kanak-kanak yang mengalaminya. Oleh itu, guru perlu memberi keperluan pembelajaran dan latihan yang sebaiknya kepada kanak-kanak ini.

2.2. Murid bermasalah Pendengaran
Pendengaran adalah satu saluran penting bagi manusia menerima bahan-bahan ilmu. Oleh itu, kehilangan pendengaran merupakan ancaman utama bukan sahaja terhadap komunikasi, tetapi juga kepada kehidupan peribadi dan sosial individu. Menurut Herth (1998), orang yang mengalami masalah pendengaran atau pekak berasa dirinya terasing dari komuniti. Punca-punca bagi masalah pendengaran ini ialah sebelum lahir, semasa lahir dan selepas lahir. Selain itu juga, masalah ini terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap kurang pendengaran dan tahap pekak. Tahap kurang pendengaran pula terbahagi kepada tiga iaitu ringan, sederhana dan sederhana teruk. Manakala tahap pekak pula terbahagi kepada dua iaitu teruk dan sangat teruk. Justeru itu, antara tanda-tanda yang diperhatikan ialah kanak-kanak kurang member perhatian di dalam kelas, kelihatan selalu berkhayal, butir-butir percakapan yang tidak jelas dan janggal, sering bertanya mengenai tugasan dan lain-lain lagi.

2.3. Murid bermasalah Pembelajaran
2.3.1.   Lembam atau slow learner
Lembam atau slow learner merupakan perkembangan bahasa yang lewat. Di mana mereka yang mempunyai ciri-ciri seperti komunikasi yang kurang, kurang daya tumpuan terhadap sesuatu dan lain-lain lagi. Justeru itu, bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran seperti ini banyak masalah yang akan dihadapi. Misalnya, wujudnya masalah tingkah laku, daya tumpuan yang singkat dan mereka akan ketinggalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu memastikan masalah dapat di atasi dengan segera. Misalnya, mengambil tindakan seperti pengajaran dilakukan secara individu, mendapatkan terapi pertuturan, membina keyakinan diri mereka agar dapat menonjolkan diri dan lain-lain lagi.

2.3.2.   Sindrom Down (SD)
Down Sindrome merupakan penyakit keturunan yang disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai Trisomy 21. Biasanya kanak-kanak SD ini akan mengalami banyak masalah kesihatan. Misalnya, pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur, berpenyakit pada jantung congenital, mudah mendapat jangkitan dan lain-lain lagi. Oleh itu, banyak program pemulihan bagi mengatasi masalah SD ini. Contohnya, program pemulihan seperti program interversi, terapi carakerja, terapi pertuturan dan sebagai dapat membantu kanak-kanak SD mencapai keupayaan dan perkembangan maksima serta mampu berdikari. 

2.3.3.   Autism
Kanak-kanak autism adalah kanak-kanak yang mengalami masalah komunikasi tersekat laku. Maksud tersekat laku ialah kanak-kanak ini akan menunjukkan tingkah laku yang tidak sesuai pada peringkat umurnya malah melakukukan sesuatu perkara diluar jangkaan. Contohnya, kanak-kanak berumur 11 tahun akan menunjukkan tingkah laku kanak-kanak berumur 3 tahun. Kanak-kanak autism juga didefinisikan  sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran (menurut Leo Kanner, 1943). Selain itu, kanak-kanak autism mempunyai persatuannya tersendiri. Misalnya, Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM). Justeru itu, kanak-kanak autism akan terjamin masa depannya dengan adanya persatuan sebegini.

2.3.4.   Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
ADHD juga dikenali sebagai kanak-kanak tanpa hiperaktif dan juga kanak-kanak hiperaktif. Di mana mereka ini bersifat kurang tumpuan terhadap sesuatu benda. Lambat menyiapkan sesuatu tugasan, tidak boleh duduk diam, impulsive dan sebagainya. Banyak juga masalah yag melibatkan ADHD seperti masalah sosial dan juga masalah keluarga. Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, guru perlu tahu apa yang mereka minat. Contohnya, dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, ia mestilah aktiviti yang menyeronokkan untuk menarik perhatian murid tersebut.
2.3.5.   Terencat Akal
Kanak-kanak terencat akal adalah kanak-kanak yang menpunyai daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Misalnya, terencat akal teruk yang dikenali sebagai Mental Retardation. Di mana kanak- kanak yang mengalami keadaan perkembangan minda dan daya pemikiran yang kurang ataupun tidak lengkap. Biasanya, penyakit ini dilasifikasikan kepada 3 kategori iaitu; ringan (skor IQ: 50-75), sederhana (skor IQ: 30-50) dan teruk (skor IQ: 30 ke bawah). Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini dan agar murid seperti ini mendapat pengajaran dan pembelajaran yang baik, guru haruslah memainkan peranan yang penting. Misalnya, mengajar mereka komunikasi, menerapkan terapi pertuturan, menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan sebagainya.
2.3.6.   Palsi Serebrum
Palsi Serebrum (Cerebral Palsy) bermaksud kanak-kanak yang menggunakan sebahagian daripada otot di dalam badan mereka dalam keadaan normal akibat kerosakan dalam otak. Biasanya mereka bersifat seperti ketegangan pada otot, pergerakan tanpa diarah, gangguan dalam mobaliti dan sebagainya. Terdapat beberapa jenis serebrum palsi; iaitu palsi serebrum spastik, athetosis, ataxia, hemiplegia, diplexia dan quadriplegia 

2.3.7.   Pintar cerdas
Terdapat pelbagai pandangan dan pendapat mengenai konsep pelajar pintar cerdas ini. Stanford Binet (1916), orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang dikenali sebagai “The Stanford-Binet Test” telah memberikan definisi pintar cerdas sebagai merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan dengan baik. Lewis Terman (1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. 

2.4. Disleksia
Disleksia adalah gabungan dua perkataan Greek iaitu “dys” bermaksud “kesukaran” dan “lexia” bermaksud “perkataan”. Terjemahannya membawa maksud “kesukaran dengan perkataan bertulis”. Menurut Sanders dan Myers (1996), kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan, menulis dan mengeja. Kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang serupa dalam kerja nombor dan mengenali symbol-simbol, seperti not muzik atau symbol matematik. Manakala menurut Drake (1989) [dalam Madya Zhagan (1999)] masalah pembelajaran disleksia merujuk kepada beberapa ciri, iaitu:
a)    Kesukaran belajar bahasa
b)    Ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual
c)    Tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak
d)    Tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat
e)    Mata menjadi penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan
f)     Daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan tetapi tidak pekak atau buta.
Punca sebenar yang menyebabkan kanak-kanak mengalami disleksia tidak diketahui (Bradford, 2001). Namun, mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan, secara teorinya disleksia disebabkan oleh keturunan (genetik), biologi, dan kemtangan (Mercer, 1997; Hammond & Hughes, 1999). Oleh itu, bagi mengatasi masalah disleksia ini, guru perlulah menggunakan pendekatan yang tertentu. Contohnya, Kajian menunjukkan pendekatan Multi-Sensory merupakan kaedah yang paling sesuai bagi mengajar kanak-kanak disleksia; iaitu dengan menggabungkan kesemua sensori (auditori, visual, oral dan kinestetik) kita.

PRA 3109: STRATEGI P&P DALAM PENDIDIKAN KHAS

Best Blogger Tips
Seperti kanak-kanak normal, kanak-kanak yang berkeperluan khas juga mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna.  Bukan mudah untuk mengajar mereka, namun pasti menyeronokkan bagi sesetengah pihak yang  mempunyai minat yang mendalam terhadap kanak-kanak khas.

Menurut Barber dan Holdbart (1998), strategi penilaian yang berbeza diperlukan dalam mengajar kanak-kanak berkeperluan khas dalam menentukan keberkesanan pengajaran.  Sebagai seorang guru, kita perlu meneliti pendekatan pengajaran yang sesuai sebelum mengajar kanak-kanak berkeperluan khas.

PENGAJARAN BERKESAN


Keberkesanan seorang guru dapat dilihat apabila objektif pembelajaran yang dijalankan tercapai dan corak pengajaran yang mampu menarik dan mengekalkan minat kanak-kanak terhadap pembelajaran.  Guru perlu sentiasa efektif dalam menyediakan perancangan pengajaran agar memberi faedah kepada murid-murid khas dengan berkesan.  

Oliva dan Henson (1980), menyatakan terdapat beberapa ciri guru yang efisien dalam mengajar kanak-kanak bekerpeluan khas :)


Berdasarkan ciri-ciri di atas, jelaslah strategi pengajaran yang berkesan dipengaruhi oleh sikap guru.  Namun begitu, terdapat lagi beberapa langkah dalam mendidik kanak-kanak khas.


Melalui pendekatan atau strategi pengajaran yang sesuai, kanak-kanak khas sama-sama memperoleh manfaat dengan kanak-kanak normal yang lain.  Antaranya:)

:  Meningkatkan interaksi sosial

:  Lebih banyak tingkah laku normal yang dapat diperhati dan dicontohi

:  Meningkatkan perkembangan bahasa

:  Menjadi lebih berdikari

Rujukan:




PRA 3109: FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB KECACATAN

Best Blogger Tips
Salam Mesra All..nota ini khas untuk semua yang sedang mencari nota mengenai faktor-faktor penyebab kecatatan yang mana bab ini terkandung dalam salah satu topik PRA3109 semester 5
















PRA 3112

PRA 3112-PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

1.0.            Pendahuluan

Isnstict atau naluri adalah suatu anugerah kepada hidupan seperti manusia dan haiwan. Hubungan manusia sesame manusia yang juga dipanggil hablumminnanas terjalin sejak zaman Nabi Adam lagi. Begitu juga hubungan yang terjalin antara ibu dan anak yang mempunyai talian sangat rapat. Keadaan ini menjadikan ibu dan anak mempunyai satu naluri atau perasaan yang sukar dirungkaikan. Perkara ini juga dikenali sebagai ‘sangkutan’.

Terdapat banyak definisi yang menerangkan konsep ‘sangkutan’. Berikut adalah beberapa pendapat tokoh yang memberi definisi sangkutan:
Rounded Rectangle: Lorenz melalui pemerhatiannya mengkaji ke atas corak tingkah laku sekumpulan anak angsa. Beliau merumuskan bahawa kita tidak akan memahami kanak-kanak kalau kita tidak memerhatikan tingkah lakunya dalam persekitaran semula jadi mereka. 

 





Kajian Lorenz ini pula telah diteruskan oleh John Bowlby. Bowlby yang terkenal dengan kajian ethologi berpendapat bahawa ‘sangkutan’ adalah:
Rounded Rectangle:  John Bowlby telah meneruskan kajian Lorenz. Beliau menyatakan bahawa kanak-kanak kecil membentuk sangkutan dan perapatan emosi yang intim kepada ibu bapa atau orang dewasa yang menggantikan ibu bapa sebenar. 
Bowlby mendefinisikan tingkah laku sangkutan sebagai apa jua tingkah laku yang menolong merapatkan hubungan bayi dengan individu sangkutan tersebut. Sangkutan juga boleh dimaksudkan sebagai hubungan rapat dan mesra yang mewujudkan kasih sayang yang kuat dan mengikat seseorang dengan yang lain.
 






Rounded Rectangle: Ainsworth (dalam Belsky,1988) hubungan kelekatan berkembang melalui pengalaman bayi dengan pengasuh di tahun-tahun awal kehidupannya.Terdapat beberapa teori lain yang melambangkan hubungan anak dan ibu bapa iaitu Ainsworth. Beliau berpendapat bahawa :


Saya juga menemui satu fakta hebat iaitu kaitan proses sangkutan pada alam prasekolah. Hasil pembacaan saya, (Laibel & Thompson,2000) menyatakan:


Rounded Rectangle: Attachment security during preschool also has been shown to be a reliable predictor of early conscience development.
 

              Jadi di sini saya dapat membuat infrens tentang konsep sangkutan adalah mengenai hubungan ibu dan anak sejak dari kandungan lagi. Hubungan yang melibatkan sentuhan, emosi, mental yang membangkitkan naluri antara ibu dan anak akan membentuk kasih sayang. Satu kajian di Eropah membuktikan kesan sangkutan antara orang-orang tua dan bayi pramatang menunjukkan kuasa sentuhan. Dalam kajian ini, orang-orang tua digalakkan membelai dan mengusap bayi pramatang. Didapati bayi pramatang tersebut cepat melalui proses pematangan kulit bayi dan pengurangan kedutan di kulit orang-orang tua ini. Kedua-dua pihak mendapat kelebihan daripada proses sangkutan.
Dalam tugasan ini, saya akan menghuraikan bagaimana sangkutan boleh berlaku antara ibu bapa, kanak-kanak(murid prasekolah) dan guru prasekolah. Pendekatan pengurangandan ketakutan dan pendekatan atau hubungan guru dan ibu bapa.


2.0.        Rumusan tentang pengurusan pendekatan pengurangan ketakutan dan pendekatan guru dan ibu bapa.

Pengurusan pendekatan pengurangan ketakutan lebih berfokus kepada cara untuk mengurangkan ketakutan dalam kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak terdedah dengan pelbagai perkara baharu dan orang ramai serta persekitaran yang bervariasi. Mereka memerlukan keyakinan dan keberanian untuk menghadapi hari-hari seterusnya. Justeru,peranan ibu bapa dan guru adalah sangat besar dalam membantu mereka menghadapi hari dewasa dengan baik dan sempurna.
              Ibu bapa adalah insan yang paling hampir dengan kanak-kanak. Ibu pula adalah insan yang lebih hampir daripada bapa. Dari sejak dalam kandungan lagi, ibu memberikan ransangan kepada bayinya untuk memupuk pengetahuan awal perkembangan bayi. Sehinggalah bayi itu lahir, ikatan ibu bapa dan anak akan terus berkembang. Aktiviti menukar lampin, menyusu anak, mengurut anak dan sebagainya adalah antara contoh ‘attachment’ yang memberi kesan kepada kedua-dua pihak ini.
Kelebihan dan kekurangan sangkutan atau ‘attachment’ akan memberi kesan kepada anak umumnya. Antara kesan kelebihan sangkutan adalah ketakutan yang bermaksud kanak-kanak akan menghadapi satu fenomena enggan berjauhan dengan ibu bapa. Kekurangan sangkutan juga akan menyebabkan kanak-kanak tidak yakin kepada diri sendiri serta self-esteem yang rendah.
              Hasil pembacaan dari internet dan buku saya ingin merumuskan di sini bahawa, terdapat beberapa pendekatan yang dapat mengurangkan ketakutan kanak-kanak dan pendekatan atau hubungan guru dengan ibu bapa. Orang dewasa boleh mengurangkan ketakutan kanak-kanak dengan cara menyentuhnya mereka dengan cara lembut di samping menyelami perasaan mereka. Orang dewasa umumnya ibu dan bapa haruslah mengeluarkan tutur kata yang baik serta nada yang lembut. Ibu bapa dan guru boleh menyentuh bahagian bahu, kepala(mengusap) sambil mengeluarkan kata-kata semangat. Berikan keyakinan kepada mereka agar sentiasa berfikiran positif.
              Aktiviti rutin kanak-kanak hendaklah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Aktiviti rutin yang dimaksudkan adalah seperti makan, mandi, bermain dan tidur. Ramai ibu bapa yang berpendapat bahwa waktu adalah waktu untuk ibu bapa berehat daripada melayan kerenah anak-anak. Ini bermakna ibu bapa telah melepaskan peluang mendekati anak pada waktu ini. Ibu bapa perlu menemani anak seblum tidur dengan cerita tauladan, sirah Nabi dan penerapan nilai-nilai murni. Jangan sesekali menceritakan sesuatu perkara yang boleh membuatkan mereka takut seperti cerita hantu dan tahyul. Kesannya mereka akan takut untuk tidur seorang, takut gelap, tidak yakin dengan diri sendiri dan ada yang sehingga menyebakan kencing malam kerana takut ke tandas.
              Bercerita sebelum anak tidur dapat mendekatkan diri anda dengan anak serta mengurangkan rasa takut. Jangan memarahi anak dengan suara yang lantang dan memekik kerana ini hanya akan menambah rasa takut mereka kepada sesuatu benda. Peluklah anak jika mereka sedih, bimbang dan takut. Mereka akan lebih merasa dekat dan selamat dengan orang dewasa jika dipeluk erat dan mesra. Kanak-kanak juga dahagakan pujian dan perhatian. Pujilah mereka dengan kejayaan yang mereka lakukan. Berilah semangat seperti “kamu boleh,Aiman. Cikgu percaya kamu boleh melakukannya”. Ini dapat meningkatkan self esteem mereka daripada mengeluarkan kata-kata seperti ini “Takkan lah benda senang macam ini tak boleh buat. Bodoh betul Aiman ni!”. Kata-kata seperti ini hanya merendahkan harga diri mereka serta menyebabkan mereka takut untuk melakukan sesuatu meskipun perkara yang betul. Mereka akan takut dimarahi atau ditertawakan. Selain itu, ibu bapa dan guru haruslah menyelami fikiran dan perasaan kanak-kanak ini. Cungkillah sebanyak mana masalah dan perasaan yang dialami dengan cara bertanya, menilai hasil kerja dan melihat interaksi sosial mereka melalui bermain contohnya. Jangan memaksa mereka menceritakan tentang apa yang ditakuti oleh mereka. Sebaliknya gunalah cara yang lebih halus seperti memberi mereka kertas dan pensil untuk menconteng. Di sinilah mereka akan bercerita melalui lukisan. Dan kemudian minta mereka bercerita teantang lukisan tersebut. Berilah pujian tentang lukisan itu dan berilah mereka ganjaran seperti masak makanan kegemarannya atau membawa mereka berjalan-jalan. Selain itu, aktiviti senaman dan pergerakan fizikal dapat memberikan keyakinan kepada kanak-kanak. Saya pernah menonton rancangan “Nona” yang mengupas aktiviti renang dan pemainan kasut roda untuk kanak-kanak.      Permainan ini adalah untuk membina semangat dan keberanian mereka terhadap perkara yang mereka takuti seperti jatuh. Begitu juga aktiviti air yang dikenali sebagai “water confident”. Aktiviti ini adalah aktiviti lanjutan selepas kanak-kanak diajak untuk masuk ke dalam air dan menyelam. Orang dewasa dan jurulatih khas akan mengajar dan mengawasi pergerakan mereka. Kanak-kanak trauma dan takut dengan air mungkin disebabkan pengalaman lemas dan sebagainya. Mereka akan dibawa bermain air, mandi, meyelam dan membuat water confident dengan bimbingan orang dewasa. Ini dapat menyakinkan kepada mereka tentang sesuatu yang tidak sepatutnya mereka takut.
            Di rumah, aktiviti bermain boleh mengeratkan hubungan keluarga dengan anak. Bermain dapat mengurangkan tekanan, kebimbangan dan keresahan. Proses bermain dapat membantu mewujudkan ketenangan, membina harga diri serta sikap positif. Ibu bapa berperanan sebagai pembimbing dengan memberikan pelbagai soalan yang dapat meransang pengetahuan anak. Ibu bapa yang mesra dan menyeronokkan akan menambah rasa selesa dan senang dalam hati kanak-kanak. Menurut Vygotsky, (1966), main merupakan satu cara kanak- kanak belajar apa yang tidak boleh diajar oleh orang lain. Di prasekolah pula guru berperanan penting menyediakan aktiviti yang dapat membina keyakinan dan keberanian murid. Belajar sambil bermain adalah pendekatan utama yang dapat membina interaksi sosial dalam kemahiran komunikasi seharian. Murid akan bermain secara koperatif dan kolaboratif. Di sini mereka akan belajar berkawan dan seterusnya dapat bercerita tentang pengalaman mereka. Melalaui aktiviti berkawan, mereka dapat berkongsi cerita dan perasaan serta semangat yang positif. Contohnya Amira adalah seorang yang takut pada ketinggian (gayat). Dalam situasi permainan gelongsor, rakannya Lily akan memujuk Amira untuk bermain bersama. Secara tidak langsung Amira akan cuba bermain demi untuk berkawan dengan Lily. Lily akan memimpin Amira dan menggelongsor bersama-sama. Jika keadaan ini berlaku, Amira akan kurang berasa takut bermain gelongsor yang tinggi. Aktiviti ini seterusnya akan diaplikasikan dengan situasi aktiviti yang lain dalam kehidupan harian. Aktiviti sukaneka juga dapat mengeratkan hubungan ibu bapa, sekolah dan murid. Ibu bapa akan dijemput bersama-sama menyertai permainan sukaneka. Aktiviti sukaneka ibu bapa dan anak dapat menyemai rasa kasih sayang serta kerjasama dalam sesuatu pasukan. Anak akan berasa ibu bapalah kawan terbaik mereka. Waktu inilah mereka berbangga kerana memiliki ibu bapa yang hebat dan berbakat. Secara tidak langsung harga diri seorang anak akan tinggi dan berasa disayangi. Hari kreativiti juga boleh dilaksanakan di sekolah. Perkongsian idea dan kolaborasi antara anak dengan ibu bapa akan menghasilkan satu karya kebanggaan mereka. Karya-karya ini akan dijadikan hiasan di rumah sebagai kenangan dan tanda kasih sayang hasil penglibatan ibu bapa dan anak. Prasekolah juga boleh mengadakan Hari Bakat. Murid-murid akan dilatih mempersembahkan drama, nyanyian atau puisi di sekolah. Ibu bapa yang datang ke Hari Bakat semestinya teruja dan gembira melihat bakat dan kebolehan anak mereka yang tidak pernah ditonjolkan di rumah. Murid akan berasa dihargai atas keadiran dan tepukan semangat daripada ibu bapa mereka. Hari Ibu juga dapat disambut bersama-sama sekolah. Guru boleh menganjurkan Hari Ibu Ratu Hatiku di sekolah dengan aktiviti menyolek ibu dan dedikasi khas untuk Ibu serta nyanyian lagu untuk Ibu masing-masing. Pemenang akan dikalungkan kain selempang dan hadiah seperti “Miss World”. Pasti ini akan menjadi sejarah kepada pasangan ibu dan anak di samping menyulam kasih antara keluarga.
           Banyak lagi aktiviti yang dapat dijalankan antara kerjasama ibu bapa, murid dan guru seperti bengkel penyediaan makanan berkhasiat, lawatan, konvokesyen, kebun sains, gotong-royong, sambutan Hari Jadi, Mari Membaca dan tautan kasih.
            Perkara yang amat penting ingin ditekankan di sini adalah hubungan kanak-kanak, ibu bapa dan guru sangat penting dalam membina jati diri kanak-kanak itu sendiri. Ketiga-tiga pihak mesti bekerjasama dalam usaha menjadikan kanak-kanak seimbang dari segi JERIS bagi membina insan yang syumul kelak.
           Kesimpulannya, semakin tinggi bonding yang diberikan kepada kanak-kanak semakin tinggilah attachment yang ada pada kanak-kanak. Attachment akan membina kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang tinggi, merasa diterima keluarga, merasa diterima oleh rakan sebaya dan merasa diterima oleh masyarakat. Ini semua akan memberikan kesan seumur hidup kepada kanak-kanak.

PRA 3114


KEPENTINGAN KREATIVITI DALAM PENGURUSAN BERKUALITI
Oleh:
Norasmah Mohd Noor
Pengurusan sangat penting di dalam sesebuah organisasi. Sebesar mana sesuatu organisasi tersebut, sama ada swasta atau kerajaan, fungsi utama pengurusan terletak di bawah tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah, penyelia atau ketua bahagian yang berada di dalam organisasi tersebut. Kecemerlangan sesebuah organisasi tersebut bergantung kepada kualiti pengurusannya. Kualiti di sini merujuk pula kepada kecekapan, keberkesanan, produktiviti dan kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi.
       Terdapat pelbagai definisi yang diberikan oleh beberapa tokoh yang membicarakan tentang kualiti ini daripada perspektif yang berlainan. Definisi kualiti di bawah ISO 9000 ialah keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti (produk dan perkhidmatan) yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan yang tersirat (JPM, 2008). Dalam “Implementing Total Quality (Goetsch & Davis, 1995), Fred Smith of Fedral Express mendefinisikan kualiti sebagai performance to the standard expected by the customer. Terdapat juga beberapa orang tokoh yang telah banyak menyumbang dalam falsafah pengurusan kualiti seperti W Edwards Deming, Kaoru Ishikawa, Joseph Juran, Armand Feigenbaum dan Philip Crosby.
       Menurut Ahmad Zamri Mansor (2011), Deming telah mendefinisikan bahawa kualiti adalah ditentukan oleh pelanggan pada peringkat awalnya dan meluaskan definisi kualitinya kepada ‘membuatkan setiap orang melaksanakan dengan tepat pada kali pertama’. Dalam mempertingkatkan kualiti, Demings telah mencipta Deaming’s Seven Deadly Diseases dan Demings 14 points. Kaoru Ishikawa, seorang ahli kumpulan penyelidikan kawalan kualiti bagi Union of Japanese Scientists and Engineers pula mendefinisikan kualiti sebagai ‘memenuhi keperluan pelanggan’. Menurut beliau lagi, perkhidmatan yang berkualiti akan dicapai jika kepuasan pelanggan dapat dipenuhi. Ishikawa telah menekankan bahawa pihak pengusaha organisasi juga haruslah memberikan banyak usaha dalam membentuk pekerja dan organisasi yang berkualiti supaya produk dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan dapat memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan.
       Joseph Juran mendefinisikan kualiti sebagai penyesuaian untuk kegunaan, iaitu dari segi ciri-ciri produk dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan dan jaminan terhadap bebas dari kegagalan (freedom from failure). Juran menekankan kepada tiga perkara penting untuk menjayakan pengurusan kualiti dalam sesebuah organisasi iaitu komitmen dan tindakan dari pihak pengurusan, latihan dalam pengurusan kualiti menyeluruh dan penambahbaikan kualiti secara berterusan.  Menurut Ahmad Feigenbaum pula, kualiti didefinisikan sebagai produk yang paling berfaedah yang dibuat mengikut spesifikasi pelanggan. Beliau turut berpendapat bahawa faktor teknologi dan manusia membawa ke arah peningkatan kualiti. Tokoh yang membawa konsep kualiti menyeluruh ke peringkat yang lebih difahami iaitu Philip Crosby menyatakan bahawa kualiti bukan saja betul, malah ia juga percuma. Beliau telah membentuk gerakan sifar di Martin Marietta pada tahun 1960-an yang bercanggah dengan teori-teori stratistikal Deming yang mengatakan bahawa kesilapan sentiasa berlaku di dalam mana-mana organisasi.
       Berdasarkan pandangan-pandangan beberapa tokoh yang dibincangkan, penulis lebih cenderung melihat kualiti yang dibangunkan oleh Armand Feigenbaum. Dalam falsafah kualiti yang dibangunkan oleh Feigenbaum, pengawalan kualiti  menyeluruh adalah satu sistem yang efektif yang mengintegrasikan pembangunan kualiti, penyelenggaraan kualiti dan usaha-usaha penambahbaikan kualiti oleh pelbagai pihak dalam sesebuah organisasi untuk membolehkan fungsi-fungsi organisasi mencapai tahap ekonomik yang seterusnya dapat memenuhi kepuasan pelanggan (Ahmad Zamri Mansor, 2011).
       Beliau turut berpendapad bahawa faktor teknologi dan manusia dapat membawa ke arah peningkatan kualiti. Namun, faktor manusia dianggap lebih penting dalam mencapai kualiti. Pengawalan kualiti bukan sahaja penting dalam peringkat pengeluaran, malah juga penting dari segi pemasaran serta perkhidmatan selepas jualan (ibid). Organisasi yang produktif berupaya untuk bersaing pada peringkat nasional dan antarabangsa. Oleh itu mereka berusaha untuk meningkatkan produktiviti menerusi  teknologi moden bagi mengeluarkan produk dan perkhidmatan baru dengan harga yang lebih kompetatif. Persaingat sengit, perubahan cita rasa pengguna serta peningkatan tahap pendidikan masyarakat, kekurangan tenaga pekerja dan kekurangan sumber pengeluaran menyebabkan organisasi memberi penuh perhatian kepada peningkatan produktiviti dan kualiti. kualiti produk atau perkhidmatan ini boleh diukur dari segi kepuasan pengguna atau pelanggan. Untuk mencapai kualiti yang diingini kreativiti sangat penting dalam membangunakan organisasi yang bertaraf ‘world Class’.
       Dalam pengurusan sesebuah organisasi yang menekankan kualiti, kreativiti boleh memainkan peranan penting ke arah meningkatkan kualiti pengurusan. Penulis melihat kepentingan kreativiti ini menerusi pendekatan ‘cost of conformance’ Feigenbaum dan juga konsep Kawalan kualiti menyeluruh (Total Quality Control) dalam melaksanakan program kualiti beliau. Dalam falsafah kualiti yang dibangunkan oleh Feigenbaum, Pengawalan Kualiti menyeluruh adalah satu sistem yang efektif yang mengintegrasikan pembangunan kualiti, penyelenggaraan kualiti dan usaha-usaha penambahbaikan kualiti oleh pelbagai pihak dalam sesebuah organisasi untuk membolehkan fungsi-fungsi organisasi mencapai tahap ekonomik yang seterusnya dapat memenuhi kepuasan pelanggan.
       Apabila manusia dianggap lebih penting dalam mencapai kualiti, maka kreativiti amat penting dalam mengendalikan sesebuah organisasi. Kreativiti dianggap sebagai kebolehan semulajadi dan individu yang mempunyai kebolehan itu dianggap sebagai seorang yang mempunyai beberapa kualiti sejati yang jarang dijumpai. Menurut Jones (1972), manusia sememangnya mempunyai potensi untuk bersifat kreatif. Dengan persekitaran dan teknik yang sesuai maka potensi kreatif ini boleh dikenalpasti, dipupuk dan diukur. Bagi Torrence (1974) pula, kreativi merupakan satu proses yang menjadikan seseorang itu peka terhadap masalah, kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebagainya; mengenalpasti perkara-perkara yang sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis-hipotesis ini dan mungkin mengubahsuai dan mengujinya semula; dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain.
       Pengurusan kualiti sesebuah organisasi tidak seharusnya mementingkan kualiti pengeluaran dan perkhidmatan tetapi turut mengujudkan budaya kualiti dan kreativiti terhadap sumber manusia dalam organisasi tersebut. Dengan memiliki sumber manusia yang kreatif dan berkualiti, pengurusan sesebuah organisasi itu mampu untuk meningkat maju. Anjakan paradigma dalam pemikiran dengan menanamkan unsur-unsur kreatif di samping budaya kualiti yang sedia wujud seharusnya diberikan keutamaan. Sebagai contoh dalam meningkatkan kualiti banyak organisasi yang mengamalkan konsep TQM dengan menggunakan opsyen-opsyen tertentu seperti Just-In-Time, Statistical Process Control, Quality Circle dan sebagainya. menerusi opsyen ini, mereka cuba meningkatkan idea yang inovatif dan mampu dilaksanakan dalam persaingan dengan organisasi-organisasi yang lain.
       Pengurusan yang berkualiti dengan menerapkan unsur-unur kreativiti boleh mendatangkan faedah kepada sesebuah organisasi dan ini boleh dilakukan dengan anjakan paradigma dalam pemikiran menerusi penerapan unur-unsur kreativiti dalam pengurusan. Dalam menghadapi era pasaran global, pemikiran terhadap pengurusan, memerlukan perubahan atau anjakan paradigma dalam pemikiran tentang kualiti pengurusan secara teori dan praktis, ia akan melibatkan kualiti dan kuantiti sesuatu keputusan yang dihasilkan. Pelbagai perkara perlu diambilkira dalam mengurus sesebuah organisasi seperti pengurusan berasaskan masa, perkembangan yang pesat terhadap teknologi, pengeluaran intensif, pendidikan untuk tenaga kerja, kewangan berasaskan aktiviti dan sebagainya. Untuk mencapai perubahan dalam struktur, sistem, perhubungan dan bentuk aktiviti yang mengintegrasikan kesemua matlamat, pengurusan sesebuah organisasi itu perlu membuat penyesuaian terhadap perubahan dalam paradigma pemikiran.
       Penulis sangat menekankan kreativiti dalam meningkatkan kualiti pengurusan kerana terdapat banyak pandangan cendikiawan terhadap pengurusan yang berkaitan dengan kreativiti ini dapat melonjakkan sesuatu organisasi di peringkat antarabangsa dan dianggap ‘world class’. Menurut Stenberg dalam “Breakthrough Thinking In Total Quality Management (Hoffher, Moran and Nadler, 1994) “Identifies three different types of intelligence – analytical, creative and constextual play equally important roles in solving different types of problem. Kenyataan ini membuktikan bahawa peningkatan keberkesanan dan pemikiran yang kreativiti adalah penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul. Terdapat beberapa syarikat besar peringkat antarabangsa yang menekankan kreativiti ini seperti The Geberal Services Administration, USA menekan: “meeting the customer needs the first time and every time”. Syarikat Boeing pula: “Providing our customers with products and services that consistenly meet their needs expectations”.
       Goetsch & David (1995), menyatakan bahawa “quality is a dynamic atate associate with product, services, people, processes enviromental that meet or exceed current expectations’. Dinamik disini merujuk kepada kualiti di mana kualiti boleh dan sentiasa berubah. Manakala produk, perkhidmatan, manusia dan persekitaran menunjukkan bahawa kualiti tidak sahaja tertumpu kepada produk dan perkhidmatan tetapi juga melibatkan manusia dan proses serta persekitaran di mana kualiti itu disediakan.   Penekan ini kepada kreativiti ini boleh kita perhatikan kepada kreatif dan inovatif yang ditonjolkan oleh syarikat penerbangan Air Aisa. Syarikat penerbangan ini begitu kreatif dalam pengendalaikan penerbangan setanding dengan Syarikat Penerbangan Mas yang telah lama beroperasi. Di atas kekreatifan dan inovatif syarikat ini, maka ia telah mula melakar perjalanan ke peringkat antarabangsa dalam tempoh yang singkat. Ini bertepatan dengan pandangan Mumford & Gustafson (1988) yang melihat kreativiti sebagai penjanaan produk-produk yang bersifat novel dan berguna bagi masyarakat.
       Bagi meningkatkan produktiviti berdasarkan kreativiti di dalam sesebuah organisasi, beberapa elemen yang dikemukan oleh Hoffher, Moran dan Nadler (1995), boleh dijadikan garis panduan di dalam pengurusan. Antaranya ialah mewujudkan peraturan tentang kritikan apabila sesuatu idea itu dijanakan khususnya di dalam mesyuarat, menggalakkan ‘free wheeling’ biarpun seganjil mana idea yang diberikan, cuba meningkatkan idea dengan membina atau mencantumkan dengan idea-idea lain, setiap orang dilayan dengan secara adil dengan mengenepikan perbezaan status dalam masyarakat, mengekalkan sikap yang positif, menangani idea-idea sebaik mungkin dengan menukarkan kemungkinan yang negatif kepada positif dan menggalakkan komitmen pihak atasan terhadap polisi yang menyokong kepada perubahan dan peningkatan berterusan. Perkara-perkara yang dinyatakan oleh Hoffher, Moran dan Nadler ini merupakan langkah penting yang boleh diamalkan dalam pengurusan berkualiti sesebuah organisasi bagi mewujudkan budaya kreativiti. Oleh yang demikian, sesebuah organisasi yang ingin maju dan terkehadapan haruslah mengamalkan sikap mementingkan kreativiti dalan meningkatkan kualiti organisasi.
       Berdasarkan kenyataan-kenyataan yang dibincangkan oleh penulis, kualiti dan kreativiti merupaka dua elemen yang boleh disepadukan dalam pengurusan sesebuah organisasi. Keutamaan kepada perkhidmatan dan kepada pelangggan memerlukan seseorang itu kreatif dan inovatif. Oleh itu pihak pengurusan perlu mewujudkan unsur kreativiti dalam mengurusan organisasi mereka. Idea-idea yang kreatif perlu dipupuk dan digalakkan bagi menghasilkan pemikiran yang berkualiti di samping insentif kepada subordinat agar berupaya mempengaruhi tingkahlaku dalam tugasan mereka khususnya untuk melaksanakan sesuatu yang menghasilkan sesuatu produk yang berkualiti.

BIBLIOGRAFI
Ahmad Zamri Mansor (2011). Kumpulan TQM – Definisi Kualiti (Perbandingan di antara Tokoh-tokoh). Tutorial2313. blogsot.com. (Dimuat turun pada 6 Mei 2011).
Ainon dan Abdullah (1995). Kemahiran Berfikir Tinggi. Kuala Lumpur: Utusan Pub &  Dist. Sdn. Bhd.
Fadzila Azni Ahmad (2010). Pengurusan Kualiti yang Lazim. Http:// (Dimuat turun pada 6 Mei 2011)
Goetsch, D. L. and Davis, S. (1995). Implementing Total Quality. Englewood: Prentice Hall.
Jersy Hoffher, G. D., Moran, J. W. and Nadler, G. (1994). Breakthrough Thinking In Total Quality Management. N. Jersey: Prentice Hall.
Krishnamurthy V. (1986). Developing Work Ethos for People Productivity. New York: John Weatherhill, Inc.
Yong, L. M. S. (1994). Kreativiti: Ke Arah Pembentukan Masyarakat Kreatif. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd.



TAJUK 10   : PENINGKATAN KUALITI
                             

PENGENALAN
Pendidikan prasekolah dianggap semakin penting kepada ibu bapa. Ini dapat dilihat daripada peningkatan bilangan kelas prasekolah anjuran kerajaan dan swasta. Pemilihan tadika oleh ibu bapa kebanyakannya berpandukan populariti . Mereka tidak didedahkan perkara yang diperlukan oleh anak-anak iaitu mengikut kesesuaian perkembangan kanak-kanak dan tahap keupayaan anak-anak. Begitu juga dari segi kualiti perkhidmatan pendidikan yang yang ditawarkan tidak pernah dipertimbangkan. Hal ini memberi kesan kepada pendidikan yang tidak seragam dan menjejaskan masa depan kanak-kanak serta negara.

Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia melahirkan satu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan bertujuan bagi menyelaras dan menyeragamkan kurikulum pendidikan prasekolah di negara kita. Keseragaman kurikulum ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan yang menjana generasi akan datang yang berketerampilan daripada segi sahsiah dan intelektual.
 
OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat

1.    Mengenalpasti kualiti-kualiti yang perlu ada disesebuah kelas parsekolah.
2.    Menghuraikan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang hendak dikuasi oleh guru.
3.    Membincangkan pelbagai bentuk strategi pengajaran guru agar kualiti prasekolah senantiasa meningkat dari semasa ke semasa
4.    Menghuraikan bentuk-bentuk program prasekolah yang dapat meningkatkan kualiti prasekolah .
5.    Menyatakan cara-cara untuk mengawal langkah-langkah kesihatan kanak-kanak
6.    Menyatakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran kanak-kanak diprasekolah.
7.    Membincangkan jenis-jenis persekitaran  dan penyediaan ruang pembelajaran untuk kanak-kanak prasekolah. 
Pengajaran dan pembelajaran  

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dilihat menerusi tingkahlaku dan perkembangan murid. Murid-murid meningkat dari segi perkembangan kognitif, sosialisasi, emosi dan fizikal.

Pengajaran Guru
Beberapa teknik dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan oleh guru.



a.     Belajar Melalui Bermain

Main merupakan  aktiviti  di dalam kehidupan  seharian  kanak-kanak.  Kanak-kanak belajar menerusi bermain untuk memahami persekitarannya. Konsep main untuk orang dewasa adalah berbeza. Main bagi orang dewasa ialah riadah seperti bersukan untuk kesihatandan keseronokan. Kanak-kanak bermain untuk belajar sambil mendapat keseronokan.

Kebaikan bermain untuk kanak-kanak adalah seperti berikut:
(i)            Menguasai kemahiran dan pengetahuan baru
(ii)           Meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus
(iii)          Meningkatkan daya imaginasi
(iv)         Meningkatkan sosialisasi
(v)          Menyelesaikan masalah


b.    Pendekatan Bertema

Pendekatan bertema seringkali diguna pakai untuk memenuhi keperluan pendidikan asas dalam perkembangan kanak-kanak. Program ini mantap dan efektif kerana ia menggabungjalinkan pelbagai perspektif budaya, pengalaman dan kepakaran artistik.

Pendekatan bertema merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema. Ia merupakan pengelolaan yang memberi peluang kepada guru untuk menghubungkan antara mata pelajaran. Ini akan menghindari program yang tidak tersusun berpunca dari pelajaran harian yang tidak berkaitan. Pengajaran bertema membolehkan pelajar mengubungkan di antara pemahaman, sikap dan kemahiran dalam bidang-bidang kurikulum tertentu.

Organisasi sesuatu pelajaran menggunakan pendekatan bertema, pelajar diberi peluang untuk meneroka, mengalami dan mencari peluang mengekpresikan sesuatu tema yang diterima pakai.Memilih tema merupakan langkah yang penting untuk memperkembangkan unit pembelajaran. Banyak masa dan usaha yang perlu diberikan untuk meningkatkannya. Terdapat banyak tema dan cara untuk mengkategorikan pendekatan ini.

c.    Pendekatan Bersepadu

Pendekatan bersepadu dapat membantu kanak-kanak memahami hakikat kehidupan sebenar yang saling berkaitan antara satu sama lain dan bukannya terpisah-pisah.
Kesemua unsur yang ada pada diri manusia dikembangkan secara optimum dan pengembangan itu dilakukan secara tidak berasingan tetapi sentiasa dikaitkan antara satu sama lain.

  
Konsep bersepadu ini hendaklah dilaksanakan dengan,

·         Teras kesepaduan adalah Rukun Negara
·         Pendidikan bersepadu memberi peluang kepada kanak-kanak
·         Mendalami atau meneroka sesuatu topik
·         Lebih banyak pilihan & motivasi untuk belajar dengan kepuasan
·         Pembelajaran lebih aktif, menyeronokkan & bermakna
·         Meningkatkan daya imaginasi & kreativiti
·         Mengembangkan kemahiran berbahasa
·         Menghayati nilai-nilai murni
·         Belajar bersama rakan sebaya

Aspek-aspek Kesepaduan

·         Kesepaduan antara komponen
·         Kesepaduan kemahiran-kemahiran dan nilai-nilai murni
·         Kesepaduan aktiviti dalam dan luar kelas
·         Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid
·         Kesepaduan berbagai kaedah dan teknik
·         Kesepaduan teori dan amali
·         Kesepaduan pengalaman langsung
·         Kesepaduan rohani dan jasmani

d.    Pendekatan Projek
Pendekatan projek di dalam Pendidikan Prasekolah merupakan satu pendekatan yang memperkembangkan kemahiran dan kebolehan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Projek boleh dijalankan secara kelas atau dalam kumpulan kecil

Kebaikan menggunakan pendekatan projek:

a.            Projek memperkayakan aktiviti kanak-kanak seperti permainan dramatik, pembinaan, melukis dan mewarna. Dengan cara ini projek dapat menghubungkan aktiviti-aktiviti tersebut dengan kehidupan diluar sekolah.

b.            Pendekatan projek memberi peluang kanak-kanak untuk menjalankan kajian sendiri dan membentangkannya didalam pelbagai cara.

c.            Kanak-kanak berpeluang menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas matematik dan bahasa di sepanjang pelaksanaan projek.


e.    Teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT)

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semakin memain peranan penting dalam kehidupan kita sehari-hari.  Melalui ICT, dunia seolah-olah berada dalam satu ruang lingkup yang amat sempit kerana ia mudah dicapai dan diteroka.  Dalam sistem pendidikan, ICT dikatakan mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Bagi pengajaran pembelajaran kanak-kanak di prasekolah, ICT perlu diintegrasikan supaya proses pengajaran dapat berjalan dengan berkesan, menarik, mencabar dan interaktif.ICT perlu diintegrasikan dalam berbagai komponen, penggabungjalinan dengan bahan, persekitaran yang bersesesuaian dengan kebolehan, minat dan gaya pembelajaran kanak-kanak.

Matlamat ICT

·         Penggunaan ICT dapat mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat.
·         Penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin dengan kaedah pengajaran untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti pengajjaran dan pembelajaran.
·         Membantu kanak-kanak mengembangkankebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami ICT.
·         Membawa kaedah baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.
·         Ramai kanak-kanak belajar secara ‘field dependent’.  Belajar secara konkrit.  Mereka mudah faham jika ada rajah, ilustrasi dan latihan.
·         Dalam ICT terrdapat bahan yang interaktif, grafik, teks dan muzik yang boleh menarik minat kanak-kanak untuk belajar.
·         Internet membolehkan kanak-kanak meneroka, mencari bahan.
·         Dapat meneroka berulang kali.
·         E-mail (komunikasi), net meeting membolehkan guru dan kanak-kanak bertukar idea.
                                                                                               
Kelebihan ICT Dalam P&P

·         Pembelajaran berpusatkan kanak-kanak – penerokaan dan penemuan.
·         Membawa sikap positif – mereka ada peluang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding tradisional
·         Kanak-kanak dapat menimba ilmu dengan contoh praktikal.
·         ICT menyediakan kaedah dengan penekanan kepada penciptaan dan penerokaan secara aktif.  Kanak-kanak mencari bukan menerima secara satu hala.
·         Ia menarik kerana bercorak interaktif.
·         Penilaian dapat dilakukan selepas aktiviti selesai.
·         Bahan dapat digunakan berulangkali

Pembelajaran kanak-kanak

Untuk melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran di prasekolah, pengelolaannya  dibahagikan secara kelas, kumpulan dan individu.

a.      Aktiviti Kelas.

Kajian menunjukkan bahawa pengajaran secara  keseluruhan  kelas sebagai pengajaran langsung didapati paling efektif bagi pengajaran kemahiran asas. Akan tetapi untuk menggunakannya potensi pengajaran secara keseluruhan, guru-guru perlu memastikan bahawa struktur pelajarannya dan perkembangan kandungan seharusnya jelas kepada pelajar.

Akriviti kelas merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan keseluruhan kelas untuk menjalankan aktiviti. Aktiviti ini digunakan apabila guru menyampaikan dan memberikan maklumat semasa perbualan pagi, memberi arahan, penerangan dan membuat aktiviti penamat pada setiap akhir pembelajaran.  Aktiviti kelas yang lain adalah seperti;
·         Membuat percubaan
·         Berlakon
·         Menyanyi beramai-ramai
·         Menonton
·         Bercerita
·         Membuat lawatan
·         Bersoal jawab

Menyampaikan maklumat kepada kelas

             Untuk pengajaran secara aktiviti kelas, terdapat panduan yang perlu diikuti oleh
 guru.

·         Memberi fokus kepada satu isi pada satu-satu masa dengan mengelakkan penggunaan frasa yang kabur.

·         Mengulangi dan mengulangkaji peraturan-peraturan am dan konsep-konsep penting semasa mengajar topik-topik yang lebih sukar bagi membantu kanak-kanak mengekalkan dan memahani topik.

·         Menggunakan pelbagai media dan kaedah untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Bahan pengajaran hendaklah disampaikan dalam langkah-langkah kecil mengikut tahap kanak-kanak dan kemudiannya dibuat latihan sebelum beredar kelangkah seterusnya.

·         Menjadikan penyampaian  tentang sesuatu topik sejelas mungkin.  

       b.  Kumpulan.

Penekanan terhadap interaksi sosial dalam situasi pengajaran pembelajaran telah membawa kepada perkembangan teknik pengajaran aktiviti kumpulan. Pengajaran kumpulan menggalakkan penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran.

Aktiviti kumpulan  ialah satu kaedah pengajaran pembelajaran yang membahagkan kanak-kanak kepada kumpulan kecil. Setiap kumpulan boleh menjalankan aktiviti yang sama atau berbeza-beza  di antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Setiap ahli dalam kumpulan perlu bekerja secara kolaboratif dalam kumpulan masing-masing

Tiga alternatif asas mengumpulkan kanak-kanak ialah:

·         Kumpulan mengikut kebolehan
Kanak-kanak yang mempunyai kebolehan intelek yang sama sekiranya ditempatkan di dalam kumpulan yang sama akan mencapai potensi mereka yang maksimum jika diberi cabaran dan dikelilingi oleh mereka yang mempunyai tahap perkembangan intelek yang hampir sama.

·         Kumpulan mengikut minat
Pengumpulan mengikut minat adalah suatu proses pemilihan kendiri. Biasanya, ia berorientasikan projek. Sebagai contoh, pelajar-pelajar yang mahu membuat kajian tentang pengangkutan dalam komuniti mereka dalam mata pelajaran kajian tempatan boleh bekerja bersama-sama . Pelajar-pelajar ingin mempelajari tentang sumber asli di tempat-tempat tertentu boleh membentuk kumpulan yang lain. Pelajar-pelajar yang berminat untuk sama-sama berbincang tentang sumber manusia boleh membentuk satu kumpulan yang lain.

·         Kumpulan mengikut kadar pencapaian
Biasanya pengumpulan mengikut kebolehan atau minat akan dapat menentukan kadar pembelajaran sesuatu kumpulan. Guru seharusnya tahu bahawa pelajar mempunyai kadar pembelajaran yang berbeza walaupun mereka mempunyai kebolehan yang sama. Sebagai contoh , kumpulan yang berkebolehan mungkin akan menyiapkan sesuatu projek dalam tempoh yang lebih lama kerana ingin mendalami projek tersebut. Sebaliknya, kumpulan pelajar lain mungkin berupaya untuk mencapai objektifnya tetapi pada kadar yang berlainan.

Semasa aktiviti kumpulan dijalankan dalam kelas/bilik darjah, guru sepatutnya bergerak daripada satu kumpulan kepada kumpulan yang lain untuk membimbing dan menyelia mereka sekiranya perlu. Setiap kumpulan perlu mempunyai ketua untuk meninjau dan memastikan tugas-tugas yang khusus seperti mengedar dan menyimpan bahan dan merekod kemajuan kerja diselesaikan mengikut rancangan . Guru juga sepatutnya meluangkan masa untuk membincangkan kerja yang dilakukan oleh setiap kumpulan. Ringkasan yang baik digunakan untuk memotivasikan pelajar berusaha untuk penambaikan. Hasil kerja yang baik boleh dipamerkan dalam kelas.

Pengajaran kumpulan paling baik digunakan apabila pembelajaran yang melibatkan pelajar digalakkan.

              Contoh aktiviti kumpulan:
·         Bentuk doh
·         Main pondok
·         Main bongkah
·         Main cantuman puzzle
·         Main permainan tradisional
·         Berkebun
·         Penerokaan
·         Permainan bahasa/ matematik
·         Membuat kolaj/capan/cetakan/melukis/mewarna
·         Pertandingan menyusun huruf/perkataan/ gambar bersiri

c.  Individu

Pengajaran individu telah menjadi agak terkawal dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan seperti mana jenis-jenis pengajaran yang lain, ia membawa makna yang berbeza kepada orang lain. Pada asasnya pengajaran individu boleh dikatakan sebagai pembelajaran mengikut kadar individu adalah berasaskan pada premis di mana setiap orang boleh belajar apa sahaja tetapi ada yang mengambil masa yang lebih. Pelajar bekerja untuk mencapai matlamat yang sama, tetapi ada yang mencapai matlamat dengan lebih awal. Pengajaran jenis ini diperlukan bila pembelajaran masteri adalah mustahak dan penting.

Jenis-jenis pengajaran individu

Dalam pengajaran individu, setiap pelajar bukan sahaja belajar mengikut kadar masing-masing tetapi juga memilih yakni selalunya dengan bantuan guru iaitu matlamat yang spesifik dan tugasan individu. Sebagai contoh , pelajar dan guru akan menentukan objektif pencapaian dan kemudiannya membuat pilihan tugasan-tugasan yang dirancang untuk mencapai objektif. Kebaikan pengajaran individu ini ialah dapat mempertingkatkan tanggungjawab , memenuhi kehendak-kehendak tertentu , membolehkan penjadualan yang fleksibel dan memastikan kualiti yang berterusan.
Walaubagaimanapun , kelemahan pengajaran individu ialah ia mahal , mengambil banyak masa dan mengurangkan aktiviti kumpulan. Perlu diingat bahawa latihan dan perkembangan manusia , sama ada dalam urusan perniagaan atau sekolah adalah dicipta / dibuat untuk pelajar dan tidak untuk memudahkan guru.

Contoh aktiviti individu:
·         Melukis
·         Menyusun bongkah
·         Menggunting/menampal
·         Menguntal manik / bunga
·         Mengenakan butang baju
·         Membaca buku kecil / kad bacaan.

10.1.2   Tindakan susulan

Berdasarkan kepada huraian diatas, beberapa tindakan susulan perlulah dilakukan dengan sempurna. Ini adalah disebabkan untuk menjadikan sebuah prasekolah yang berkualiti peranan guru di dalam menguruskankan penggunaan kaedah, teknik dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran perlulah ditingkatkan mengikut kemampuan dan kefahaman anda memahami keperluan kanak-kanak.

 Program Prasekolah

Kebanyakkan ibu bapa berkehendakan bahawa anak memasuki prasekolah yang berkualiti sahaja agar dapat membantu anaknya mencapai taraf kehidupan kepada kedudukan yang baik apabila dewasa nanti. Untuk itu ibu bapa akan memilih hanya prasekolah yang berkualiti dan mengikut spek yang membolehkan kanak-kanak berkembang secara menyeluruh terutamanya dari segi pemakanan, keselamatan, kawasan, kedudukan dan persekitaran prasekolah itu sendiri.  
Model kurikulum atau program prasekolah didapati berbagai-bagai. Ada yang menggunakan model tradisional atau akademik dan ada yang menggunakan Model Froebel, Montessori, Piaget, Head Start, Perkembangan Menyeluruh, Kurikulum Terbuka dan Campuran dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun kebanyakan prasekolah swasta menggunakan model tradisional dan ini dianggap menyeleweng daripada matlamat pendidikan awal kanak-kanak yang sepatutnya bertujuan untuk menggalakkan perkembangan psikososial, personaliti, moral dan potensi kanak-kanak. Prasekolah anjuran agensi kerajaan pula menekankan aspek sosiolisasi, perpaduan akhlak di samping aspek perkembangan kognitif. Berdasarkan program yang ada ibu bapa dapat memilih program yang dikehendaki.
Ciri-ciri program yang dikehendaki antaranya ialah :
  • Program yang boleh membantu kanak-kanak meningkatkan tahap akedemik dan kejayaan kanak-kanak. Ini adalah disebabkan banyak terdapat kegagalan dalam pelajaran akibat prasekolah yang dimasuki tidak membantu memperkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
  • Program yang menekankan Literasi kanak-kanak dan kesediaan untuk membaca.
  • Persekitaran prasekolah yang akan dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan sosialisasi dan kemahiran tingkahlaku yang positif.

Rumusan
Kualiti pendidikan prasekolah perlu ditekankan secara menyeluruh. Pentadbiran dan pengelolaan organisasi prasekolah perlu menitikberatkan kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada ibu bapa dan masyarakat.
Latihan  1::

Jelaskan perbandingan bentuk program kanak-kanak antara program Head start,  program Montessori, High Scope.


10.3  Persekitaran Prasekolah

Jenis-jenis Pusat Pembelajaran di ruang dalaman kelas Prasekolah dan  aktiviti

a.  Sudut Pembelajaran  Kognitif.

 Pusat pembelajaran  ini sangat  penting kerana ia boleh merangsangkan proses pemikiran kanak-kanak ketahap yang lebih tinggi dan komplek    Untuk itu  peralatan yang terdapat dipusat pembelajaran ini perlulah banyak yang merangsangkan minat dan kebolehan kanak-kanak  untuk   meningkatkan keupayaan dan tahap pencapaiannya, Disamping itu pusat  kognif ini juga dapat membina atau untuk membentuk  keyakinan, sifat  berdikari dan belajar kendiri. Menurut Piaget: dipusat pembelajaran inilah kanak-kanak akan dapat membentuk dan menambahkan lagi ilmu pengetahuannya . Manakala Dewey pula bependapat kanak-kanak akan:dapat memahami dengan lebih mendalam lagi jika dia melakukan sendiri aktiviti itu.

b. Pusat Pembelajaran Main Peranan:

Sudut  ini merupakan sudut untuk membina keyakinan diri dan semangat berdikari serta memupuk sifat kerjasama. Disudut ini juga kanak-kanak akan memegang beberapa watak dan akan berperanan dengan watak-watak tertentu dan ini membolehkan kanak-kanak itu  mendalami watak-watak itu yang dipegangnya. Untuk itu aktiviti untuk menggambarkan diri sendiri serta orang-orang lain seperti bercerita dan berlakon yang diadakan samada  didalam bentuk kumpulan atau berpasangan yang bertujuan untuk menggalakkan kepada perkembangan sosio-emosi yang mementingkan kepada kemahiran berkomunikasi.

c.  Pusat Pembelajaran  muzik 

Pada pusat pembelajaran ini  kanak-kanak akan diberi peluang untuk menggunakan pelbagai peralatan muzik yang mudah dan ringkas seperti piano, pianika, tamborin, kastenet, kompang, kerincing dan drum untuk belajar mencipta bunyi, mengikut rentak dan irama  serta mendisiplinkan diri dengan bermain muzik mengikut peraturan.  Antara aktiviti pembelajaran yang diadakan adalah seperti menyanyikan lagu-lagu mudah sambil bertepuk tangan dan membuat pergerakan mengikut lirik atau irama serta memainkan alat muzik. Ini  bermakna pusat pembelajaran  muzik ini sangat sesuai untuk membentuk disiplin dan akan dapat untuk menggalakkan perkembangan sosio-emosi dan kognitif.
Disamping itu telivisyen, radio dan VCD perlu diadakan untuk kanak-kanak melihat dan menonton pelbagai rancangan kanak-kanak.

d.   Pusat Pembelajaran Bahasa

Di Pusat pembelajaran bahasa  ini diletakkan rak-rak buku, meja, kerusi dan pelbagai buku cerita serta pelbagai media yang bertujuan untuk kanak-kanak berkomunikasi dan aktiviti bahasa dan literasi. Aktiviti-aktiviti  berbahasa atau literasi yang kerap diadakan adalah seperti  aktiviti bercerita, membaca buku dan permainan kad huruf. Kesemua akrtiviti ini dapat merangsangkan perkembangan bahasa dan meningkatkan kemahiran berkomunikasi seperti bertutur, menulis atau mendengar. Dipusat pembelajaran ini juga boleh diletakkan peralatan pelbagai media audio-visual untuk menggalakkan perkembangan sosio-emosi dan perkembangan literasi kanak-kanak.

e.   Pusat Pembelajaran  Sains

Pusat ini memberi pendedahan kepada alam sains dengan menggunakan kaedah-kaedah inkuiri dan penemuan. Pada sudut pembelajaran  sains ini kanak-kanak akan dapat menjalankan  aktiviti-aktiviti secara hands-on dan minds-on dengan menggunakan deria-deria melalui pemerhatian, lawatan, eksperimen dan penerokaan konsep-konsep sains yang berkaitan dengan alam sekitar.

f.   Pusat pembelajaran   Matematik dan manipulatif/ Blok
Pada pusat  ini adalah diharapkan kanak-kanak akan dapat berinteraksi dengan bahan-bahan manipulatif seperti blok kayu yang pelbagai saiz dan bentuk, polidron, blok bernombor, puzzle dan lain-lain lagi.  Bahan yang terdapat di pusat ini hendaklah bahan yang taan lasak dan tidak  bertoksid. Disamping itu  bahan yang terdapat di pusat pembelajaran  ini  akan dapat memberi pendedahan kepada konsep awal nombor, permainan-permainan nombor dan konsep-konsep matematik. Di pusat ini juga akan diadakan pelbagai aktiviti-aktiviti nyanyian dan pergerakan yang melibatkan konsep matematik dan ini membolehkan kanak-kanak itu dapat menghayati matematik dengan cara yang kreatif dan menyeronokkan  

g.   Pusat Pembelajaran Seni

Pusat pembelajaran seni merupakan sebuah pusat yang dapat mengcungkil bakat kreativiti kanak-kanak. Terdapat pelbagai pealatan seni yang digunakan untuk pusat pembelajaran ini antaranya ialah esel, pensil warna, cryon, berus pelbahai saiz, cop-cop gambar haiwan, cop-cop buah-biah  dan pelbagai peralatan lagi. Tujuannya ialah untuk kanak-kanak mebuat contengan, melukis, mewarna, membuat kraf, mengecap dan menstensil dengan menggunakan pelbagai alat dan media. Di pusat pembelajaran  seni juga kanak-kanak  digalakkan menggunakan bahan kitar semula  atau bahan buangan untuk memupuk perasaan cinta pada alam dan bumi kita.

h. Pusat Pembelajaran Teknologi.

Di Pusat pembelajaran teknologi akan diletakkan komputer, printer serta pelbagai perisian dan program-program pembelajaran  yang bertujuan untuk meningkatkan kognitif kanak-kanak. Antara aktiviti pembelajaran yang diadakan di pusat pembelajaran ini ialah aktiviti mengira, menaip, menyebut, melakar, mengkategorikan dengan berpandukan kepada perisian-perisian yang diprogramkan. Contoh program Microsoft office, print artist, publisher, word dan pelbagai program kanak-kanak yang lain.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Kebanyakkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada ruang dalaman lebih menumpukan kepada pembentukan dan perkembangan sahsiah diri kanak-kanak  secara menyeluruh an bersepadu. Setiap perkembangan itu akan diperkembangkan menurut amalan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah perkembangan bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, perkembangan sosio-emosi, Perkembangan  Pendidikan Kerohanian dan Moral, Perkembangan Fizikal dan perkembangan Kreativiti dan Estetika. Untuk itu aktiviti yang dijalankan pada setiap ruang dalaman itu perlulah mengambilkira tentang umur, saiz, keluasan bilik, bahan yang ada dan kemampuan kanak-kanak.   
Latihan 2:

Nyatakan kepentingan  pusat pembelajaran dalam membantu pembelajaran kanak-kanak yang membolehkan mereka meneroka, mencuba, berinteraksi dengan persekitaran?

10.3.2   Pelan luar
Keinginan untuk bermain adalah merupakan perkara lumrah pada setiap kanak-kanak dan ianya mempunyai nilai-nilai tertentu. Dengan bermain kanak-kanak dapat mempertingkatkan tahap keyakinan  diri iaitu dengan memperluaskan minda, membentuk sosilsasi da bole menyelesaikan masalah. Pepatah ada mengatakan, main adalah pekerjaan kanak-kanak. Untuk itu  ruang-ruang  pembelajaran perlulah ada pengubahsuaian sama ada untuk ruang dalam mahupun ruang luar kelas. Perancangan ruang hendaklah dilaksanakan dengan berhati-hati. Sebelum abad ke 20an kebanyakan ruang pembelajaran luar kelas banyak meggunakan bahan yang diperbuat daripada kepingan logam kini ianya telah betukar kepada peralatan yang menjurus kepada aktiviti permainan imaginasi dan direka bentuk dengan mengambil kira ciri-ciri ketahanan, keselamatan  dan penggunaan jangka panjang. Untuk itu ruang luar kelas perlulah disusun dan dirancang dengan rapi seperti ruang dalam kelas. Ruang luar kelas hendaklah sentiasa bersih  dan selamat dan penyediaan aktivitinya banyak bertumpu kepada keadaan cuaca dan suhu. Ruang di luar kelas hendaklah mempunyai permukaan yang licin dan kesat untuk memudahkan kanak-kanak menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fizikalnya. Kawasan pembelajaran luar kelas juga perlulah bersetentangan dengan ruang pembelajaran dalam kelas dan berdekatan dengan tandas. Pelan luar yang dirancang perlulah mudah dilihat oleh guru atau pembantu untuk mepastikan agar guru  dapat mengawasi setiap pergerakan kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti
Segala longkang hendaklah ditutup.

  1. Jenis taman permainan dan susun atur

Jenis taman permainan dapat dklasifikasikan mengikut zon ativiti yang akan diadakan
Kanak-kanak biasanya gemar memilih aktiviti yang diminatinya semasa berada di ruang luar kelas. Untuk itu guru perlulah menyediakan pelbagai peralatan dan bahan yang boleh diklassifikasikan dan diletakkan kepada zon-zon tertentu. Setiap zon akan memainkan peranan yang unik didalam memperkembangan tahap jasmani, emosi, rohani dan sosial kanak-kanak. Adalah diharapkan semasa kanak-kanak ini berada di ruang luar bilik darjah ia akan dapa mempertingkatkan kecekapan berbahasa an beomunikasi, memperluaskan lagi tahap kemahiran berfikir, mengamalkan sikap berakhlak mulia dan beretika, sentiasa berkeyakinan dan berdisiplin, melahirkan kanak-kanak yang sihat dan cergas serta boleh menjadikan kanak-kanak itu seorang yang kreatif, imaginatif dan ekpresif

Zon Aktiviti Ruang Luar Kelas Praseklah
Di dalam kelas prasekolah terbahagi kepada beberapa zon pembelajaran untuk menentukan aktiviti yang dijalankan. Zon aktiviti pembelajaran di luar kelas prasekolah terbahagi kepada dua iaitu zon senyap dan zon bising.

 a.   Zon Senyap
  • Zon Transisi: Ini merupakan zon peralihan yang diletakkan dibahagian hadapan tempat permainan. Di zon ini juga kanak-kanak akan memikirkan di zon mana yang ia akan bermain.

  • Zon main air: Zon ini merupakan zon yang membolehkan kanak-kanak bermain air samada air itu diletakkan didalam besin atau pada tempat yang khas yang telah tersedia bina.
                             
  • Zon main pasir : Pada zon ini kanak-kanak akan dapat membina dan membentuk kekuatan tangan dan jari dan ini membolehkan kanak-kanak itu dapat mengimbangi  otot-otot  motor halus  didalam mengodinasikan mata-tangan kanak-kanak. 
   
  • Zon main drama : Tempat yang sesuai untuk kanak-kanak bermain peranan dan amat berguna untuk memperkembangkan kemahiran sosialisasi dan kemahiran literasi kanak-kanak. Pada zon ini perlu disediakan satu pondok  agar kanak-kanak dapat memainkan peranan dan berinteraksi bersama.

  • Zon selesa/ sosial: Zon ini sangat mustahak kerana kedudukan zon ini amat selesa kerana didalam zon ini perlu ada kawasan yang teduh samaada  ditutupi oleh pokok atau tempat yang beratap. Pada zon ini juga perlu diletakkan beberapa buah kerusi meja, air pancutan dan tempat rehat.  Semasa berada di zon ini kanak-kanak itu akan dapat meningkatkan kemahiranberbahasa dan kemahiran sosialnya. Ini adalah disebabkan dizon ini kanak-kanak boleh berinteraksi bersama rakan.
   
  • Zon perkhidmatan :   To aid in the maintenance of the playground, trash receptacles should be strategically located around picnic tables, seating areas, etc. For supervised playgrounds, storage for loose play materials such as balls, jump ropes, dramatic play props, and big loose parts should also be provided. Consideration should also be made as to whether storage of maintenance equipment (mowers, rakes, blowers, etc.) should be located on or in close proximity to the playground.

b.   Zon bising
           
  • Zon main buaian: Ini adalah merupakan permainan yang paling diminat oleh kanak-kanak dan aktviti ini hendalah diletakan berjauhan dengan tempat permainan lain untuk tujuan keselamatan. Untuk tujuan keselamatan kerangka yang digunakan hendaklah stabil. Tiada unit buaian yang bersentuhan manakala tali buaiannya ada lapisan plastisol  atau yang setara untuk mengelakkan kecederaan. Ketinggian buaian 2000 – 2100 mm. Saiz tempat duduk 600 x 100mm serta tali buaian itu panjangnya 1250-1800 mm. Tujuan permainan buaian ini adalah untuk latihan kekuatan tangan dan membina keyakinan diri.

  • Zon permukaan kasar:  Zon ini mengandungi permukaan konkrit yang melibatkan aktiviti bermain melantunkan bola, melompat, mengayuh basikal dan aktiviti yang banyak melibatkan aktiviti motor kasar dan penglibatan kordinasi anggota badan. 
  • Zon biasa : Merupakan zon yang merupakan padang. Dimana untuk menggalakkan kanak-kanak berlari, bermain bola. Banyak tedapat pokok dan terdapat tempat yang berpayung untuk kanak-kanak berehat.

  • Zon kreativiti: Pada zon ini kanak-kanak itu dapat melahirkan kreativiti untuk membina alat permainannya sendiri. Untuk itu di zon ini tedapat peralatan seperti bongkah-bongkah kayu dan plastik yang pelbagai bentuk untuk memudahkan membina dan meruntuh peralatan permainan yang disukainya. Satu tempat penyimpanan peralatan hendaklah disediakan untuk membolehkan kanak-kanak itu menyimpan kembali peralatan bongkah yang telah digunakan.

  • Zon Permainan motor kasar: Merupakan zon yang dilengkapi dengan peralatan permainan seperti papan gelongsor, palang bergayut, jongkang-jongkit, papan imbangan, terowong dan getah pelapik. Perancangan untuk menempatkan peralatan ini hendaklah mengambil kira aspek keselamatan, saiz badan dan persekitaran prasekolah itu sendiri.

4.2.3      Kelengkapan Peralatan

Sesebuah kelas prasekolah yang kondusif dan berkualiti dapat menyediakan peralatan yang digunakan pada permainan luar dan peralatan dalaman. Jenis-jenis peralatan dan bahan  adalah disarankan seperti berikut:

a. Peralatan Dalaman
Berikut adalah cadangan peralatan pembelajaran yang boleh digunakan didalam kelas:
Bil
Pusat Pembelajaran
Peralatan
1.
Pusat Bahasa
  1. Carta poket
  2. Buku besar
  3. Buku cerita kanak-kanak
  4. Buku kecil bergambar
  5. Buku Puisi kanak-kanak
  6. Buku cerita/ lagu kanak-kanak
2.
Pusat Teknologi
  1. Telivisyen
  2. CD, DVD & Radio
  3. Komputer
  4. Pencetak
  5. Perisian
3.
Pusat Manipulatif
  1. Board plus starter kit  diperbuat dari tech-foam
  2. Linking quarter circle block
  3. Pelbagai jenis bentuk Blok
4.
Pusat Kognitif
  1. Alat pengukur
  2. Kanta pembesar
  3. Set magnet
  4. Set Tabung uji
  5. Foam alphabet
  6. Foam numbers
  7. Alat penimbang
  8. Alat formasi bentuk geografi
  9. Model haiwan
  10. Model Sayur-sayuran

5.
Pusat Pendidikan Islam
  1. Carta huruf Hijaiyyah
  2. Huruf-huruf jawi
  3. Cop huruf jawi
  4. Buku cerita
  5. Buku cerita pendidikan moral / tauladan
  6. Panduan wuduk/ Solat
  7. Kelengkapan solat
6.
Pusat Kreativiti dan Estetika
  1. Warna air
  2. Berus
  3. Apron
  4. Peralatan dan media lukisan
  5. Play dough
  6. Serbuk warna
  7. Alat Permainan dalam
  8. Alat muzik

b. Perabot Prasekolah
    Peralatan perabot di kelas prasekolah hendaklah bersesuaian dengan keperluan murid. 
    Berikut adalah cadangan bentuk-bentuk perabot yang sesuai untuk kelas prasekolah:
  • Meja trapezium
  • Meja rectangular
  • Meja bulat
  • Kerusi murid
  • Kotak menyimpan carta
  • Rak buku rendah
  • Rak manipulatif
  • Rak buku permukaan sebelah
  • Rak serbaguna
  • Rak ABM beroda
  • Rak buku belipat
  • Papan esel

  1. Peralatan Permainan Luar Prasekolah.
Aktiviti permainan luar memerlukan peralatan. Berikut cadangan peralatan yang sesuai untuk aktiviti permainan luar.
  • Papan jongkangjongkit
  • Buaian
  • Gelongsor
  • Rangka bergayut
  • Kotak main air dan pasir
  • Terowong
  • Tiang bola keranjang
  • Pondok da getah pelapik

Susun atur persekitaran ruang pembelajaran

Berikut adalah garis panduan susun atur ruang pembelajaran prasekolah:

  • Bahan dan peralatan hendaklah pada saiz dan ketinggian kanak-kanak.Peralatan seperti gambar, papan buletin hendalah pada tahap penglihatan kanak-kanak, bukan tahap guru. Keadaan almari, rak-rak buku dan lainlain bahan hendalah mudah dicapai oleh kanak-kanak. Perabot seperti kerusi dan meja hendaklah bersesuaian dengan saiz kanak-kanak.
  • Kelas hendaklah diuruskan dengan baik dengan kedudukan barang disusun dengan teratur bukannya berselerak kerana ini boleh mempengaruhi perlakuan kanak-kanak.
  • Pastikan aliran pergerakkan kanak-kanak tiada penghalangnya (traffic flow). Perlu disediakan satu ruang untuk kanak-kanak berlari.  Ruang untuk pemeblajaran seni hendaklah diletakkan berhampiran dengan sinki supaya mudah untuk kanak-kanak membasuh dan membersihkan peralatan seni lukisnya.
  • Ruang permainan alat muzik hendaklah diletakkan jauh dengan ruang untuk bercerita atau membaca buku.
  • Bilik prasekolah dan persekitarannya perlulah bersih, kemas dan menyeronokkan. Persekitaran fizikalnya hendaklah bersih dan selamat terutamanya di tandas yang perlu senantiasa bersih.  Menyeronokkan dengan warna yang pelbagai terutamanya bahan-bahan yang letakkan dipapan buletin hendaklah disusun dengan kemas.
  • Penyediaan bilik hendaklah membolehkan kanakkanak itu bertanggung jawab menjaga peralatan yang ada seolah-olah kepunyaan sendiri. Pengurusan peralatan pembelajaran hendaklah disimpan pada tempat asalnya selepas digunakan.
  • Guru perlulah boleh melihat, memerhati dan mengawasi setiap ruang bilik prasekolah untuk itu kabinet atau almari yang tinggi hendalah diletak ditepi dinding manakala kabinet , almari dan rak  yang rendah diletkkan ditengah-tengah.
  • Tempat penyimpanan bahan perlu diberi perhatian terutamanya penyediaan tempat kering dan basah.
  • Ruang dan sudut hendaklah  tidak tetap dan ada kalanya perlu ditukar kedudukannya supaya tidak membosankan kanak-kanak.
  • Setiap ruang atau sudut perlulah pelbagai guna dan mempunyai pelbagai makna. Perlu diingat ruang yang ada boleh membantu keperluan dan minat kanak-kanak.
         
Pemilihan peralatan

Segala peralatan yang diguna pakai  diprasekolah hendaklah mengikut kepada kesesuaian saiz badan, ketinggian, bahan yang digunakan dan mengikut kehendak falsafah pendidikan prasekolah. Iaitu untuk membolehkan kanak-kanak bebas membuat keputusan, membina meningkat kemahiran, meningkatkan konsep kendiri yang positif, interaksi sosial dan lebih menumpukan kepada pembelajaran berpusat kanak-kanak dan pemblajaran berpusatkan bahan.Peralatan yang ada juga hendaklah mempunyai ciri-ciri keselamatan dan tidak mudah lentur, rosak dan tahan untuk digunakan oleh kanak-kanak

RUMUSAN

Tajuk ini melihat kepada peningkatan kualiti yang lebih menumpukan terhadap pengajaran
guru dan pembelajaran kanak-kanak, pelaksanaan program yang meliputi kurikulum yang
ada diprasekolah dan aktiviti serta persekitaran yang meransangkan pembelajaran.
Disamping itu penyediaan ruang dan perancangan kemudahan kanak-kanak dan
pemilihan peralatan yang digunakan di dalam program pendidikan prasekolah.

GLOSARI

ICT                              : Teknologi maklumat dan komunikasi
Pelan luar                    : Kawasan luar bangunan prasekolah
Pelan dalam                : Kawasan dalam bilik prasekolah
Sudut pembelajaran           :  Tempat dimana diletakkan peralatan pengajaran dan pembelajaran   
                                     untuk digunakan oleh guru da kanak-kanak
Zon aktiviti prasekolah: Ruang atau sudut pembelajaran.

UJIAN 1

Belajar melalui bermain adalah merupakan satu pendekatan pendidikan prasekolah yang  menjadi sinonim kepada pendekatan pembelajaran di prasekolah.

            a.  Apakah kepentingan belajar melalui bermain yang dapat mempertingkatkan
                 pembelajaran kanak-kanak di prasekolah?
b.  Bagaimanakah belajar melalui bermain mempengaruhi perkembangan kanak-
                 kanak?                                                                                                                                                                                                    

UJIAN  2

Anda sebagai seorang ibu bapa sedang mencari sebuah prasekolah yang berkualiti untuk menempatkan anak anda untuk belajar. Anda telah pergi kebeberapa buah prasekolah untuk mempastikan anda dapat membuat pilihan yang tepat. Antara syarat-syarat yang anda telah tetapkan ialah guru, pekerja, bilik darjah, kurikulum dan sebagainya.

Nyatakan lima garis panduan penyediaan persekitaran pembelajaran kanak-kanak yang dapat merangsang minat kanak-kanak datang ke prasekolahnya.

Rujukan

1.  Brewer, Jo Ann  (1995) Introduction To Early Childhood Education Preschool through  
          Primary Grades. United States. Allyb and Bacon

2.  Essa, Eva (1996)  Introduction to Early Childhood Education 2nd Edition. United States.
    Delmar Publisher

3.  Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.
          Percetakan Rina

4.  CR, Lindah.(2000).Playground Design and Equipment, April, 17-2005 from   

5.  White Hutchinson Leisure & Learning Group(2005). Child care design services   
           Nov.15,2005 from Http://www.whitehutchinson.com/children/childcaredesign.shtml













JAWAPAN

Latihan   1:

Jelaskan perbandingan bentuk program kanak-kanak antara program Head start,  program Montessori, High Scope.

Bentuk Program
Kurikulum
Bahan
Peranan Guru
Montessosi

·   Mencorakkan kurikulum bagaimana kanak-kanak belajar
·   Pembelajaran berlaku melalui panca indera

·   Bahan yang meransang sensori kearah pembelajaran
·   Kanak-kanak belajar mengunakan bahan-bahan manipulatif dan belajar secara bersama.

·   Menyediakan persekitaran  untuk pembelajaran
·   Kanak-kanak mendidik diri mereka- pembelajaran kendiri
·   Kepelbagaian umur

Head Start

·   Kurikulum dan program mempunyai satu standard tertentu.
·   Perkhidmatan yang menyeluruh meliputi kesihatan, sokongan pengurusan dan penglibatan ibu bapa.
· Program bukan program peringkat nasional tetapi Cuma peringkat tempatan atau local.
·   Perkembangan menyeluruh
·   Kematangan
·     Pendekatan intervensi
· Bahan yang merangsang kanak-kanak untuk  terus belajar.
· Bahan yang ada dpersekitaran
·   Ibu bapa berperanan penting didalam operasi program

High Scope

·   Kurikulum dibina-baru muncul- kurikulum tidak dibina pada peringkat awal.
·   Kanak-kanak membantu untuk membentuk kurikulum
·   Kurikulum dibina  supaya menjadikan kanak-kanak aktif belajar.
·   Bahan yang digunakan boleh dibuat sendiri.
·   Satu bahan tetapi boleh dipelbagai gunakan.

·   Menggalakkan kanak-kanak untuk belajar secara aktif
·   Pengalaman menjadikan garis panduan untuk membina kurikulum

Latihan 2:

Nyatakan kepentingan  pusat pembelajaran dalam membantu pembelajaran kanak-kanak yang membolehkan mereka meneroka, mencuba, berinteraksi dengan persekitaran?

  • Merangsang pembelajaran kanak-kanak
  • Mengukuhkan kemahiran bahasa, kemahiran berfikir, dan penerapan nilai-nilai murni.
  • Meningkatkan keyakinan diri
  • Kanak-kanak menjalankan pembelajaran kendiri mengikut tahap dan kadar perkembangan sendiri.
  • Mengguna dan memanfaatkan alat dan bahan yang disediakan.

UJIAN 1
Belajar melalui bermain adalah merupakan satu pendekatan pendidikan prasekolah yang  menjadi sinonim kepada pendekatan pembelajaran di prasekolah.

            a.  Apakah kepentingan belajar melalui bermain yang dapat mempertingkatkan
                 pembelajaran kanak-kanak di prasekolah?
·         Merangsang pembelajaran kanak-kanak
·         Penerapan nilai-nilai murni
·         Bekerjasama
·         Penggunaan bahan pembelajaran
·         Keyakinan diri
·         Percubaan idea sendiri
·         Penerokaam dan interaksi dengan persekitaran
·         Kelonggaran masa
·         Peluang memberi tumpuan dan perhatian

b.  Bagaimanakah belajar melalui bermain mempengaruhi perkembangan kanak-
     kanak?                                                                                                          
·         Mengukuhkan penguasaan konep pembelajaran daripada umum kepada yang lebih specifik
·         Meningkatkan keupayaan kognitif
·         Bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa
·         Menigkatkan kemahiran emosi
·         Mengukuhkan perkembangan fizikal
·         Menguasai kemahiran manipulatif
·         Menguasai daya reka cipta secara konstruktif
·         Melahir dan menyatakan perasaan.
     




UJIAN  2

Anda sebagai seorang ibu bapa sedang mencari sebuah prasekolah yang berkualiti untuk menempatkan anak anda untuk belajar. Anda telah pergi kebeberapa buah prasekolah untuk mempastikan anda dapat membuat pilihan yang tepat. Antara syarat-syarat yang anda telah tetapkan ialah guru, pekerja, bilik darjah, kurikulum dan sebagainya.

Nyatakan lima garis panduan penyediaan persekitaran pembelajaran kanak-kanak yang dapat merangsang minat kanak-kanak datang ke prasekolahnya.
·         Bahan dan peralatan hendaklah pada saiz dan ketinggian kanak-kanak
·         Kelas hendaklah diuruskan dengan baik dengan kedudukan barang disusun dengan teratur bukannya berselerak
·         Pastikan aliran pergerakkan kanak-kanak tiada penghalangnya (traffic flow).
·         Ruang bising jauh dengan ruang senyap
·         Bilik prasekolah dan persekitarannya perlulah bersih, kemas dan menyeronokkan.
·         Penyediaan bilik hendaklah membolehkan kanak-kanak itu bertanggung jawab menjaga peralatan.
·         Guru perlulah boleh melihat, memerhati dan mengawasi setiap ruang bilik
·         Tempat penyimpanan bahan perlu diberi perhatian terutamanya penyediaan tempat kering dan basah.
·         Ruang dan sudut hendaklah  tidak tetap dan ada kalanya perlu ditukar kedudukannya supaya tidak membosankan kanak-kanak.
·         Setiap ruang atau sudut perlulah pelbagai guna dan mempunyai pelbagai makna. Perlu diingat ruang yang ada boleh membantu keperluan dan minat kanak-kanak.