Wednesday, 11 July 2012

PRA 3101


1.0TEORI

KONSEP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


TEORI-TEORI PERKEMBANGAN DAN PEMBELAJARAN


Terdapat 4 pendapat berkaitan perkembangan manusia:
1)      Teori Maturationis (Semula jadi)
2)      Teori Behavioris ( Tingkah laku/ Pemupukan/ Asuhan/ Persekitaran)
3)      Teori Konteks Budaya

Teori ialah pendapat atau pandangan yang dikemukan bagi menerangkan sesuatu perkara. Terdapat pelbagai teori atau pendapat yang dikemukakann berkaitan perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Setiap teori adalah berbeza tetapi memberi sumbangan yang besar dan pengaruh yang kuat dalam pendidikan awal kanak-kanak. Menurut Seefeldt dan Barbour, terdapat dua pendapat yang bertentangan berkenaan perkembangan manusia iaitu nature versus nuture. Dua pendapat ini adalah Teori Maturationis (semula jadi) dan Teori Bahavioris (Tingkah laku).

1. Teori Maturationis (Semula jadi)
Bagi Jean Jaeques Rousseau (1712-1778) kanak-kanak adalah seperti bunga yang berkembang ataupun tumbuh-tumbuhan matang yang secara semulajadi mengikut baka. Pembesarannya mengikut peringkat yang dapat dijangkakan, iaitu daripada biji benih yang kemudiannya membesar mengikut ketinggian, berat dan bentuk tertentu.

Walaupun pembesarannya dipengaruhi oleh kadar cahaya dan air yang diterima dengan cukup, peringkat pembesarannya masih mengikut urutan. Mengikut ahli-ahli maturationis, kanak-kanak seperti tumbuh-tumbuhan yang berkembang mengikut jadual semula jadi yang telah ditentukan, berubah mengikut jenis dan kuantiti khasiat yang diterima daripada persekitaran. Teori ini berasaskan pada pemahaman berkaitan kesediaan dan kematangan kanak-kanak.

Dalam membincangkan konsep nature versus nuture, Rousseau berpendapat bahawa kanak-kanak mempunyai kebolehan semula jadi dan perlu diberi kebebasan untuk berkembang secara semula jadi. Baginya membaca tidak boleh dipaksa. Guru tidak perlu memberi arahan secara langsung tetapi perlu memberi bimbingan. Guru perlu sedar pada minat kanak-kanak serta mengikut minat tersebut dan bukannya menetapkan kurikulum. Pendidikan perlu banyak dilakukan di luar bilik darjah. Kanak-kanak perlu melibatkan semua deria dalam pembelajaran. Kanak-kanak adalah manusia yang baik.

Pendekatan umum bagi kanak-kanak adalah meletakkan mereka dalam persekitaran yang dilindungi supaya mereka dipengaruhi oleh perkara yang baik sahaja.

Arnold Gesell (1880-1961) pula berpendapat bahawa kanak-kanak diumpamakan seperti tumbuh-tumbuhan. Beliau mendapati kanak-kanak secara semulajadi bersedia untuk membaca apabila umur mentalnya sudah mencapai 6 ½ tahun. Baginya kanak-kanak tidak tidak boleh dipaksa terlalu awal apabila mereka belum bersedia. Kanak-kanak perlu belajar mengikut kadar kemampuan dan perkembangan fizikalnya, seperti bunga yang berkembang secara semula jadi mengikut urutan yang dijangka. Baginya, pengaruh persekitaran kurang penting.

2. TEORI BEHAVIORIS
John Locke (1632-1704) berpendapat bahawa manusia adalah pasif dan mudah menerima. Pembelajaran adalah minda menerima rangsangan daripada orang lain dan juga persekitaran. Kanak-kanak diibaratkan kain putih. Kain putih itu perlu ditulis oleh orang yang mendidik kanak-kanak melalui suatu siri ganjaran dan hukuman.

Pembelajaran berlaku apabila seseorang menerima ganjaran ataupun pengukuhan akibat tingkah laku ataupun tindakbalas yang betul daripada sesuatu rangsangan. Pembelajaran kanak-kanak berlaku akibat syarat-syarat yang ditentukan oleh orang dewasa dan persekitaran. Kanak-kanak belajar apabila keperluan mereka dipenuhi ataupun tidak dipenuhi oleh orang lain dan faktor persekitaran.

Teori behavioris menumpukan pada tingkah laku dan pembelajaran sosial. Persekitaran pembelajaran disusun dan dirancang oleh guru. Aktiviti pembelajaran adalah atas inisiatif guru dan objektif pengajaran merangkumi akademik dan kemahiran pra akademik. Ganjaran seperti hadiah atau makanan dan hukuman digunakan bagi membimbing tingkah laku kanak-kanak yang sesuai. Pengulangan diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, kanak-kanak perlu di beri banyak latihan sebagai peneguhan.

Bagi John Locke, dalam mendidik kanak-kanak, guru perlu sedar pada perbezaan individu. Walau bagaimanapun beliau tidak menolak faktor-faktor keturunan atau baka, tetapi beliau berpendapat bahawa faktor luaran yang menentukan proses kanak-kanak. Beliau lebih cenderung menggunakan pendekatan positif dan proses pengajaran dan mendisiplinkan kanak-kanak. Oleh itu, beliau mengatakan “memukul mereka atau mengenakan hukuman tertentu tidak sesuai digunakan dalam pendidikan bagi sesiapa yang bijak, baik dan mahir; seharusnya ia kurang digunakan kecuali bagi keadaan tertentu seperti kes yang ekstrim”.

Baginya ketegasan, renungan yang menunjukkan tidak bersetuju dan memberi malu sudah memadai bagi tindakan disiplin. Kanak-kanak perlu diberi pengukuhan atas tingkah laku mereka yang baik dan kejayaan intelektual. Sikap negatif dan hukuman fizikal kurang digalakkan. Pengukuhan yang berlebihan dapat mengakibatkan kesan yang buruk dan merosakkan kanak-kanak. Mereka tidak mahu membuat kerja sekolah kecuali apabila diberi ganjaran. Pendekatan di dalam kelas kini menumpukan pada pengukuhan positif. Menggelakkan tumpuan pada tingkah laku yang negatif dan mengurangkan ganjaran secara perlahan-lahan apabila tingkah laku ataupun pelaksanaan tugas bertambah baik.

Apabila John Locke mengatakan bahawa persekitaran membentuk kanak-kanak, beliau merujuk pada kewujudan seluruh intelektual, sosial dan fizikal. Pengalaman pembelajaran sebaik-baiknya perlu melibatkan input daripada semua aspek persekitaran dan penggunaan semua deria kanak-kanak. Beliau percaya persekitaran perlu dikawal supaya kanak-kanak belajar apa yang mereka perlu tahu seperti permainan matematik menggunakan bahan-bahan konkrit, huruf-huruf yang dipotong daripada kad digunakan bagi membentuk perkataan mudah. Semua ini menggunakan deria dan mempunyai tujuan khusus dalam pembelajaran.

Teori behavioris dibina berdasarkan konsep-konsep berikut:
a.         Tingkah laku
            Terdapat dua jenis tingkah laku: refleksi seperti pantulan lutut apabila diketuk,
dan operan. Tingkah laku operan yang menjadi tumpuan pendidikan dikawal oleh faktor tertentu seperti keseronokan bagi rangsangan positif dan kesakitan bagi rangsangan negatif. Penganut teori ini percaya pengendalian rangsangan yang sesuai dapat menghasilkan corak tingkah laku dan kognitif yang dikehendaki daripada kanak-kanak.

b.         Pengukuhan positif
Kekerapan tingkah laku yang diingini dapat ditingkatkan dengan memberi makanan yang istimewa, permainan, pujian, dakapan dan sebagainya yang dianggap positif oleh kanak-kanak. Misalnya masa yang lebih diberikan untuk bermain dianggap pengukuhan positif bagi kebanyakan kanak-kanak dan dapat digunakan sebagai motivasi dalam melaksanakan tugas pendidikan.



c.         Pengukuhan negatif
Kanak-kanak yang berperangai tidak sesuai diminta berdiri di suatu sudut. Setelah beberapa ketika, kanak-kanak tersebut disuruh kembali ke tempat duduk dan pengalaman yang tidak diingini telah berlalu padanya. Pengukuhan negatif  biasanya berkesan apabila diikuti dengan pengukuhan positif yang memberi ganjaran pada tingkah laku yang baik. Apabila tidak berhati-hati, pengukuhan negatif menjadi dendaan atau hukuman.

d.         Dendaan
Perbuatan mendenda mempunyai kesan sampingan yang tidak diingini seperti takut, benci pada sekolah dan melakukan semula perbuatan yang tidak diingini. Penyelidik mendapati dendaan dapat mengubah tingkah laku tetapi ia mesti dilaksanakan sebaik sahaja tingkah laku yang tidak diingini berlaku.

e.         Tiada pengukuhan
Tiada pengukuhan bermaksud guru tidak mempedulikan tingkah laku sama ada baik  ataupun sebaliknya. Satu sebab bagi tidak mempedulikan tingkah laku baik ini adalah kerana sudah sampai masanya bagi kanak-kanak supaya tidak sentiasa mengharapkan ganjaran yang berterusan. Dalam hal tingkah laku yang tdak diingini, tiada pengukuhan dapat menyebabkan kanak-kanak  berhenti melakukan tingkah laku tersebut.


f.          Perubahan tingkah laku
Tingkah laku kanak-kanak dapat berubah dengan menggunakan salah satu daripada kaedah yang disenaraikan di atas. Objektif pengajaran perlu dinyatakan dengan jelas. Pembelajaran biasnaya mengikut urutan yang bergerak daripada mudah ke kompleks dan daripada konkrit ke abstark. Pengetahuan yang luas dibahagikan kepada bahagian yang kecil. Tujuan pembelajaran ditentukan oleh guru dan bukannya kanak-kanak. Guru mengawal cara pengukuhan dapat digunakan bagi membantu kanak-kanak mencapai kejayaan. Teknik behavioris ini lebih berkesan pada kanak-kanak pendidikan khas ataupun kanak-kanak kurang berkebolehan.

3. Teori Interaktionis (Konstruktivis)
Teori ini menegaskan kedua-dua faktor persekitaran dan semula jadi saling bantu membantu dalam mempengaruhi perkembangan manusia, iaitu gabungan faktor dalam teori maturationis dan teori behavioris. Ini bermaksud, pembelajaran berlaku akibat interaksi antara faktor semula jadi dalam diri kanak-kanak dengan rangsangan ataupun pengaruh persekitaran. Dalam proses perkembangan dan kematangan, kanak-kanak membina pengetahuan dalam diri sendiri dengan bertindak melalui rangsangan daripada persekitaran. Teori ini memberi perhatian pada persekitaran emosi bagi membantu perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak. Meningkatkan sosioemosi seperti harga diri dan motivasi kanak-kanak adalah fokus utama.

Jean Piaget (1896-1980) yang terpengaruh dengan pendapat Rousseau melihat kanak-kanak sebagai individu yang aktif. Beliau menegaskan pengetahuan dapat dicipta apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitaran fizikal dan sosial. Interaksi ini dipanggil penyerapan, penyesuaian dan keseimbangan. Kanak-kanak membentuk schemata iaitu sistem yang teratur semasa berinteraksi dengan persekitaran. Perkara ini adalah asas bagi struktur yang lebih kompleks semasa pembentukan aktiviti mental. Kanak-kanak menggunakan penyerapan dan penyesuaian bagi mengelola pengalaman mereka untuk struktur yang lebih kompleks.

Penyerapan ialah proses menyerap bahan-bahan baru ke dalam struktur yang sedia ada atau schemata. Contohnya, seorang kanak-kanak diberi sebiji limau bagi pertama kalinya dan diberitahu bahawa limau adalah sejenis buah-buahan. Dia mengambil buah itu dan menggigit seperti buah epal kerana sudah biasa dengan buah yang tidak perlu dibuang kulitnya. Kanak-kanak tersebut sudah menyerapkan limau ke dalam schemata.

Penyesuaian ialah perbuatan mengubah struktur yang sedia ada untuk memasukkan situasi yang baru. Kanak-kanak menyesuaikan struktur bahawa ada buah-buahan yang perlu dibuang kulitnya, iaitu limau. Penyerapan dan penyesuaian berlaku serentak dan berangkai-rangkai.

Keseimbangan pula ialah kecenderungan organisme bagi menyeimbangkan struktur yang sedia ada dengan peristiwa-peristiwa yang baru. Kanak-kanak mencipta dan memikirkan cara yang berkesan bagi berinteraksi dengan persekitaran mereka. Semakin banyak pengalaman yang diperolehi, semakin banyak struktur yang dapat menyelesaikan situasi yang lebih kompleks.

Piaget menegaskan bayi, kanak-kanak dan orang dewasa dapat menyesuaikan diri tetapi penyesuaian adalah berbeza pada masa yang berbeza. Oleh itu, schemata ataupun struktur yang digunakan oleh seseorang berbeza sepanjang hayatnya dalam urutan yang hampir tetap. Perbezaan ini melambangkan peringkat perkembangan dan setiap peringkat adalah berlainan antara satu sama lain. Peringkat tersebut menggambarkan interaksi kematangan dan persekitaran pada struktur mental yang sedia ada. Kanak-kanak membentuk peringkat pemikiran ini mengikut urutan yang sama dan pada masa yang hampir sama, walaupun umur adalah berbeza antara individu dengan individu yang lain, dan antara budaya. Empat peringkat utama yang dikemukan oleh Piaget adalah:
a.       Peringkat deria motor (sejak lahir sehingga 2 tahun)
b.      Peringkat praoperasional (2 sehingga 7 tahun)
c.       Peringkat operasi konkrit (7 sehingga 11 tahun)
d.      Peringkat operasi formal (11 sehingga dewasa)

Ahli-ahli maturationis melihat peringkat perkembangan sebagai ditentukan, semula jadi seperti bunga berkembang. Manakala ahli konstruktivis mengatakan perkara ini adalah sebahagian daripada gambaran menyeluruh. Apabila kanak-kanak terlibat secara aktif dengan persekitaran, pengalaman mereka dipengaruhi oleh proses kematangan. Oleh itu pembelajaran dipengaruhi oleh kedua-dua pengaruh persekitaran dan kematangan.

Pembelajaran dengan cara menjelajah diperlukan. Tujuan pembelajaran adalah menyediakan peluang untuk kanak-kanak membina struktur mental yang sedia ada melalui pembelajaran aktif. Kanak-kanak didapati membuat percubaan, menyoal dan merancang. Pada peringkat awal kanak-kanak, penggunaan bahan-bahan pembelajaran adalah kritikal. Kanak-kanak mungkin memilih pembelajaran secara sendirian dan perlahan-lahan bercampur dalam kumpulan. Mereka memilih untuk berinteraksi dengan guru sekejap dan kemudian dengan rakan sebaya.

Masa pembelajaran yang diatur sendiri seperti ini memakan masa lama dan tidak berstruktur berbanding dengan masa pembelajaran yang teratur dan disusun mengikut bahagian tertentu. Dengan cara ini, percubaan dan penciptaan dapat memberi peluang untuk kanak-kanak berkembang.

4. Teori Kontek Budaya
Teori ini berteraskan pendapat bahawa pembelajaran tidak terpisah daripada konteks budaya. Pembelajaran dipengaruhi oleh budaya dan keadaan masyarakat di mana kanak-kanak dilahirkan dan dibesarkan. Faktor semula jadi dan persekitaran mempunyai kesan yang berbeza pada perkembangan kognitif, iaitu bergantung pada konteks budaya dan sejarah di mana individu itu dibesarkan. Bagi memahami perkembangan individu, ahli psikologi budaya percaya bahawa hubungan sosial dan interaksi individu perlu difahami.

Vygotsky (1896-1934) berpendapat bahawa perkembangan kanak-kanak tidak berlaku kerana satu faktor sahaja seperti pengaruh semula jadi dan kematangan ataupun pengaruh persekitaran dan sosial tetapi perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi faktor-faktor tersebut. Beliau menegaskan bahawa kesan proses budaya sosial merangsang perkembangan individu. Kanak-kanak berkembang berdasarkan dua tahap iaitu tahap semula jadi dan budaya. Ini bermaksud, pembelajaran adalah kesan daripada gabungan pengaruh baka, persekitaran dan budaya.

Pada tahap permulaan dalam perkembangan kanak-kanak, faktor semulajadi dan kematangan akan mempengaruhi struktur fizikal dan mental kanak-kanak. Tahap berikutnya apabila kanak-kanak berkembang dan berubah, pengaruh-pengaruh baru mempengaruhi perubahan mereka. Berbagai-bagai faktor sosial menjadi pengaruh utama dalam perkembangan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, perkembangan secara semula jadi masih lagi berterusan.

Vygotsky berpendapat proses mental yang lebih tinggi berkembang apabila kanak-kanak membentuk pertuturan semasa melakukan aktiviti praktikal. Sebelum kanak-kanak bertutur, mereka menggunakan alat bagi menyempurnakan tugas. Tetapi setelah mereka bertutur, mereka menggunakan bahasa dalam aktiviti dan tingkah laku mereka juga berubah. Mereka berupaya merancang dan menguasai sekeliling mereka dengan pertuturan.

Dalam perkembangan kanak-kanak, mereka membuat perlakuan dahulu sebelum mereka dapat menerangkan sesuatu. Misalnya, kanak-kanak tidak dapat  memberitahu apa yang dilukisnya sehingga itu selesai. Tetapi pada umur 4 hingga 6 tahun, kanak-kanak dapat melihat sesuatu situasi, kemudian menjelaskannya serta melakonkannya dalam aktiviti.

Pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak adalah tidak sama, tetapi kedua-duanya saling berkaitan sejak kanak-kanak dilahirkan. Pada peringkat perkembangan yang berlainan, kanak-kanak belajar perkara-perkara yang berbeza di samping bertindak secara berdikari dan mentafsirkan persekitaran.

Walau bagaimanpun, orang disekeliling yang berinteraksi dengan kanak-kanak dapat mempengaruhi pembelajaran mereka. Kanak-kanak bertindak balas secara berbeza dengan orang dewasa yang berbeza. Progres interaksi tersebut menentukan pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.

Vygotsky yang terkenal dengan ZPD atau perkembangan zon proksimal menyatakan bahawa kanak-kanak mempelajari suatu kemahiran baru atau pembelajaran baru secara bersendirian pada tahap yang paling minimum. Pada tempoh ini mereka memerlukan bantuan dan bimbingan orang dewasa dan rakan yang lebih berkemahiran dalam melakukan kemahiran baru tersebut untuk membantu mereka mencapai tahap optimum. Scalffoding pula merupakan perubahan kualiti dalam sokongan sosial di sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran seorang kanak-kanak. Sokongan ini berkurangan setelah kanak-kanak itu telah menguasai kemahiran baru tersebut.

2.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK
2.1 Perkembangan Bayi Hingga Bertatih.
Perkembangan kanak-kanak ini dapat dilihat dari dua sudut iaitu bayi sehingga bertatih dan kanak- kanak 2 tahun sehinggalah berusia 6 tahun. Namun disini kita akan melihat kepada bayi yang baru dilahirkan sehinggalah mereka ini mampu bertatih. Jika kita kaji, bayi ini semasa bulan pertama dilahirkan, bayi berada dalam keadaan peralihan daripada kehidupan di dalam rahim yang gelap gelita kepada kehidupan di luar rahim yang penuh cabaran. Banyak perubahan yang penting berlaku untuk membolehkan seseorang bayi hidup. Pertumbuhan berlaku dengan pesat pada tahun pertama, kemudian kadar pertumbuhan akan menurun. Pertumbuhan kanak – kanak lelaki dan perempuan pada masa ini tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang ketara. Kita akan mengkaji satu persatu peringkat perkembangan fizikal kanak-kanak ini untuk memudahkan pemahaman.

2.1.1  Peringkat Bayi
Di peringkat ini, bayi amat memerlukan orang lain terutama kedua ibu bapanya. Jadi penyusuan ibu adalah makanan yang terbaik selain dapat menjalin kemesraan dan membantu perkembangan emosi bayi tersebut. Kalau dilihat dari sudut fizikal, bayi yang normal mempunyai berat tubuh antara 2.5 hingga 3.5 kg. Ibu-ibu yang tinggi berkemungkinan melahirkan bayi yang lebih besar berbanding dengan ibu-ibu yang rendah. Lazimnya beberapa hari selepas lahir, berat bayi merosot sedikit kerana kehilangan cecair dari tubuhnya dan kurang selera makan. Namun berat tubuhnya akan bertambah kira-kira sepuluh hari kemudian. Dari segi ketinggian pula purata bayi yang baru lahir mempunyai ketinggian 50cm, iaitu kurang sepertiga dari orang dewasa. Jika dilihat kepala bayi lebih besar dari mana-mana anggota badan yang lain kerana perkembagan otak amat pesat berlaku didalam rahim. Otak ialah organ yang mengawal segala aktiviti atau pergerakan bahagian lain tubuh. Peningkatan lilitan kepala berlaku 2 hingga 6 bulan selepas lahir seiring dengan perkembangan otak.

Perkadaran kepala dan badan manusia dari sejak lahir sehingga peringkat dewasa
Selain daripada itu, dari segi perkembangan deria, bayi boleh melihat sebaik sahaja dilahirkan, iaitu dengan hanya memberi tumpuan pada sesuatu objek sahaja. Pada kebiasaannya bayi hanya suka melihat kepada sesuatu objek yang berwarna terang sahaja kerana warna ini mampu menarik perhatian mereka.

2.1.2  Bayi - 3 Bulan
Apabila bayi menjelang usia 3 bulan, bayi sudah mula menguasai sedikit psikomotor kasar. Lazimnya bayi berbaring secara terlentang, manakala tangan dan kakinya menggeletik. Selain daripada itu bayi juga mampu mengangkat kepalanya untuk seketika semasa ditiarapkan yang mana otot – otot telah mula kuat untuk menampung leher. Kita juga dapat lihat bayi suka menendang kakinya semasa meniarap dan belajar berguling dari sisi ke belakang dan dari belakang ke sisi. Pada usia ini bayi amat suka merenung muka seseorang terutamanya wajah ibu dan orang yang dikenalinya kerana proses pengenalpastian. Kalau dilihat bayi minat melihat dan hanya mampu melihat dengan jelas pada jarak 10 ke 50 cm dan mata mereka akan mengikut pergerakan objek yang melintas depan mereka. Psikomotor tangan dan jari mula kejap yang mana mampu untuk memegang alat mainan untuk seketika. Pada tahap usia ini bayi tidak suka ditinggalkan keseorangan kerana wujud perasaan tidak selamat dan amat meminati jika ada yang bermain dengan mereka.

2.1.3        Bayi – 6 bulan
Pada usia ini bayi sudah mampu untuk mengangkat kepalanya dan mengawal pergerakan kepalanya dengan baik. Bayi juga suka berguling dari bahagian perut ke bahagian belakang dan dari bahagian belakang ke bahagian perut kerana pada tahap ini perkembangan adalah dari tengah ke tepi. Mereka juga mampu duduk seketika tetapi diapit atau dialas belakangnya dengan bantal kusyen agar kedudukan mereka stabil. Mula bermain dengan tangan dan kakinya dan adakalanya menghisap jari kakinya. Bayi juga sudah mampu untuk memegang alat mainan dan memindahkannya dari satu tangan ke satu tangan yang mana mereka sudah mula memahami penggunaan jari. Pada usia ini juga bayi sudah mula mengenali sesuatu sama bentuk , mainan atau pun orang yang di sekelilingnya. Mereka juga meminati jika dibacakan buku yang berwarna – warni di samping mendengar lagu kanak- kanak. Pada tahap inilah bayi telah mula tumbuh gigi iaitu gigi kacip bawahsebanyak dua batang gigi. Jadi tidak hairanlah mereka suka memasukkan objek ke dalam mulut untuk mengatasi kesakitan pada gusi. 

         2.1.4        Bayi – 9 bulan
Pada usia ini bayi sudah dapat megimbangi tubuh badannya dan mampu untuk duduk sendiri tanpa bantuan dan boleh merangkak dengan bebas dan cuba untuk mendapatkan objek yang dikehendaki. Psikomotor kasar dan halus sudah mula terbentuk dengan baik yang mana mereka sudah boleh menepuk tangan, memegang cawan atau botol sendiridan mampu memakan biskut sendiri. Selain daripada itu mereka juga sudah mampu untuk bangun dan berdiri dengan memegang kepada perabot. Jari jemari mereka juga telah mula aktif untuk memegang sesuatu objek dan menuding kearah objek yang dikehendaki. Kalau dilihat pada tahap ini mereka suka kepada buku untuk di lihat, dikoyak atau dilihat dengan penuh perhatian. Pada usia ini lebih banyak gigi yang telah mula tumbuh.








2.1.5        Bayi – 12 bulan
Pada peringkat ini bayi sudah boleh berjalan satu atau dua langkah tetapi kadangkala ia bergantung kepada perkembangan kanak- kanak tersebut kerana ada pada usia ini sudah boleh berjalan tetapi ada juga yang masih teragak – agak.
Mereka juga suka menjerit untuk mendapatkan perhatian dari orang sekeliling mereka. Suka mengagah dan mengeluarkan bunyi, lebih – lebih lagi semasa bermain dan berinteraksi dengan ibunya dan orang yang dikenali. Kanak – kanak ini juga sudah boleh memegang cawan dan meminum air dari cawan dan memegang sudu serta menyuap makanan sendiri. Selain itu sudah mula memberi respons atau gerak balas tatkala nama mereka dipanggil, selain mampu menyebut
beberapa patah perkataan yang dikenalinya. Pada tahap kanak- kanak harus dipantau kerana mereka mula meniru apa sahaja yang dilihat sama ada dari segi muzik, tarian, perlakuan sekeliling dan sebagainya kerana mereka belajar melalui pengamatan.

2.1.6        Kanak – kanak – 15 bulan hingga 2 setengah tahun
Pada peringkat petatih, iaitu mengjelang usia 2 tahun, ketinggian kanak – kanak mencapai hampir separuh ketinggian dewasanya iaitu antara 83.8cm ke 88.9 cm. Biasanya pada peringkat ini selera makannya berkurangan disertai pengurangan lemak dibawah kulitnya. Peningkatan aktiviti dan pengurangan selera makan mengubah kanak-kanak ini daripada rupa keanak –anakan yang berisi kepada seseorang yang lebih langsing serta berotot kental dan pejal. Di akhir peringkat ini jumlah gigi susu yang lengkap telah tumbuh sebanyak 20 batang, iaitu 10 batang di rahang atas dan 10 batang dirahang bawah. Selain daripada itu pertumbuhan fizikal yang paling ketara pada diri kanak-kanak peringkat usia ini ialah ototnya. Sejajar dengan perkembangan system saraf, kanak-kanak mampu melakukan lebuh banyak pergerakan kompleks dengan menggunakan otot-otot halus jari dan tangannya. Otot –otot besar lengan dan kaki kanak- kanak semakin kuat dengan bertambahnya aktviti yang dilakukan.

Kanak- kanak peringkat ini sudah mula pandai bermain dengan mainan yang mana menggunakan koordinasi mata tangan jadi perangsangan yang berterusan akan menggalakkan perkembangan otak kanak – kanak.

2.1.7      Perkembangan fizikal kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun

Apabila kanak-kanak berumur 3 hingga 6 tahun mereka masih lagi mengalami pertumbuhan dan pelbagai perubahan fizikal. Pertumbuhan yang berlaku adalah pada kadar yang perlahan. Jika dilihat dari aspek ketinggian, peningkatan hanyalah sedikit sewaktu berumur 3 hingga 5 tahun, iaitu sebanyak 5cm  hingga 6cm  setahun dengan kadar pertambahan berat badan  sebanyak 2kg setahun. Jika dilihat secara puratanya, ketinggian kanak berumur 3 tahun adalah  94cm hingga 96cm dengan berat sekitar 15kg. Walaubagaimanapun, pada penghujung usia 5 tahun ketinggian mencapai kira-kira 115cm dan beratnya mencecah 20kg.
Selain itu, sistem-sistem utama tubuh kanak-kanak sudah boleh berfungsi seperti orang dewasa dan mengalami penurunan pada perkembangan sistem saraf. Tetapi apabila mencapai peringkat pertengahan umur sistem saraf akan menjadi matang sepenuhnya.
Pada umur 3 hingga 6 tahun, otak mengalami perkembangan yang agak cepat. Ini menunjukkan otak adalah organ yang paling cepat berkembang. Pada usia 3 tahun berat otak kanak-kanak sudah mencapai 75% berat orang dewasa dan terus berkembang sehingga mencapai kira-kira 90% otak orang dewasa sewaktu mencecah umur 6 tahun. Oleh itu, waktu ini adalah waktu kritikal kerana kanak-kanak cepat belajar tentang sesuatu perkara. Ketika ini juga bentuk tubuhnya berubah di mana lemak-lemak yang terendap semasa bayi mula menyusut. Selain itu, otot dan sistem rangka tubuh kanak tersebut semakin berkembang dan bertambah kuat selaras dengan keupayaan kanak-kanak melakukan pelbagai aktiviti.Pertumbuhan dan perkembangan lain yang boleh dilihat pada usia 5 hingga 6 tahun ialah pertumbuhan gigi kekal yang pertama iaitu gigi geraham pertama. Mereka juga mengalami kehilangan gigi susu.
Bagi tahap perkembangan deria pula, iaitu dari segi penglihatan dan pendengaran, kanak-kanak ini sudah pandai meniru sesuatu tingkahlaku yang dilihat berdasarkan apa yang diperhatikan atau dilihat di sekeliling mereka. Mereka juga suka mengulangi semula ayat-ayat yang diperdengarkan kepada mereka. Kanak-kanak sudah boleh menggambarkan makna perkataan melalui perlakuan. Contohnya sakit, marah, lapar dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak perempuan mula sedar bahawa dia adalah seorang perempuan. Begitu juga dengan kanak-kanak lelaki.
Sebenarnya kanak-kanak berusia 3 tahun sudah mampu untuk bertutur dengan ayat yang lengkap tetapi dengan bahasa mereka yang masih pelat. Apabila usia mereka meningkat 5 tahun kanak-kanak sudah pandai membuat tafsiran serta tahu nama dan umur mereka. Apabila ditanya mereka sudah boleh memberitahu nama mereka dan ada sesetengah kanak-kanak sudah boleh memberitahu nama ibubapa mereka. Pada usia 6 tahun, perbendaharaan kata mula bertambah selaras dengan perkembangan otak dan daya pemikiran yang semakin berkembang. Pada waktu in, naluri ingin tahu kanak-kanak amat kuat. mereka akan menyoal tentang kelahiran bayi, kewujudan Tuhan dan segala yang baru dan mengelirukan mereka. Sebagai ibu bapa, tugasnya adalah memberi jawapan yang betul atau hampir betul serta boleh diterima oleh mereka. Pembohongan terhadap kanak-kanak boleh menyebabkan mereka hilang kepercayaan kepada kita.

Pada usia 4 dan 5 tahun, kanak-kanak mudah dibentuk. Mereka suka dipeluk dan didampingi. Mereka juga mempunyai idea sendiri dan cuba untuk menonjolkan diri. Ketika inilah mereka suka melawan, bercakap kasar dan suka bergaduh. Oleh itu, ibu bapa haruslah tegas dalam mendidik kanak-kanak tersebut supaya mereka tidak terikut dengan tingkah laku negatif.
Kanak-kanak 4 – 5 tahun juga mudah cemburu terhadap ibu bapa mereka. Ketika ini kanak-kanak lelaki akan menjadi rapat dengan ibu dan kanak-kanak perempuan dengan bapa mereka. Mengikut pakar kanak-kanak, ketika ini mereka merasa cemburu terhadap ibu bapa mereka. Contohnya, apabila si ayah duduk dekat dengan si ibu, anak akan datang dan memaksa diri mereka duduk di tengah-tengah ibubapa mereka.

Ketika meningkat usia 6 tahun pula, kanak-kanak mengalami pelbagai perubahan. Mereka sudah mula bermain dan bermesra dengan rakan-rakan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa. Mereka sudah pandai memilih kawan yang sehaluan dengan mereka.  Perubahan yang besar mereka alami ialah mereka mula melangkah meninggalkan keselamatan yang mereka rasai di rumah menuju ke pusat-pusat prasekolah. Ini kerana mereka akan menempuhi berbagai-bagai halangan, didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang baru dan bertemu dengan orang yang belum dikenali oleh mereka buat pertama kali. Di sinilah mereka mula menunjukkan persaingan dalam melakukan sesuatu tugas. Dalam menghasilkan sesuatu projek mereka akan bersaingan dan tidak akan menangis dn meraung apabila menerima kekecewaan.

Bagi tahap perkembangan motor pula, kanak-kanak usia 3 tahun sudah dapat melompat dan mengayuh basikal beroda tiga. Apabila meningkat umur 5 dan 6 tahun mereka sudah boleh melakukan banyak aktiviti seperti boleh melakukan aktiviti berskip dan menunggang basikal beroda dua. Aktiviti motor kasar juga berfungsi dengan baik di mana mereka sudah boleh melontar dan menangkap bola dengan baik, berlari dengan baik dan boleh membelok, berdiri dengan satu kaki dan menjengkek serta memanjat tangga dengan menggunakan kedua-dua belah kaki dan memanjat pokok. Bagi perkembangan motor halus iaitu mata dan tangan, mereka dapat memegang dan menggunakan pensel dan menggunting gamber dengan baik.
















3.0             PERKEMBANGAN MOTOR KASAR DAN MOTOR HALUS






                                                                                   
                                                                                   







Perkembangan Motor Kasar


- berlaku sebelum    perkembangan   
  motor halus
- melibatkan aktiviti-aktiviti seperti 
  membaling, menangkap,  berjalan, 
  berlari, melompat, mengangkat  dan
  menolak.
- kesemua aktiviti ini melibatkan 
  pergerakan 4 bahagian tubuh iaitu 
  kepala, badan, tangan dan kaki.
- contoh-contoh aktiviti:
Ø  Menanduk bola
- untuk membina otot leher & 
  kepala
Ø  Main lompat-lompat katak
- untuk membina kordinasi
  otot-otot angota badan
Ø  Berjalan di atas tempurung
- untuk membina kordinasi otot-
  otot anggota badan melalui 
  berjalan.
Ø  Berjalan di atas tali
- untuk membina kordinasi
  tangan-kaki dan otot-otot
  anggota badan melalui aktivti
  berjalan dan mengimbangkan
  badan




 
 


Perkembangan Motor Halus


- melibatkan otot-otot   tangan 
  dan    jari untuk  aktiviti-
  aktiviti meramas, mengentel, 
  memicit dan mencubit, mencucuk, 
  menempek, mengoyak, menggunting 
  dan menekap.
 - juga melibatkan kordinasi
   mata dan tangan seperti 
   membuat pergerakan tangan
   mengikut arah dan mengawal
   pergerakan mata dan tangan
   dengan betul
 - contoh-contoh aktiviti:
Ø  Membuat rantai manik
- untuk membina kordinasi mata & tangan melalui mencucuk
Ø  Menyukat & mencurahkan air
- untuk membina kordinasi
  mata & tangan melalui 
  menyukat & mencurahkan
  air
Ø  Memotong & menampal bentuk
- untuk membina otot-otot
  tangan & jari, membantu 
  perkembangan bahasa & 
  mengenal nombor

 
 
Perkembangan fizikal merupakan salah satu daripada perkembangan yang paling penting
dan cepat berlaku pada peringkat permulaan hidup kanak-kanak. Untuk menjamin supaya perkembangan fizikal ini berjalan dengan sempurna, kesihatan badan kanak-kanak hendaklah diberi perhatian yang lebih. Perkembangan fizikal meliputi empat aspek perkembangan iaitu:
i)                    Perkembangan motor halus;
ii)                  Perkembangan motor kasar;
iii)                Kesihatan; dan
iv)                Keselamatan.
Berkait rapat dengan perkembangan fizikal ialah perkembangan psikomotor iaitu perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Penguasaan kedua-dua psikomotor ini amat penting dalam pergerakan asas kanak-kanak untuk membolehkan mereka melibatkan diri dalam aktivivi fizikal dan aktiviti pembelajaran dengan penuh keyakinan.

Kanak-kanak perlu memperolehi kemahiran motor supaya mereka dapat mengawal pergerakan badan dan bahagian-bahagian badan yang lain. Perkembangan motor kasar biasanya berlaku sebelum perkembangan motor halus. Kanak-kanak perlu membina kordinasi motor kasarnya supaya mereka dapat melakukan aktiviti-aktiviti seperti membaling, menangkap, berjalan, berlari, melompat, mengangkat dan menolak. Kesemua aktiviti ini melibatkan pergerakan empat bahagian tubuh iaitu kepala, badan, tangan dan
kaki. Mereka juga perlu membina kordinasi motor halus yang melibatkan otot-otot tangan dan jari supaya dapat dapat melakukan aktiviti-aktiviti seperti meramas, memicit, mencubit dan menggentel. Kordinasi motor halus juga melibatkan kordinasi mata dan anggota badan. Contonya, dengan memperolehi kordinasi mata dan tangan kanak-kanak akan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti seperti mencucuk, menempek, mengoyak, menggunting dan menekap.

Kesihatan badan yang baik sangat penting bagi kanak-kanak di peringkat prasekolah. Oleh itu, mereka perlulah diasuh untuk memakan makanan yang seimbang serta mengamalkan tabiat kebersihan diri dan alam sekitarnya. Mereka juga perlu didedahkan dengan pelbagai jenis penyakit dan punca-punca penyebabnya serta cara-cara menjauhkan diri dari penyakit tersebut.

Keselamatan diri juga merupakan aspek penting bagi kanak-kanak di peringkat prasekolah. Aspek ini membantu murid-murid mengenal pasti objek dan situasi yang membahayakan diri dan mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk bertindak menyelamatkan diri serta menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang berbahaya.

Perkembangan fizikal ini dapat dikuasai melalui aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah dengan menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan. Perkembangan ini membolehkan kanak-kanak:
i)                    Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu dalam aktiviti pembelajaran;
ii)                  Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal;
iii)                Mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat; dan
iv)                Membina minda yang sihat dan cerdas.


3.1 CONTOH-CONTOH AKTIVITI PERKEMBANGAN FIZIKAL

a)      Perkembangan Motor Halus
i)                    Menguasai Kemahiran Motor Halus
Menggunakan jari untuk aktivti-aktiviti seperti:
·         Meramas
·         Menggentel
·         Mengoyak
·         Mencubit
·         Menguli
·         Memicit
·         Merenyuk
·         Melipat
·         Menguntai
·         Menjentik
·         Merenjis



ii)                  Menguasai Kemahiran Koordinasi Mata Tangan
·         Membuat pergerakan tangan mengikut arah
·         Mengawal pergerakan mata tangan dengan betul

Contoh aktiviti:
i)                    Membuat rantai manik
ii)                  Menyukat dan mencurahkan air
iii)                Merangkak dan melangkah
iv)                Memotong dan menampal bentuk
v)                  Menggunting gambar
vi)                Bermain dengan plastisin

b)   Perkembangan Motor Kasar
i)                    Menguasai Kemahiran Motor Kasar
·         Berjalan ke hadapan, ke kiri, ke kanan dan mengundur
·         Mengimbang badan dengan berdiri sebelah kaki
·         Berjengket beberapa langkah
·         Melompat dengan kedua-dua belah kaki sejauh dua meter
·         Meloncat berterusan selama 1 minit
·         Berlari ke arah yang di tentukan sejauh 25 meter tanpa berhenti
·         Naik dan turun tangga tanpa bantuan dengan gerak langkah selang seli
·         Mengimbang badan secara berjalan atau meniti
·         Skip berterusan

ii)                  Menguasai Kemahiran Motor Kasar – Koordinasi Otot Leher – Kepala
·         Membaling objek ke sasaran
·         Menyambut objek menggunakan dua belah tangan
·         Membaling, menangkap dan melambung objek besar dan kecil
·         Melantun dan menangkap
·         Melompat menggunakan tali skipping
iii)                Menguasai Koordinasi Anggota Badan
·         Memanjat
·         Bergayut
·         Membuat pergerakan menggunakan seluruh anggota badan
·         Membuat pergerakan berguling
·         Membuat pergerakan alam semulajadi seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, angin dan air
Contoh aktiviti:
i)                    Membaling guli ke dalam kotak
ii)                  Menendang bola
iii)                Berjalan di atas tempurung
iv)                Berjalan di atas tali
v)                  Berjalan di atas tali
vi)                Menaiki dan menuruni tangga tanpa memegang railing
vii)              Gerakan melompat seperti binatang (arnab, katak, kanggaru dan lain-lain)
viii)            Bermain bola
ix)                Bermain skipping berganti-ganti secara individu pasangan dan kumpulan
x)                  Memanjat tali

c)    Kesihatan
i)    Mengenal Bahagian Tubuh Badan
·         Menyebut anggota badan
·         Melabel anggota badan
·         Menyatakan fungsi anggota badan
ii)   Menjaga Kesihatan Diri
·         Menyatakan cara menjaga kebersihan tubuh badan
·         Mengamalkan tabiat baik untuk kesihatan
·         Menyatakan beberapa penyakit akibat daripada tidak jaga kebersihan diri dan persekitaran
iii)  Mengamalkan Pergerakan Yang Betul Dan Postur Yang Baik
·         Melakukan pergerakan dengan postur yang betul
iv)  Mengamalkan Makanan Dan Pemakanan Yang Baik Dan Seimbang
·         Menyatakan makanan yang baik dan berkhasiat
·         Mengenal pasti makanan yang rosak dan basi
·         Menyatakan menu makanan seimbang
v)   Menjaga Kebersihan Pakaian, Tempat Dan Peralatan
·         Menyatakan perlunya menggunakan pakaian yang bersih
·         Menyatakan cara membersih pakaian
·         Menjaga kebersihan pakaian, tempat dan peralatan yang digunakan
·         Menguruskan persediaan tempat sebelum dan selepas makan
Contoh aktiviti:
i)       Tunjukkan cara membasuh tangan, cara menggosok gigi, memotong kuku dan cara menggunakan alatan dengan betul
ii)                  Berbual tentang penyakit melalui gambar
iii)        Berbual mengenai menu untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam
iv)                Menyediakan dan mengemas tempat makan
v)                  Menyanyi lagu dan membuat gerakan membersih diri

d)    Keselamatan
i)    Mengenali objek, tempat, perlakuan dan tindakan yang boleh menyebabkan kemalangan dan bahaya
- Mengenal pasti objek atau situasi yang membahayakan seperti:
·         Di rumah
·         Di sekolah
·         Di padang permainan
 -Menyatakan cara menghindari objek, tempat dan situasi yang        
   membahayakan seperti:
·         Alatan elektrik
·         Melintas jalan raya
·         Benda-benda tajam
·         Alat-alat permainan
ii)   Mengamalkan Langkah Keselamatan Diri Dan Orang Lain
- Menyebut dan menulis nama, alamat dan nombor telefon:
·         Keluarga
·         Waris
·         Polis
·         Bomba
·         Ambulan
- Menerangkan tempat menyimpan alatan atau bahan yang bahaya
-  Menerangkan langkah keselamatan  semasa menghadapi bahaya
- Bertindak dengan memberitahu orang dewasa apabila berlaku kecemasan, 
   kecederaan atau penderaan
- Menjaga keselamatan diri
Contoh aktiviti:
i)                    Berbual tentang cara menjaga keselamatan diri
ii)                 Melakonkan situasi menelefon pihak berkuasa apabila berlaku kecemasan
iii)               Membuat lawatan di sekitar sekolah dan melihat sendiri objek atau situasi yang membahayakan
iv)       Main peranan situasi yang membahayakan diri seperti ancaman penculikan, penderaan dan    gangguan seksual
v)                 Membuat lakonan kecemasan


4.0 PENILAIAN DAN REKOD PERKEMBANGAN MURID


Definisi

Penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran, dan dijalankan secara berterusan. Ianya bertujuan untuk mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk dipertingkatkan dan diberi pengukuhan.

Setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru kepada kanak-kanak hendaklah dinilai. Pengajaran ini berdasarkan hasil pembelajaran seperti yang terkandung dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan(2003).  Penilaian ke atas sesuatu pengajaran dan pembelajaran mesti bermula daripada awal, semasa dan di akhir pengajaran. Segala maklumat yang dikumpul sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran ini memberi suatu gambaran berkenaan penguasaan kanak-kanak. Kadar penerimaan dan kefahaman  sesuatu konsep bagi setiap murid berbeza. Oleh itu, penilaian dilakukan secara individu dan mengikuti perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa iaitu secara berterusan. Penilaian ini juga memberi maklum balas kepada guru daripada segi penyampaian dan juga bahan pengajaran yang digunakan.

Pengumpulan maklumat awal berkenaan latar belakang, perkembangan dan pencapaian kemahiran kanak-kanak sebelum masuk ke tadika yang diperoleh daripada ibu bapa ataupun penjaga pada hari pertama ataupun semasa membuat lawatan ke rumah boleh diterima pakai oleh guru. Guru mengambil masa lebih kurang tiga bulan bagi mengenali mereka. Bekalan maklumat berkaitan perkembangan mereka merupakan asas dalam perancangan aktiviti guru.

Semasa aktiviti dijalankan guru dapat memberi bimbingan, teguran ataupun pujian serta merta. Tindakan serta merta ini memberi peluang kepada murid memperbaiki kesilapan yang dibuat ataupun mengukuhkan kemahiran yang dicapai. Guru juga boleh sediakan aktiviti susulan bagi membantu murid yang memerlukan lebih perhatian ataupun aktiviti yang lebih mencabar. Kepekaan guru dalam penilaian berterusan ini dapat meningkat pencapaian setiap murid ke tahap yang optimum.

Tujuan dan Kepentingan Penilaian
1.      Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
Segala aktiviti fizikal, kognitif, bahasa, kreativiti dan kerohanian dapat dilaksanakan dengan lancar juka pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak itu normal. Walau bagaimanapun guru seharusnya dapat mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai kesulitan pembelajaran dalam aspek tertentu. Guru boleh merujuk dan bekerjasam dengan pakar kesihatan semoga bantuan dapat diberikan pada peringkat awal lagi.
2.      Melihat perubahan pada perkembangan setiap murid
Tidak semua kanak-kanak dapat menerima maklumat baru ketika guru mengajar. Oleh itu guru hendaklah membuat beberapa pemerhatian bagi melihat tahap penerimaan maklumat baru serta perubahan kemahiran yang dicapai oleh setiap kanak-kanak.

3.      Membuat perancangan aktiviti.
Selepas memerhati kanak-kanak melakukan aktiviti yang diberi, guru dapat mencadangkan beberapa aktiviti lain dalam bentuk aktiviti bimbingan atau pengayaan. Aktiviti kelas boleh dijadikan sebagai aktiviti beberapa kumpulan kecil.
4.      Meneliti keberkesanan aktiviti, rutin dan strategi yang digunakan.
Respons kanak-kanak semasa aktiviti dan rutin harian dijalankan memberi gambaran berkenaan status penerimaan. Guru perlu membuat pengubahsuaian daripada segi strategi untuk mencapai pembelajaran yang dikehendaki.
5.      Mempelajari keperluan setiap murid.
Setiap kanak-kanak mempunyai keunikan tersendiri dan kadar perkembangan mereka berbeza. Oleh itu guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dalam pembelajaran daripada semasa ke semasa. Potensi yang ada pada kanak-kanak itu juga dapat dipertingkatkan.
6.      Menyelesaikan sesuatu masalah.
Guru dapat memerhati tingkah laku kanak-kanak dengan lebih jelas semasa dia berada di tadika. Kanak-kanak dapat mengatasi ‘tiada  kawan’ contohnya apabila guru memberi peluang, masa dan bimbingan kepada mereka.
7.      Memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa.
Setiap catatan yang dibuat berkenaan perubahan tingkah laku dan hasilan kerja kanak-kanak merupakan bukti yang kukuh. Rekod prestasi perkembangan ini dapat dibincangkan bersama ibu bapa sekurang-kurangnya dua kali setahun.
8.      Memberi laporan kepada pakar.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah daripada segi kesihatan seperti lambat daripada segi perkembangan bahasa boleh dirujuk kepada pakar yang berkaitan. Perkara ini dapat diatasi jika diberi bantuan di peringkat awal.
9.Menghargai hasil kerja murid.
Kanak-kanak diberi peluang membuat refleksi atau menceritakan semula apa yang telah dia hasilkan. Dengan cara begini mereka merasakan hasil kerjanya dihargai. Secara tidak langsung ini dapat meningkat keyakinan diri mereka kerana pencapaiannya diukur dan dibandingkan dengan pencapaian yang lampau.
10.  Membuat tindakan susulan serta merta.
Bagi menggalakkan kanak-kanak menjalankan aktiviti, guru boleh memberi ganjaran serta merta dalam bentuk pujian, senyuman, pelukan dan tepukan atau sentuhan. Teguran yang positif serta membina dapat menyedarkan murid berkenaan perlakuannya.
5.0  SENARAI SEMAK PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-     KANAK

      PENERANGAN MODEL PROSES PELAKSANAAN PENILAIAN

      Merancang
      Sebelum sesuatu penilaian dilaksanakan, guru hendaklah merancang perkara berikut :
  • Murid yang hendak dinilai
  • Domain yang hendak diberi tumpuan
  • Kaedah pemerhatian yang sesuai
  • Cara pelaporan 
 
Membina Indikator
Guru hendaklah membina indikator dengan mengambil kira hasil pembelajaran seperti yang ditetapkan oleh Kurikulum Kebangsaan Prasekolah

  Kaedah Penilaian

Dalam pendidikan prasekolah penilaian dibuat melalui pemerhatian.
Pemerhatian adalah satu kaedah penilaian yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat dan merekodnya dengan tepat. Pemerhatian dibuat ke atas:
  • Tingkah laku murid
  • Perbualan/interaksi/lisan murid
  • Hasil kerja murid

Aspek Yang Dinilai

1. Pemerhatian Tingkah Laku Murid

Contoh tingkah laku murid boleh diperhatikan dan dinilai adalah seperti berikut:
  • Bermain pondok-pondok bersama rakan
  • Menyusun blok bersama rakan atau bersendirian
  • Mengikat tali kasut
  • Berlari sambil melompat
  • Menyelesaikan masalah bersama rakan
  • Membuat kolaj dalam kumpulan
2. Pemerhatian Perbualan/Interaksi/Lisan Murid
Contoh perbualan/interaksi/lisan murid yang boleh diperhatikan dan dinilai adalah seperti berikut:
  • Perbualan atau interaksi antara murid dengan guru
  • Perbualan atau interaksi antara murid dengan murid
  • Interaksi murid dengan bahan
  • Main peranan
  • Bersoal jawab
  • Bercerita
  • Bacaan
  • Nyanyian

3. Pemerhatian Hasil Kerja Murid

Contoh hasil kerja murid yang boleh diperhati dan dinilai adalah seperti berikut
  • Lukisan
  • Tulisan
  • Buku skrap
  • Kraf tangan
  • Buku kecil
  • Model

Merekod

Merekod ialah aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan dengan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Maklumat dalam rekod perlu dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid. Kaedah mengumpul dan merekodkan maklumat adalah seperti berikut:
  • Senarai semak
  • Anekdot
  • Rekod berterusan

Menganalisis

Maklumat dalam rekod dianalisis dan ditafsir untuk tujuan tindakan susulan dan pelaporan. Aktiviti merekod dilakukan dari semasa ke semasa supaya maklumat menyeluruh tentang penguasaan pembelajaran murid terkumpul dan mudah dirujuk bila diperlukan.

 Melapor

Pelaporan ialah proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa tentang perkembangan, pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian murid. Maklumat untuk pelaporan diperoleh dari rekod penilaian. Pelaporan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan untuk membolehkan murid, pihak sekolah dan ibu bapa mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Tindakan Susulan

Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan pengayaan. Aktiviti bimbingan dirancang bagi membantu murid mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan murid tidak terus terhimpun. Manakala aktiviti pengukuhan merupakan pengukuhan kepada pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti pengayaan telah dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar.

Tindakan susulan boleh dijalankan secara serta merta atau dirancang. Tindakan serta merta ialah memberi teguran dan bimbingan kepada murid tentang keadaan dan kelemahan tertentu jika perlu semasa atau selepas proses pengajaran-pembelajaran. Contohnya guru menegur dengan serta merta kesilapan sebutan murid atau membetulkan cara menulis huruf.

Manakala tindakan susulan terancang dijalankan selepas maklumat penilaian dianalisis, kekeuatan dan kelemahan murid dikenal pasti. Guru merancang dan memberikan aktiviti tindakan susulan yang sesuai mengikut keperluan murid. Guru perlu mengambil kira potensi murid, gaya pembelajaran dan pelbagai kecerdasan. Contohnya murid yang telah menguasai sesuatu kemahiran diberi aktiviti pengukuhan dan pengayaan murid yang belum menguasai diberi bimbingan.



MEREKODKAN PEMERHATIAN
Pemerhatian yang sistematik mempunyai tujuan yang spesifik untuk mengumpul maklumat atau data di samping mempunyai kaedah untuk mengumpul dan merekodkan maklumat yang diperolehi. Kaedah mengumpul dan merekodkan maklumat adalah seperti berikut:
·         Senarai semak
·         Anekdot
·         Rekod berterusan
Persediaan Senarai Semak
Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak, iaitu:
·         Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat.
·         Tingkah laku yang ingin diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas.
·         Digunakan untuk melihat/menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi
·         Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak
·         Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang ingin diperhatikan
·         Maklumat untuk melengkapkan senarai semak boleh didapati daripada satu atau dua pemerhatian
·         Boleh ditanda semasa atau selepas membuat pemerhatian
·         Pemerhatian hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali untuk mendapat maklumat yang lebih tepat dan tekal.

PANDUAN MENGISI INSTRUMEN SENARAI SEMAK

KANDUNGAN INSTRUMEN SENARAI SEMAK
Instrumen ini dibahagi kepada enam komponen yang membentuk Kurikilum Kebangsaan Prasekolah seperti berikut:
1.1  Komponen Bahasa dan Komunikasi
(a)    Bahasa Melayu/ Bahasa Cina/ Bahasa Tamil
(b)   English language
1.2  Komponen Kognitif
1.3  Komponen Kerohanian dan Moral
(a)    Pendidikan Islam
(b)   Pendidikan Moral
1.4  Komponen Perkembangan Sosioemosi
1.5  Komponen Perkembangan Fizikal
1.6  Komponen Kreativiti dan Estetika

FORMAT INSTRUMEN SENARAI SEMAK
2.1 Instrumen inimengandungi lima lajur bagi setiap komponen iaitu lajur kemahiran, hasil pembelajaran, ulasan/tarikh penilaian 1, ulasan/tarikh penilaian 2 dan ulasan/tarikh penilaian 3.
2.2 Lajur pertama merupakan lajur kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid.
2.3 Lajur kedua merupakan lajur hasil pembelajaran iaitu kemahiran yang hendak dicapai oleh murid selepas diajar.
2.4 Lajur ke tiga, keempat dan kelima merupakan lajur ulasan/tarikh penilaian berdasarkan penilaian yang dijalankan.

PANDUAN MENGISI INSTRUMEN SENARAI SEMAK
3.1 Semua komponen hendaklah diisi oleh guru.
3.2 Pemerhatian hendaklah dilakukan sebanyak tiga kali untuk membolehkan maklumat didapati dengan lebih tepat

No comments:

Post a Comment