Thursday, 12 July 2012

PRA 3104


TEORI BAHASA

Pemerolehan bahasa bermaksud penguasaan bahasa oleh seseorang tanpa disedari atau dipelajari secara langsung. Dengan itu seseorang itu tidak mendapat pendidikan secara formal untuk mempelajari sesuatu bahasa tetapi memperolehinya daripada bahasa yang diucapkan oleh ahli-ahli masyarakat dipersekitarannya.

Proses pemerolehan bahasa berlaku secara aktif pada kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga enam tahun. Kebanyakannya hasil penyeledikan bahasa mendapati bahawa jangka masa pemerolehan bahasa yang paling kritikal di kalangan kanak-kanak ialah antara umur satu tahun hingga lima tahun. Sekiranya jangka masa ini terlangkau, maka perkembangan bahasa akan terhalang. Kebanyakan ahli psikolinguistik  bersependapat bahawa kanak-kanak  akan mengalami kesukaran untuk menguasai bahasa secara pemerolehan sesudah umur 13 tahun. Sebaliknya kanak-kanak itu lebih cenderung menguasai bahasa melalui proses pembelajaran yang berat. Selain itu mutu bahasa  yang diperolehi kanak-kanak pada masa itu bergantung kepada bahasa yang mula-mula didedahkan. Namun demikian, ini tidak bermakna orang dewasa tidak dapat memperoleh bahasa, tetapi pada kadar yang lebih perlahan berbanding dengan kanak-kanak.


a.   Pandangan Nativis

Pendangan Nativis tentang teori pemerolehan bahasa adalah berdasarkan model Innatis. Teori ini kerap dinyatakan dengan teori pemerolehan bahasa yang behavioristik. Contoh pandangan teori ini, anak yang lahir ke dunia sudah membawa kapasiti atau potensi bahasa. Kapasiti atau potensi bahasa ini akan menentukan struktur bahasa yang akan digunakan selanjutnya. Untukitu kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang berada dipersekitarannya seperti keluarga, rakan dan masyarakat disekelilingnya. Ini bermakna persekitaran ini akan membantu serta mempengaruhi kebolehan bahasa kanak-kanak.

 Secara hipotesisnya kanak-kanak ini apabila dilahirkan telah mempunyai struktur berbahasa yang baik dan mudah menerima bahasa semasa memasuki alam prasekolah. Berdasarkan pandangan  ini ianya mempercayai setiap manusia mula mengenali dan memahami peraturan berbahasa dari segi tatabahasa dan erti perktaan apabila ia dilahirkan secara umum sahaja. Berdasarkan itu kanak-kanak itu akan diajar cara berkomunikasi yang baik supaya ia menjadi lebih mudah untuk memberi arahan, menyoal dan bertutur dengan lebih teratur.  Untuk itu kanak-kanak ini perlulah menambah lagi perbendaharaan kata dan penguasaan tata bahasanya.

  1.   Pandangan Behavioris

Model dan teori behavioris cuba menghuraikan pertalian antara psikologi dengan bahasa. Melalui pendekatan yang dapat dialami dan diamati secara langsung atau fizikal. Mereka yang sealiran dengan teori ini terdiri daripada ahli-ahli bahasa seperti Bloomfield, Sapir, Fries dan Brooks. Manakala sarjana-sarjana psikologi yang menyertainya ialah B. Watson, Thorndike, Pavlov dan B.F. Skinner. Golongan ini beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu lakuan terjadi melalui ulangan lakuan.. Menurut pandangan teori ini, tidak ada struktur linguistik yang dibawa sejak lahir. Kanak-kanak yang lahir dianggap kosong dari berbahasa. Mereka berpendapat bahwa anak yang lahir tidak membawa sebarang kapasiti atau potensi berbahasa.
Bahkan Brown (1980) dalam “Principles of Language Learning and Teaching” menyatakan bahawa kanak-kanak lahir ke dunia ini ibarat seperti sehelai kain putih tanpa ada apa-apa calitan. Persekitarannya  yang akan membentuknya secara perlahan-lahan untuk membentuknya membuat  pengukuhan terhadap tingkah lakunya. Pengetahuan dan keterampilan berbahasanya akan diperolehi melalui pengalaman dan proses pembelajaran. Dengan demikian, bahasa yang didengari akan dipindahkan melalui pewarisan kebudayaan, sama halnya seperti orang yang belajar memandu kenderaan.
Menurut model behaviorist pembelajaran bahasa merupakan kepada proses yang berdasarkan  kepada peraturan pelaziman operan iaitu yang menjurus kepada model rangsangan gerak balas. Dalam erti kata lain kanak-kanak itu akan diberikan satu perkataan, dia meniru bahasa itu dan dia akan meniru lagi apabila dia menjumpai perkataan itu. Dengan erti kata lain ibu bapa merangsang bahasa peringkat awal kanak-kanak dengan adanya tindak balas seperti senyuman, bertutur dan mengagah kanak-kanak  menggunakan perkataan khusus seperti ”mama” atau ”papa” dan perkataan ini diulang berkali-kali dan dengan pengulangan ini kanak-kanak itu akan dapat mengikut     

c.   Pandangan Kostruktivis

Mengikut pandangan ahli konstruktivis ianya terbahagi kepada  enam model teori pembelajaran penting yang perlu kita ketahui, iaitu

    1. teori pembelajaran pembentukan kebiasaan,
    2. teori pembelajaran kod kognitif, 
    3. teori pembelajaran interraksionalis,
    4. teori pembelajaran fungsionalis,
    5. teori pembelajaran situasionalis dan
    6. teori pembelajaran anggapan.

  • Model Pembelajaran pembentukan kebiasaan

Model ini berpendapat bahawa pembelajaran bahasa sebagai satu kegiatan mekanis, iaitu sebagai aktiviti fizikal semata-mata. Model ini menganggap faktor persekitaran menjadi rangsangan dan tindak tanduk organisme pada rangsangan sebagai gerak balas. Model ini menunjukkan bahawa faktor luaran seperti ganjaran menguatkan gerak balas.

Contoh : Dalam konteks pembelajaran bahasa, model ini menegaskan latihan dan latih tubi. Ini bertujuan untuk membentuk kebiasaan kepada kanak-kanak.

  • Model Pembelajaran Kod-Kognitif

Model ini menegaskan bahawa pembelajaran bahasa sebagai satu proses pemikiran. Iaitu satu aktiviti mental yang merupakan kebolehan manusia secara semula jadi. Model ini mementingkan kefahaman struktur bahasa kerana pemahaman memudahkan pembelajaran dan penguasaan bahasa. Pengetahuan tatabahasa juga dititik beratkan kerana ini membantu kanak-kanak menguasai bahasa secara berkesan.

Model ini mementingkan pengetahuan mengenai pola-pola sintaksis dan letsikal. Disamping itu peraturan tatabahasa juga perlu dihafal. Model ini menganggap bahasa adalah fenomena pemikiran dan bukan mekanikal.

  • Model Pembelajaran Interaksionalis

Menurut model ini kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh menggambarkan makna kognitif dalam bentukl-bentuk lingusitik yang jelas dan tepat. Model ini berpendapat pembelajaran bahasa sebagai alat berinteraksi dan ia merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Oleh itu kanak-kanak perlu memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul. Ini membantu mereka berkomunikasi dalam masyarakat.

Selain itu aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik membantu kanak-kanak menguasai dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa dan seterusnya dapat menggunakannya dengan fasih dan lancar.


  • Model Pembelajaran Fungsionalis

Model ini menekankan kepentingan struktur dan memberi perhatian terhadap fungsi bahasa. Secara tidak langsung model ini menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi. Menurut model ini bahasa mempunyai tiga fungsi.


  1. Bahasa sebagai  alat penyampai idea- Bahasa digunakan untuk berhubung, berkongsi pendapat dan pandangan.

  1. Bahasa sebagai untuk menyampaikan maklumat- Bahasa berkeupayaan untuk menyampaikan maklumat mengenai penutur.

  1. Bahasa sebagai  menyampaikan penglibatan:- Bahasa digunakan untuk tujuan-tujuan berinteraksi.

Untuk itu model pembelajaran ini mengutarakan beberapa ciri penting antaranya ialah:

    • Sistem bahasa yang digunakan oleh ahli-ahli masyarakat itu bertenaga dan terbuka

    • Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik.

    • Bahasa ditutur mengikut keadaan dan sistem social

    • Bahasa alat untuk berhubung, melahirkan pendapat dan menyatakan perasaan. Ia juga menggambarkan watak dan peribadi penuturnya.

  • Model Pembelajaran Situasionalis

Model ini menganggap bahasa adalah sebagai kod komunikasi. Bahasa digunakan untuk menyatakan aksi, untuk menerangkan, untuk menyatakan lokasi, nama, aras dan peringkat dan sebagainya. Mengikut model ini bahasa dipelajari dengan cara mengalakkan pembentukan kebiasaan. Item-item linguistik harus dipelajari dan diamalkan penggunaannya.

Untuk itu guru perlulah menggunakan ayat-ayat yang gramatis. Bentuk-bentuk ayat ayat yang gramatis perlu diperkenalkan kepada kanak-kanak.

Model ini mementingkan pengalaman sedia ada murid menegani isi pelajaran. Teknik pembelajaran seperti main peranan, simulasi atau lakonan adalah sesuai digunakan dalam kelas.

  • Model Pembelajaran Anggapan

Model ini menekankan fungsi bahasa, makna dan mengutamakan tatabahasa yang bersistem. Model ini juga percaya bahawa bahasa adalah satu sistem yang bermakna ia juga beranggapan bahawa pembelajaran bahasa adalah mempelajari cara memberi makna. Model ini menerangkan keperluan berkomunikasi kanak-kanak dan kemudian mempamerkan caracara setiap komunikasi itu dilakukan.

 
Membaca

Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej atau makna serta sedutan makna. Membaca merupakan proses kognitif, iaitu berfikir melalui bahan bercetak. Proses menguasai bacaan melibatkan  tahap penguasaan yang berbeza-beza. Pada setiap aras penguasaan mencerminkan tahap penguasaan pembacaan bagi individu tersebut. Pada setiap tahap penguasaan bacaan ini terdapat beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh pembaca. Setiap tahap boleh disimpulkan seperti berikut:

Rajah 3.1 : Tahap-tahap penguasaan bacaan
 
Kaedah Abjad
(tahap prabacaan)

Kaedah Fonik
(Tahap bacaan Mekanis)

 Kaedah Seluruh Perkataan (Tahap bacaan dan kefahaman


a. Kaedah Abjad ( Tahap prabacaan)

Kaedah abjad dikenali juga dengan kaedah huruf atau kaedah mengeja dan merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan dalam bahasa Melayu. Di dalam bahasa Melayu terdapat 26 huruf. Huruf-huruf tersebut bermula dari A hingga Z dengan mengikut urutan. Kanak-kanak dikehendaki mengenali nama,  bentuk dan mengecam huruf. Setelah mengenali huruf dan memastikan huruf barulah dinyatakan huruf vokal ”a, e, i, o, u”.  


Kaedah Fonik  (Tahap bacaan mekanis)

  • Kaedah ini lebih menekankan amalan membuat latih tubi tentang penyebutan bunyi huruf, suku kata, perkataan, frasa, ayat-ayat dan kurang memberi tumpuan kepada nama huruf. Kanak-kanak dilatih menyebut huruf secara terasing dan kemudiannya menggabungkan dengan bunyi huruf-huruf lain untuk membentuk suku kata dan perkataan. Contoh lambang ’b’  bukannya ’bi’ tetapi disebut sebagai ’beh’, ’a’ disebut ’ah’ dan bagitulah seterusnya
.
  • Kaedah fonik ini sesuai diajar kepada kanak-kanak kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. Amalan ini akan membolehkan mereka yang baru belajar membaca melakukan latihan sebutan perkataan-perkataan baru .

  • Kemudian kanak-kanak akan diajar melalui satu proses penggabungan huruf-huruf sama ada konsonan dengan vokal untuk membentuk sukukata dan bilangan suku kata. Contoh satu suku kata ba, ca, da, dan sebagainya. Seterusnya gabungan dua suku kata  dengan vokal atau konsonan seperti baca, batu dan sebagainya. Perhatikan contoh dibawah,


            Ba        bi         bu        bo        be        be
           
            Ca       ci         cu        co        ce        CE

            Da       di         du        do        de        DE

            Ha       hi         hu        ho        he        he

Berhubungan perkataan di atas  terdapat dua kemungkinan cara mengeja perkataan itu, secara huruf satu persatu atau secara suku kata. Contohnya,

            b,         a,         l,          u          = balu  ]
                                                                        ]  huruf satu demi satu
            k,         a,         l,          i           = kali    ]

            ba    -   hu        = bahu

            ba   -    tu         = batu

Kaedah Seluruh Perkataan (Tahap bacaan dan kefahaman)

  • Kaedah ini dikenali juga dengan ’kaedah perkataan’. ’kaedah rangkai kata’, dan ’kaedah ayat’. Kaedah ini lebih menumpukan kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk benda yang dipamirkan itu.
 
  • Kanak-kanak dilatih melakukan dua kemahiran di dalam satu masa, iaitu menyebutkan keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. Berbantukan gambar yang dilabelkan berhampiran dengan perkataan tersebut kanak-kanak boleh menyebut perkataan untuk mewakili maksud yang terdapat di atas gambar tersebut.
Contohnya::

  • Kanak-kanak dilatih untuk mengumpul maklumat dan makna daripada apa yang dibaca serta boleh mentafsir dan menilai sesuatu dengan jelasnya tentangapa yang dibaca serta berkebolehan menguasi kosa kata.
  •  
 Rajah 3.2 :  Gambar dengan perkataan


           
Gambar
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris

Singa


Lion

Rumah


House

Lori

Lorry


4.1.1      Kaedah Membaca

Kaedah membaca dapat dibahagikan kepada dua iaitu:

·         Kaedah Tradisional ( kaedah Abjad dan kaedah sukukata)
·         Kaedah Moden (Kaedah Pandang dan sebut dan Kaedah Fonik)

a.    Kaedah Tradisional

Kaedah Abjad; Kesemua 26 abjad diperkenalkan kepada kanak-kanak dalam bentuk huruf besar dan huruf kecil. Kebiasaanya huruf-huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajar. Semua huruf-huruf ini diajar atau disebut serentak dan memurut susunan ”A” hingga ”Z”. Pengajaran mengenal bentuk dan menyebut nama-nama huruf hendaklah dibuat secara lisan. Selepas itu barulah kanak-kanak diajar untuk menulis.

Kanak-kanak akan menghafal atau mengingati bentuk huruf-huruf kecil dan besar dan kemudian barulah diajar untuk membaca perkataan-perkataan pendek seperti baju, kaki, bapa, ibu, meja, satu dan sebagainya. Semasa kanak-kanak diajar membaca mereka hendaklah menyebut perkataan sekali gus. Misalnya, perkataan b-a-j-u  (baju). Ini boleh dilakukan hanya selepas kanak-kanak mengenal huruf dan dapat menyebut  huruf tersebut.  Oleh sebab kaedah abjad ialah kaedah mengeja perkataan, maka kaedah ini juga dinamakan kaedah mengeja.

Kaedah suku kata:  Kaedah dilakukan sebagai lanjutan daripada kaedah abjad. Melalui kaedah ini kanak-kanak diperkenalkan kepada huruf konsonan dan huruf vokal. Selepas itu barulah guru boleh mengajar kanak-kanak tentang suku kata.  Kanak-kanak di ajar mencantumkan satu huruf konsonan dan satu huruf vokal. Misalnya, ka-ki, pa-ku, bu-ku, sa-pu, ra-ja, da-gu, sa -ku dan seumpamanya.  Suku-
suku kata terbuka hendaklah diajar terlebih dahulu kemudian diikuti oleh suku-suku kata tertutup atau dua suku kata tertutup. Misalnya pintu, lampu, sekolah, rumah, rotan, ikan, ayam, kambing dan kucing.  Lanjutan daripada itu kanak-kanak bolehlah diajar membaca ayat-ayat mudah yang terdiri daripada dua suku kata terbuka atau campuran antara satu suku kata terbuka dengan satu suku kata tertutup, dan seterusnya dua suku kata tertutup. Misalnya,

 i. Saya ada buku
Buku saya baru

                                ii. Ibu ada baju
Baju ibu biru

                               iii. Saya ada buah duku
                                    Buku duku itu dalam raga
                                    Raga itu di atas meja
                                    Meja itu meja bapa.

     
b.    Kaedah Moden

Kaedah Pandang dan sebut: Kaedah ini juga dinamakan kaedah seluruh perkataan. Ianya bolehlah dianggap sebagai reaksi dari kelemahan abjad. Menurut kaedah ini guru akan menyebut perkataan dengan diikuti menyebut beramai-ramai perkataan tersebut oleh kanak-kanak iaitu dengan cara mengenal bentuk atau lambang perkataan.  Dengan menggunakan kad kanak-kanak akan menyebut atau membacanya. Contoh, bola, abang, adik, nanas, limau, epal, makan, gelas, roti, botol, cawan dan sudu. Setelah kanak-kanak mengenali beberapa perkataan asas, guru akan mengajarnya  membaca ayat-ayat mudah yang dibina berdasarkan perkataan-perkataan asas yang sudah dikenalinya.

Contoh:     i.          Abang              ada                  guli
                              Adik                 ada                  guli
                              Abang              dan                  adik                 ada                  guli


                  ii.          Adik                 minum             susu                 dalam              botol
                              Abang              minum             susu                 dalam              cawan
                              Saya                minum             susu                 dalam              gelas

Bagi kanak-kanak yang mempunyai pengamatan yang tajam dan daya ingatan yang baik, kaedah ini didapati amat berkesan sekali.

Kaedah Fonik: Kaedah ini juga dinamakan kaedah bunyi. Dalam kaedah ini kanak-kanak diajar bentuk dan bunyi fonik huruf abjad. Biasanya, sesuatu huruf itu diperkenalkan kepada kanak-kanak dengan menunjukkan bentuk huruf tersebut dan gambar sesuatu benda yang namanya bermula dengan bunyi fonik huruf tersebut.

Rajah 3.3 : Gambar dengan abjad


        Ayam


A a

Bola





B b


Cawan






C c

Sambil melihat gambar dan huruf awal yang berkaitan kanak-kanak akan menyebut bunyi fonik tersebut. Misalnya,  ”aa’ (a) untuk ayam, ’bah’ (b) untuk bola dan ’ceh’ (c) untuk cawan dan lain-lain lagi.

Dalam menggunakan kaedah ini guru perlu melukis gambar-gambar yang berkaitan dengan bunyi fonik awal bagi sesuatu huruf awal dalam perkataan. Bentuk huruf dan gambar perkataan yang berkaitan dilukis pada manila kad. Gambar-gambar itu akan ditunjukkan kepada kanak-kanak sambil guru menyebut bunyi foniknya. Selepas kanak-kanak mengenal bentuk dan huruf fonik melalui gambar, barulah mereka diajar untuk mencantumkan bunyi huruf bekenaan untuk menjadi suku kata atau perkataan.

Kaedah ini boleh mengelirukan kanak-kanak yang telah  didedahkan nama dengan penggunaan kaedah abjad.



                                                                  KAJIAN BAHASA 

             INSTITUT PERGURUAN RAJANG
BINTANGOR, SARAWAK


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006
TEMA
PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
TAJUK KAJIAN
AMALAN PEDAGOGI PENGAJARAN PERKEMBANGAN
BAHASA DI KALANGAN GURU-GURU
PERMULAAN PRA-SEKOLAH


 
OLEH 
JAWATANKUASA PENYELIDIKAN
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
INSTITUT PERGURUAN RAJANG
BINTANGOR, SARAWAK.
 
09 – 11 OKTOBER 2006
  

AMALAN PEDAGOGI PENGAJARAN PERKEMBANGAN
BAHASA DI KALANGAN GURU-GURU PERMULAAN
PRA-SEKOLAH
 
Disediakan oleh :
Jawatankuasa Penyelidikan
Jabatan Ilmu Pendidikan,
Maktab Perguruan Rajang
Bintangor, Sarawak.
 
Abstrak

 
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
      Menurut David Crystal dalam bukunya A Dictionary Of Linguistics and Phonetics (1986) bahawa kajian tentang ilmu bahasa dibuat secara saintifik, emperikal dan objektif. Penganalisisan terhadap sesuatu bahasa itu adalah berasaskan teori-teori bahasa dengan teknik-teknik yang diperaku oleh pakar bahasa, malah kajian tentang sesuatu bahasa itu adalah berasaskan kewujudan sebenar sesuatu bahasa tersebut.
      Amalan pedagogi pengajaran bahasa telah menarik perhatian ramai pengkaji bahasa untuk memecahkan beberapa persoalan tentang keberkesanan pengajaran perkembangan bahasa dan komunikasi di kalangan kanak-kanak prasekolah. Pelbagai teori telah dikemukakan oleh ahli-ahli linguistik dan psikologi berhubung pengajaran bahasa di kalangan kanak-kanak. 
1.1  Latar Belakang Kajian
      Matlamat Dasar Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin, berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan, berwawasan dan terlatih dalam pelbagai bidang. Fungsi utama proses pendidikan ialah sebagai agen perubahan dan pemasyarakatan ke arah menjadikan masyarakat Malaysia berilmu pengetahuan dan berpandangan jauh.
      Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal satu kurikulum kebangsaan prasekolah yang menitikberatkan enam komponen asas yang meliputi komponen bahasa dan komunikasi, komponen perkembangan kognitif, komponen pendidikan kerohanian dan moral, komponen perkembangan sosioemosi, komponen perkembangan fizikal dan komponen kreativiti dan estetika. Dalam melaksanakan program prasekolah, guru dan pelaksana tadika seharusnya mengetahui dan memahami perkembangan kanak-kanak pada peringkat umur ini. Ini bertujuan supaya mereka boleh mengubahsuai kurikulum mengikut kesesuaian peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat murid. Dengan perkataan lainnya kemahiran guru dalam mengurus pedagogi pengajaran di pusat prasekolah dianggap sebagai satu yang amat vital. 
      Untuk keberkesanan pelaksanaan pendidikan awal kanak-kanak, guru prasekolah perlu meneliti kurikulum kebangsaan prasekolah secara menyeluruh dan kemudian menstrukturkannya semula mengikut:-
    1. titik permulaan pembelajaran kanak-kanak mengikut perkara yang mereka tahu dan boleh buat;
    2. bahan / kandungan dan aktiviti pembelajaran yang sepadan dengan tahap serta keperluan kanak-kanak; dan
    3. merancang (pedagogi) aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan dalam bilik darjah.

      Perkara-perkara tersebut di atas adalah selaras dengan matlamat pendidikan prasekolah:
“Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah”
          ( Huraian Kurikulum Kebangsaan Prasekolah, 1993 )

      Adalah sangat malang, sekiranya guru-guru prasekolah yang diharapkan untuk mendidik dan memperkembangkan potensi kanak-kanak, tidak mampu serta kurang berkemahiran untuk melaksana, memikul dan menyempurnakan tugas tersebut. Jika keadaan ini berlaku, siapakah yang patut dipersalahkan? Oleh itu, diharapkan agar dapatan kajian ini dapat menyumbang ke arah proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. 
1.2  Tujuan Kajian
      Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji beberapa perkara berhubung amalan pedagogi pengajaran perkembangan bahasa dalam kalangan guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu, Sarawak. Masalah yang akan dikaji ialah melihat tahap amalan pedagogi pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan prasekolah dari aspek kemahiran menulis dan kemahiran membaca.  
    1.      Pernyataan Masalah
      Pengetahuan tentang amalan pedagogi pengajaran komponen Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kalangan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun amat kritikal bagi ibu bapa, guru dan semua lapisan masyarakat. Ini akan dapat membantu menghuraikan masalah berhubung tingkah laku kanak-kanak yang berada dalam transisi kemahiran menulis dan membaca. Ramai dalam kalangan ibu bapa dan guru prasekolah kebangsaan berasa bimbang apabila mendapati anak-anak mereka yang sudah melebihi umur 5 tahun tetapi belum boleh menulis dan membaca dengan baik berbanding kanak-kanak prasekolah swasta.  
      Dari sudut yang lainnya pula terdapat ibu bapa menjadi rungsing dan cemas apabila mendapati kanak-kanak yang telah mencapai usia 5 tahun tetapi tidak boleh menulis dan membaca dengan sempurna. Lebih mencemaskan lagi ialah apabila kanak-kanak tersebut telah mencapai umur 6 tahun tetapi belum menguasai kemahiran menulis huruf (abjad) dan menyebutnya (membaca) dengan sempurna. 
      Sepatutnya ibu bapa dan guru prasekolah tidak harus bimbang dan cemas kerana dari segi fisikologi kanak-kanak pada peringkat umur tersebut tidak boleh menulis dan membaca dengan sempurna. Pada peringkat perkembangan yang sedang dialami oleh kanak-kanak tersebut , kordinasi motor mereka belum lagi mantap untuk menulis dengan baik. Peranan orang dewasa ialah memberi motivasi dan peneguhan kepada sebarang perlakuan bahasa yang baik dilakukan oleh kanak-kanak tersebut (Vygotsky, 1978). 
      Berdasarkan kebimbangan yang dialami oleh ibu bapa dan guru prasekolah tersebut maka pengkaji beranggapan terdapat dua masalah dalam amalan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan  prasekolah. Sebagai kesimpulannya, masalah-masalah tersebut dapat dirumuskan seperti berikut :-
    1. Guru-guru permulaan kurang mahir mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi.
    2. Guru-guru permulaan kurang mahir mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan aktiviti  pengajaran dan slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi.

      Dengan ini, penyelidik melihat dua masalah yang dialami oleh guru-guru permulaan prasekolah sebagai satu permasalahan dalam amalan pedagogi pengajaran perkembangan bahasa di pusat-pusat prasekolah yang perlu diselidiki.
      1. Soalan-soalan kajian
      Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran perkembangan bahasa dalam kalangan guru-guru permulaan di Pusat-pusat  Prasekolah di  Daerah Sibu, Sarawak. Soalan-soalan kajian adalah seperti berikut:-
    1. Sejauhmanakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi?
    2. Sejauhmanakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi?
    1. Kesignifikan Kajian
    Dari segi kesignifikannya kajian ini diharapkan :
  1. dapat meningkatkan kesedaran dan amalan belajar melalui bermain dalam kalangan guru-guru permulaan berhubung pengajaran di bilik darjah; 
  2. akan memberikan maklumat kepada Kementerian Pelajaran tentang tahap amalan guru-guru permulaan terhadap pendekatan belajar melalui bermain dalam pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi;
  3. memberikankan maklumat kepada Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran merangka satu pelan bertindak untuk memastikan amalan pedagogi belajar melalui bermain diamalkan dalam pengajaran perkembangan bahasa; dan
  4. hasil kajian ini juga membantu  BPG KPM dalam mendapatkan maklumat ke arah membuat satu perancangan yang berstruktur ke arah mempertingkatkan tahap kesedaran tentang kepentingan amalan pedagogi  pengajaran perkembangan bahasa berasaskan pendekatan belajar melalui bermain di kalangan guru-guru prasekolah.
1.5             Definisi operasi
1.5.1    Amalan
Satu perbuatan yang biasa dilakukan secara berulang-ulang     atau satu kebiasaan.
1.5.2      Pedagogi
Merujuk kepada pendekatan-pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru-guru permulaan prasekolah dalam slot komponen perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Pendekatan yang difokuskan ialah pendekatan belajar melalui bermain.
1.5.3     Pendekatan Belajar melalui bermain
Satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid-murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, mengembirakan dan bermakna. Ia meliputi main sosioemosi (main pondok, afektif), main kognitif (main bongkah / binaan, manipulatif, bahan maujud), main bebas (psikomotor, permainan luar), dan main sosiodrama (main peranan / simulasi / hasil ciptaan).
1.5.4     Pengajaran
Merujuk kepada tingkah laku guru mengajar murid-murid prasekolah.
1.5.5      Perkembangan Bahasa
Merujuk kepada komponen Bahasa dan Komunikasi seperti yang terkandung dalam Huraian Kurikulum Kebangsaan Prasekolah yang meliputi lisan, menulis dan membaca.
1.6.6      Kemahiran Menulis
Merujuk kepada kemahiran mekanis menghasilkan contengan, lakaran dan tulisan yang kemas melalui aktiviti yang menyeronokkan seperti mengecat menggunakan berus cat, menconteng, membuat corak, menekap dan membentuk huruf.
1.7.7     Kemahiran Membaca
Merujuk kebolehan mengecam bunyi huruf-huruf, menyebut, membaca perkataan dan rangkaikata yang bermakna.
1.7.8    Guru-guru Permulaan
Guru-guru yang berkhidmat dalam tempoh masa antara 1 tahun hingga 3 tahun di sekolah-sekolah kebangsaan di Daerah Sibu.
    1. Batasan kajian
      Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan kekerapan amalan pedagogi pengajaran perkembangan bahasa dalam kalangan guru-guru permulaan di sekolah-sekolah kebangsaan dalam Daerah Sibu, Sarawak sahaja. Selain itu kejituan dapatan kajian bergantung kepada kejujuran tindak balas respondan kepada soal selidik yang diberikan. Oleh itu dapatan kajian ini hanya boleh digunapakai oleh semua institusi yang berkenaan di lokasi lain yang mempunyai situasi, latar belakang dan tahap penyebatian amalan pedagogi pengajaran perkembangan bahasa yang sama seperti dalam daerah kajian ini.  
      Batasan kajian ini boleh dirumuskan sebagai berikut :
      1. amalan pengajaran dan pembelajaran bahasa (perkembangan bahasa dan komunikasi)
      2. dalam kalangan guru-guru permulaan
      3. di  sekolah-sekolah rendah kebangsaan Daerah Sibu,


 
BAB II  
TINJAUAN LITERATUR 
   2.0 Pengenalan
      Bab ini cuba menganalisis masalah kajian secara terperinci dan kemudiannya menyatakan kerangka teoritis yang dijadikan panduan bagi mengkaji masalah perkembangan dan pengajaran dan pembelajaran bahasa kanak-kanak prasekolah.  
2.1 Pandangan umum tentang kemahiran menulis dan membaca di kalangan kanak-kanak
      Dewasa ini banyak kajian membuktikan bagaimana kemahiran menulis dan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun dapat dikembangan secara semulajadi oleh kanak-kanak, bagaimana mereka memberi makna kepada dunia mereka melalui penerokaan yang menyeronokkan, dan bagaimana mereka mengggarap maklumat dan membentuk satu peraturan mudah untuk membantu diri mereka sendiri menggunakannya (Beaty,J.J., 1998;293). Kajian-kajian tersebut telah mengubah pandangan kita selamanya tentang cara kanak-kanak mencapai perkembangan mereka dan bagaimana cara terbaik bagi kita membantu pertumbuhan dan perkembangan mereka.
      Walau bagaimanapun masalah ini amat membimbangkan dan mencabar peranan guru prasekolah kerana mereka keliru dengan tanggapan, harapan dan keperluan seperti mana yang terungkap dalam kurikulum prasekolah kebangsaan. Melalui bacaan literatur yang berkaitan dengan perkembangan dan pembelajaran bahasa kanak-kanak prasekolah dari aspek kemahiran menulis, guru prasekolah telah disogokkan dengan dapatan mengatakan kanak-kanak membentuk cara mereka sendiri untuk bercakap dan juga menulis serta membaca (Beaty, J.J.,1998; 293). Dalam satu kajian yang dibuat oleh Temple et.al (1993;2), beliau  mengatakan bahawa  kanak-kanak belajar menulis melalui pengalaman dan penemuan kendiri. Dengan pandangan tersebut kita kini semacam dihimpit dengan dilema apakah perbuatan mengajar kanak-kanak menulis secara konvensional sudah tidak relevan lagi. 
2.2 Pandangan Ahli Psikolinguistik Berhubung Kemahiran Menulis dan Membaca di Kalangan Kanak- Kanak
      Menurut penemuan psikolinguistik kognitif, pemerolehan bahasa dan keupayaan membaca seseorang individu bermula sejak ia dilahirkan malah kanak-kanak sememangnya telah mula belajar menulis sejak dari peringkat awal perkembangan mereka. Permulaan kanak-kanak belajar menulis boleh diperhatikan melalui tingkah laku mereka, isyarat (gesture), perbualan, cara mereka bermain dan contengan yang mereka lakukan membentukkan makna yang tertentu (Vygotsky, 1978). Menurut aliran ini bahawa apabila seseorang individu itu dilahirkan dia terus berusaha untuk mempelajari dunia di persekitarannya melalui pancainderanya. Pengetahuannya tentang dunia di sekelilingnya itulah nanti akan menjadi dasar bagi dirinya untuk pemerolehan bahasa dan bacaannya. Dengan penemuan ini, jelaslah bahawa pengajaran bahasa yang agak formal sudah boleh dimulakan pada waktu kanak-kanak mula pandai bercakap iaitu pada umur antara dua atau tiga tahun (Kamaruddin Husin et.al, 1986,2).   
      Saracho (1990) mendapati bahawa terdapat beberapa peringkat tulisan kanak-kanak:-
      1. Contengan tanpa tujuan (aimless scribbling),
      2. Pergerakan secara horizontal (horizontal movement),
      3. Simbol unit secara terpisah-pisah (Separated symbol unit),
      4. Kesalahan tulisan huruf-huruf (Incorrect written letters), dan
      5. Mengeja perkataan pertama dengan tepat (correct spelling of first name).

      Memang tidak dapat dinafikan bahawa percubaan pembelajaran bahasa dari aspek menulis dan membaca yang pertama dilakukan oleh kanak-kanak adalah dalam bentuk contengan, corengan dan kemudiannya bentuk-bentuk lakaran dan bentuk-bentuk yang dapat dikenal pasti. Dari satu aspek yang lainnya pula, perkembangan dan pembelajaran bahasa kanak-kanak juga dikatakan mempunyai perkaitan yang rapat dengan aspek perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Ada di kalangan bijak pandai mengatakan bahawa mengajar kanak-kanak menulis dan membaca sepatutnya dilakukan sewaktu kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan. Apakah pandangan tersebut masih relevan? Jawapan kepada anggapan tersebut adalah jauh berbeza pada hari ini dengan pengalaman dalam lingkungan lima belas atau dua puluh tahun yang lampau. 
      Kemahiran pratulis di kalangan kanak-kanak prasekolah bermula dengan perkembangan kemahiran motor halus. Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf dan urat daging yang mengawal jari dan tangan. Menurut Allyn dan Bacon (1997) kemahiran menulis kanak-kanak prasekolah adalah meliputi kebolehan kanak-kanak menggunakan alat-alat tulis seperti pen, pensil, krayon, marker dan berus cat untuk membuat sebarang bentuk contengan (scribble). Contengan yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah sebarang bentuk lakaran yang berulang dan sebarang perubahan-perubahan pada contengan secara mendatar, dan contengan yang bercampur dengan bentuk-bentuk huruf. Contengan yang dilakukan oleh kanak-kanak juga meliputi percubaan kanak-kanak menggunakan lakaran gambar untuk membuat ilustrasi cerita. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah boleh menulis nama sendiri, mencipta huruf-huruf yang mewakili makna tertentu atau mencipta huruf secara rawak (composed of letters), mencipta ejaan perkataan (invented spelling), dan menulis perkataan yang bermakna (distinguishable words).
      Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran membaca bukanlah merupakan satu perkara yang mudah dipupuk dalam kalangan kanak-kanak yang berusia antara 5 hingga 6 tahun. Ini kerana kemahiran tersebut berlaku secara berperingkat-peringkat khususnya dalam konteks pengalaman bahasa secara total. Terdapat banyak faktor perkembangan tertentu yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Antara lain faktor-faktor yang mempengaruhinya ialah faktor fizikal, faktor persepsi, faktor kognitif, faktor bahasa, faktor afektif dan faktor persekitaran atau pengalaman seseorang individu . 
      Menurut Pumfrey (1977) membaca bukanlah hanya setakat bersifat mekanik tetapi sebagai satu proses pemikiran yang membina. Berdasarkan pandangan Pumfrey tersebut maka kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak prasekolah haruslah dapat membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik apa yang dibaca dengan tepat dan memahami kehendak situasi. 
      Ferreiro dan Teberosky dalan buku mereka Literacy Before Schooling (1982) menyebut
In children’s own first spontaneously produced graphic representations, drawing and writing are undifferentiated. Gradually some lines acquire forms like drawings, while others evolve towards imitation of the most salient characteristics of written language. (ms. 52)
      Ketika kanak-kanak mencipta satu penemuan baru tentang menulis melalui penerokaan kendiri dan penglibatan mereka dengan buku-buku bergambar, mereka sebenarnya telah membina pandangan kendiri tentang tulisan. Menurut Tempel et.al  (1993), pembelajaran menulis di kalangan kanak-kanak adalah satu tindakan mereka melalui penemuan-penemuan kendiri. Pandangan tersebut diperkukuhkan lagi oleh Schrader et.al (1987)  dengan mengatakan bahawa kanak-kanak membina sendiri peraturan dan sistem pemerolehan bahasa mereka sama ada bahasa lisan dan bahasa tulisan melalui pengaruh persekitaran mereka. Daripada pandangan-pandangan tersebut mungkinkah kita boleh menegaskan di sini bahawa kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri untuk bercakap, menulis dan juga membaca.  
      Dengan yang demikian kemahiran-kemahiran menulis, membaca, berfikir, emosi, sosial dan motor diperoleh oleh kanak-kanak pada fasa perkembangan mereka melalui permainan penerokaan dan eksperimen mereka ke atas bahan-bahan di persekitaran (Beaty,J.J., 1998, 294). Pandangan tersebut bukanlah sesuatu yang hakiki dan meliputi untuk semua lapisan kana-kanak. Ini kerana perkembangan menulis dan membaca dalam kalangan kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Kanak-kanak memerlukan alat untuk menulis, bahan-bahan di persekitaran yang boleh digunakan mereka untuk menulis, dan dorongan kepada mereka untuk melakukan percubaan menulis adalah penting. Kanak-kanak perlu melakukan latihan-latihan pratulis dan dan prabaca seperti mana mereka melakukan latihan-latihan untuk berlari dan bercakap dengan bantuan orang dewasa. 
      Tanpa alat-alat untuk menulis sedia ada di rumah, kanak-kanak prasekolah tidak mendapat peluang menikmati menggunakannya tetapi hanya melakukan latihan tersebut melalui menulis di udara dan di atas debu pasir. Tanpa buku untuk diperhatian, kanak-kanak prasekolah mempunyai kurang daya dorongan untuk membaca. Peranan ibu bapa dan guru prasekolah dengan menunjukkan satu model minat membaca buku dan tingkah laku menulis menyebabkan kanak-kanak merasakan mereka juga ingin melakukan aktiviti bacaan dan tulisan. 
      Berdasarkan pandangan tersebut di atas maka bukanlah bermakna guru terpaksa duduk sepanjang hari dan mengajar kanak-kanak prasekolah membaca dan menulis dengan menggunakan kaedah konvensyenal. Menurut Schrader dan Hoffman (1987,3) kanak-kanak akan menjadi bosan dan tertekan sekira guru mengajar kanak-kanak menulis dan membaca. Keadaan tersebut berlaku kerana cara tersebut telah menyebabkan kana-kanak merasakan mereka kurang mendapat peluang untuk menggunakan pengetahuan sedia ada yang telah terbentuk (self-constructed knowledge) dengan cara yang bermakna (meaningful ways). 
    1. Cara-cara dan Aktiviti-aktiviti Yang Menggalakkan Kemahiran Pratulisan dan Prabacaan di Kalangan Kanak-kanak

      Menurut Golden (1984; 4) kanak-kanak pada seawal umur tiga tahun boleh mengenalpasti perbezaan antara contengan untuk tulisan dan contengan untuk lakaran. Pandangan beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak telah terdedah dengan pengalaman tulisan (print) dan bacaan pada awal peringkat perkembangannya. Peranan orang dewasa untuk memupuk minat ke atas tulisan dan bacaan boleh bermula ketika kanak-kanak berumur tiga tahun. 
      Di pusat prasekolah kanak-kanak diberi penekankan dengan kemahiran menulis secara mekanis dengan tujuan kanak-kanak dapat menghasilkan tulisan yang kemas. Pada peringkat awal pembelajaran menulis dalam kalangan kanak-kanak prasekolah adalah suatu aktiviti yang menyeronokkan Aktiviti-aktiviti seperti membuat corak, menekap dan membentuk huruf adalah penting. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah bertujuan untuk memberi latihan dan pengalaman asas. Melalui aktiviti tersebut ia dapat membantu kanak-kanak prasekolah menguasai kemahiran menulis yang selanjutnya seperti menulis huruf, suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.  
      Menurut Ann Miles Gordon et.al (1995), kebolehan kanak-kanak untuk menulis dan membaca bukanlah ditentukan oleh faktor tahap umur. Kesediaan kanak-kanak untuk menulis dan membaca (graphic language) mestilah disuburkan oleh orang dewasa. Kecekapan bahasa kanak-kanak merupakan penentu ulung kesediaan membaca di kalangan kanak-kanak. Peranan guru adalah untuk mengenal pasti faktor kesediaan tersebut melalui sejauhmana kanak-kanak memahami struktur ayat dan penggunaan perbendaharaan kata dalam interaksi seharian mereka. 
      Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kanak-kanak menguasai kemahiran bahasa apabila wujudnya jalinan antara bahasa yang diungkap (baca) dengan perkataan yang ditulis. Ini adalah sejajar dengan pandangan sarjana
      ”..... that sounds are how language is put together”
      (Nurss, 1980) 
Berdasarkan saranan tersebut guru boleh merancang aktiviti bahasa yang mengaitkan perkara yang disebut (baca) dengan perkara yang ditulis (Gordon, 1995; 317).  

      Terdapat beberapa cara atau aktiviti yang dikenal pasti oleh ahli linguistik untuk memupuk minat kemahiran menulis dan membaca di kalangan kanak-kanak prasekolah (Beaty, J.J., 1998).


 
      Antara cara-cara tersebut adalah :-
      1. Menyediakan Sudut Tulisan
      Apabila matlamat guru prasekolah untuk menggalakkan kanak-kanak meneroka sendiri kemahiran menulis, kita seharusnya menyediakan satu suasana untuk memungkinkan perkara tersebut berlaku. Bagi kanak-kanak sudut bacaan mempunya kesan menarik sama dengan sudut main blok. Alat-alat tulisan seperti meja, kertas, sampul suarat, kad, pelekat, pita, pembaris, getah pemadam, pad stamp, klip kertas dan sebagainya disediakan di sudut ini memang mempunyai daya tarikan pada diri kanak-kanak. Selain dari itu papan tulis kecil atau stand-up chalk board dibekalkan untuk menggalakkan aktiviti menconteng dan menulis menggunakan kapur. Minat dan keinginan mereka untuk meniru tingkah laku menulis oleh orang dewasa dapat di penuhi dengan melakukan cakaran, contengan dan lakaran tertentu di sudut ini.
      1. Melengkapi Bilik Prasekolah Dengan Persekitaran Tulisan
      Guru prasekolah bolehlah melengkapkan bilik prasekolahnya dengan bahan-bahan yang menggambarkan persekitaran tulisan. Bahan-bahan yang perlu disediakan dalam bilik prasekolah adalah seperti buku-buku, majalah-majalah, katalog, poster, tanda nama jalan, isyarat-isyarat jalanraya, iklan-iklan, logo-logo restoran seperti KFC dan sebagainya. Penyediaan persekitaran yang dilengkapi dengan bahan-bahan tulisan (print) meningkatkan lagi kesedaran (awareness) mereka tentang tulisan dan bacaan. 
      1. Menyediakan Sudut Bacaan
      Pusat prasekolah perlu dilengkapi dengan sudut bacaan. Bahan-bahan seperti buku-buku bergambar,buku-buku abjad, poster, majalah dan buku besar ditempatkan di sudut ini.
      1. Menggunakan Tray Pasir / Garam Untuk Menulis Dengan Jari
      Guru boleh mempelbagaikan cara meningkatkan minat murid untuk menulis. Dengan menyediakan di sudut tulisan dengan tray pasir / garam, kanak-kanak boleh berlatih menulis menggunakan hujung jari di atas pasir atau garam. Cara ini mudah bagi kanak-kanak untuk memadam dan menulis semula bentuk-bentuk yang diminatinya. Kanak-kanak hanya perlu mengoyang (shake) tray jika ingin memadam untuk menulis semula huruf dan sebaginya.
      1. Menggalakkan Kanak-Kanak Menulis Pesanan
      Kanak-kanak pada peringkat memaknakan contengan dalam penerokaan tulisan mereka boleh menulis pesan dalam aktiviti menulis olok-olok (mock writing) kepada rakan atau ibu bapa mereka. Galakkan kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat olok-olok (mock letter writing) kepada ibu bapa mereka. Ketika kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat olok-olok, guru akan menulis sebenar mesej surat tersebut dalam mock letter writing tersebut. Apabila ibu bapa mereka bertindak balas terhadap surat tersebut kanak-kanak akan merasakan bahawa tulisan mereka dapat dibaca oleh ibu bapa. Dari detik inilah akan timbul motivasi mereka untuk terus belajar menulis huruf-huruf yang sebenarnya.
      1. Pengesahan Setelah Mendapat Giliran
      Kanak-kanak digalakkan menggunakan sebarang bentuk tulisan olok-olok (mock writing) dalam buku catatan khas yang ditempatkan disetiap sudut pembelajaran sebagai menunjukkan atau membukti bahawa mereka telah melaksanakan sesuatu aktiviti. Sebatang pensil atau pen diikat pada buku tersebut supaya kanak-kanak tidak perlu mengambil masa untuk mendapatkan pensil / pen bagi tujuan tersebut.
      1. Mengenali Nama Dengan Abjad
      Kanak-kanak lazimnya belajar dalam cara yang bermakna, menyeronokkan dan berkait rapat dengan dirinya. Guru prasekolah atau orang dewasa boleh membantu kanak-kanak mengenal abjad pertama tentang namanya secara yang menyeronokkan. Misalnya guru boleh membuat rantai leher yang diperbuat dari benang dan kad abjad pertama namanya digantungkan padanya. Kanak-kanak kemudiannya diminta mencari rakan-rakannya yang mempunyai abjad nama yang sama dengannya.
      1. Kad-kad Abjad
      Galakkan kanak-kanak bermain dengan kad abjad yang mempunyai gambar selari dengannya. Cara begini dapat membantu kanak-kanak melihat perkaitan abjad dengan persekitran yang selari dengannya.
      1. Membaca Buku Abjad
      Membaca buku abjad adalaah berkesan apabila dibaca oleh guru kepada seorang atau dua orang kanak-kanak dalam sesuatu masa. Kanak-kanak perlu duduk bersebelahan dengan guru ketika pembacaan sedang dilakukan oleh guru agar mereka berpeluang untuk mengenal pasti objek yang sedang disebut dan bentuk huruf yang berkenaan.
      1. Peti Surat Peribadi
      Kanak-kanak digalakkan membuat peti surat peribadi dengan menggunakan kotak-kotak buangan yang sesuai. Kanak-kanak akan menandakan kotak peti surat peribadi tersebut dengan nama mereka masing-masing. Guru akan membuat pesanan ringkas setiap hari kepada murid-murid tertentu dan guru akan memberi galakkan kepada mereka untuk membalas pesanan tersebut.
      1. Permainan Abjad Komputar
      Dewasa ini setiap pusat prasekolah ada dibekalkan dengan kemudahan komputer. Kanak-kanak amat meminati komputer. Guru boleh menggunakan komputer sebagai media yang menggalakkan mereka untuk minat menulis dan membaca. Program abjad komputer adalah amat baik untuk satu pengenalan kepada kanak-kanak untuk mengenali abjad di papan kekunci komputer. 
      1. Buku Besar / Big Books
      Walaupun harga sebuah buku besar jauh lebih mahal berbanding dengan buku biasa, buku besar mempunyai peranan penting dalam meningkatkan minat murid untuk membaca. Buku besar ini digunakan oleh guru untuk membaca cerita  atau ayat mudah kepada kanak-kanak secara kumpulan. Kanak-kanak berpeluang melihat tulisan huruf dan gambar yang terdapat pada buku tersebut dengan jelas.
      1. Meletakkan Buku-Buku Di setiap Sudut Pembelajaran
      Buku-buku bergambar sesuai ditempatkan pada setiap sudut pembelajaran.Contohnya di sudut blok diletakkan buku Building a Bridge , sudut permainan dramatik diletakkan buku If I Ran The Family, sudut Sains diletakkan  buku Planting a Rainbow, sudut matematik / manipulatif diletakkan buku Moving from One to Ten, dan sudut motor kasar diletakkan buku No Jumping on the Bed dan sebagainya.
      1. Hidangan Sup Abjad
      Permainan hidangan sup abjad membantu kanak-kanak untuk mengenal pasti dan menyebut abjad-abjad yang terdapat dalam hidangan tersebut. Kanak-kanak boleh membanding dan membuat perbezaan kandungan hidangan sup abjadnya dengan rakan-rakannya.
      1. Menyediakan Mesin Taip Manual
      Guru prasekolah boleh menggunakan mesin taip manual untuk meningkatkan minat kanak-kanak mengenali abjad dan membaca abjad. Kanak-kanak seronok bermain dengan hurut-huruf dan perkataan-perkataan yang dapat mereka taipkan dengan mesin taip manual. Kanak-kanak digalakkan menerokai dan mempelajari secara sendiri bagaimana mereka menggunakan mesin taip seperti menyiasat sendiri di manakah papan kekunci untuk menaip huruf yang dikehendaki. 
3.0  Rumusan.
      Walaupun kanak-kanak membentuk kemahiran pratulisan dan prabacaan pada kadar masa yang sama seperti mereka menguasai kemahiran lisan, kita sedar bahawa guru prasekolah semacam tidak memberi tekanan kepada aspek perkembangan semulajadi mereka dalam aspek tersebut. Oleh yang demikian mungkin terdapat kanak-kanak yang dapat membuat tulisan olok-olok (mock writing) tetapi tidak pernah melakukannya di prasekolah. Mungkin juga terdapat dalam kalangan kanak-kanak yang telah menyedari tentang kewujudaan huruf-huruf (print) dan cuba untuk membacanya tetapi telah diabaikan oleh guru-guru prasekolah dan orang dewasa.


 
        1. BAB III
        1. METODOLOGI
    1. Pengenalan
      Dalam bab ini,  penyelidik akan menghuraikan kaedah yang akan digunakan  dalam kajian ini. Antara kaedah tersebut ialah  proses pengumpulan data, pemilihan sample, tempat kajian, kajian rintis, alat pengukuran kajian  dan kedah penganalisisan data. Kajian ini secara umumnya adalah jenis kuantitatif dalam bentuk deskriptif yang mengukur keberkesanan amalan penggunaan pendekatan belajar melalui bermain, bersepadu dan bertema dalam pengajaran oleh guru tersebut.
    1. Reka Bentuk   Kajian
      Penyelidik menggunakan kaedah tinjauan dan juga pemerhatian yang akan dijalankan melalui set senarai semak untuk mengumpul dapatan dari maklumat guru-guru permulaan yang baru berkhidmat sebagai guru pra-sekolah di sekolah-sekolah yang terlibat. Maklumat-maklumat tersebut terdiri daripada kekerapan amalan pedagogi pengajaran dalam slot perkembangan bahasa dalam pengajaran harian,  perancangan pengajaran, perlakuan-perlakuan pengajaran dan pemaparan imej dan personaliti guru terlibat.
        1. 3.2 Prosedur Pengumpulan Data
        1. 3.2.1   Penentuan Subjek kajian
      Populasi dan responden  kajian ini adalah meliputi semua guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu, Sarawak yang telah berkhidmat dalam tempoh masa 1 hingga 3 tahun. Terdapat seramai 15 orang guru permulaan prasekolah di sekolah-sekolah kebangsaan di Daerah Sibu, Sarawak.  Oleh kerana jumlah populasi di daerah tersebut adalah kecil, maka semua populasi tersebut telah diambil sebagai sample kajian untuk  mendapatkan data.
        1.      3.2.2. Taburan Responden Mengikut Sekolah Dan Daerah
      Seramai 15 orang guru-guru permulaan akan terlibat sebagai responden dalam kajian ini.  Bilangan ini merupakan 100 % daripada keseluruhan populasi. Mereka terdiri daripada guru-guru prasekolah di sekolah kebangsaan  yang terletak di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Gabungan Sibu.    
(vii) 3.2.3  Metod Yang Digunakan
         Untuk memperoleh data bagi menjawab semua soalah kajian, penyelidik menggunakan 2 kaedah iaitu pertama kaedah tinjauan dan kedua ialah kaedah kedua ialah amalan pemerhatian. 
         Untuk kaedah tinjauan, penyelidik akan mengedarkan satu set borang soal selidik yang menggunakan Sekala Likert 5 mata. Ia bertujuan untuk membuat tinjauan terhadap aspek perancangan dan pelaksanaan amalan pedagogi pengajaran guru permulaan. Soal selidik yang dihantar kepada subjek kajian mengandungi tiga bahagian iaitu:-
      1. Bahagian A :  demografi responden ;
      2. Bahagian B: Aspek perancangan pengajaran guru yang berkaitan dengan amalan pendekatan belajar melalui bermain, bersepadu dan bertema
      3. Bahagian C: Aspek pelaksanaan pengajaran guru yang berkaitan dengan amalan  pendekatan belajar melalui bermain, bersepadu dan bertema.

      Penggunaan soalselidik sebagai alat pengukuran yang sesuai  adalah kerana mengikut  Rubin dan Babie (1993), bagi mengukur responden yang besar atau keseluruhan daripada populasi yang dipilih, penggunaan soalselidik adalah lebih tepat dari segi kebolehpercayaan.  Soalselidik juga memudahkan responden memberikan reaksi sebenar terhadap apa juga pertanyaan yang dikemukakan.  Ia memberikan masa kepada responden untuk berfikir  sebelum menjawabnya. Di samping itu, soalselidik juga dapat ditujukan kepada banyak responden pada masa yang sama di samping membolehkan keseragaman dalam situasi pengukuran  kerana setiap responden memberi tindakbalas kepada soalan yang sama. Secara kesimpulannya, data yang diperolehi nanti akan lebih tekal semasa dianalisis dan ditafsir.  
      Kajian ini juga menggunakan kaedah pemerhatian secara langsung pengajaran guru permulaan prasekolah dalam bilik darjah. Satu senarai semak pengajaran slot pengajaran Bahasa dan Komunikasi akan digunakan untuk mendapat data yang berkaitan dengan amalan pedagogi pengajaran guru dalam bilik darjah selain dari data-data yang diperoleh melalui soal selidik yang diberikan kepada subjek kajian. Set senarai semak ini akan dibina berpandukan kajian-kajian terdahulu dan ditambah dengan aspek-aspek  baru yang difikirkan perlu. 
      Senarai semak pengajaran di bilik darjah ini meliputi dua bahagian iaitu:-
        1. perancangan pengajaran slot Bahasa dan Komunikasi oleh guru permulaan; dan
        2. amalan pelaksanaan pedagogi pengajaran slot Bahasa dan Komunikasi oleh guru permulaan.
    1. Pentadbiran Alat Kajian
      1. Untuk melicinkan perjalanan kajian ini, penyelidik akan berjumpa terus subjek kajian yang dipilih dan menerangkan tujuan kajian tersebut dibuat. Perjumpaan secara langsung dengan semua subjek kajian akan dapat mengurangkan rasa syak wasangka dan tahap kebimbangan tinggi  di kalangan subjek.
      2. Penyelidik juga akan mengamalkan satu prosedur untuk memasuki kawasan kajian. Oleh kerana subjek kajian adalah di kalangan guru-guru permulaan prasekolah, maka penyelidik akan membuat satu temu janji untuk membuat satu sesi pertemuan untuk mengedar borang-borang soal selidik dan untuk menentukan tarikh-tarikh untuk sesi pemerhatian.
      3. Set soal selidik yang telah tekal kebolehpercayaannya, akan diedarkan kepada semua responden dan dipungut sendiri oleh penyelidik pada hari berkenaan atau beberapa hari selepas itu.
      4. Senarai semak pula akan ditadbir sendiri oleh penyelidikan melalui sesi pemerhatian terhadap pelaksanaan pengajaran guru mengikut slot-slot pilihan dalam pengajaran-pembelajaran guru-murid.
    1. Kajian Rintis
      Kajian rintis telah dijalankan oleh penyelidik ke atas 28 orang  guru permulaan di sekolah pilihan yang bukan termasuk dalam sample kajian. Sample untuk tujuan kajian rintis ini mempunyai persamaan dari segi sifat dan cirri daripada sample sebenar. Penyelidik menggunakan 28 sampel dalam kajian rintis kerana Sarrilla (1998) pernah menggunakannya terhadap 20 sampel sahaja.

      Kajian rintis dibuat adalah untuk menguji tahap kebolehpercayaan / realibiliti instrument bagi menentukan tahap ketekalan dalaman melalui nilai pekali cronbach alpha. Hasil kajian rintis tersebut dinyatakan seperti jadual 1 berikut: 
Jadual 1:  Keputusan Kajian Rintis
No. Item
Item
Variable

Nilai Alpha (α) Pilot Test
Jumlah

1-6
Demografi
var 1 – var 6
-
α.9101
B1 – B10

Bahagian B: Perancangan  Pengajaran dan Pembelajaran
var1 – var 10
α .8992
C1 – C8

Bahagian C; Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
var 1 – var 8
α .7926
      Berdasarkan Jadual 1 di atas, dari kajian rintis yang dijalankan oleh penyelidik menunjukkan indeks nilai kebolehpercayaan berada  pada cronbach α . 7926(stability coefficients) dan α .8992 (sufficient realibility) dan ditafsirkan sebagai acceptable standardised test for internal consistency (Walter R. Borg & Meredith Maien Gall, 1979. Dari satu aspek yang lainnya pula nilai pekali cronbach keseluruhan item berada pada nilai α . 91 yang ditafsirkan sebagai very good realibility ( Vierra, A.,  &  Pollock, J., 1992).
    1. Prosedur Pemerosesan Dan Analisis Data
        1. Untuk pepemprosesan data yang diperolehi,  bentuk statistik yang akan digunakan ialah statistik Deskriptif.  Data yang dikumpulkan akan dianalisis dengan menggunakan perisian `Statistical For The Sosial Science ( SPSS ) version 10.0  .


 
BAB IV
DAPATAN / ANALISIS DAN PERBINCANGAN
AMALAN PEDAGOGI PENGAJARAN SLOT PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI DALAM KALANGAN GURU-GURU PERMULAAN PRASEKOLAH. 
      4.0 Pendahuluan
      Bab ini bertujuan untuk menentukan amalan pedagogi pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu, Sarawak . Tumpuan khusus dalam bab ini adalah untuk menjawab soalan-soalan kajian dalam Bab I. 
      Hasil kajian akan dinyatakan dalam beberapa iaitu fasal 4.1, fasal 4.2, dan fasal 4.3.  Dalam fasal 4.1 perkara yang akan dihuraikan ialah analisis kajian berhubung pengaplikasian pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran guru-guru permulaan prasekolah dalam slot perkembangan bahasa dan komunikasi. Selian dari itu dalam fasal 4.1 juga akan dihuraikan ialah analisis kajian berhubung pengaplikasian pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran guru-guru permulaan prasekolah dalam slot perkembangan bahasa dan komunikasi.  Fasal 4.2 adalah berhubung perbincangan hasil kajian dan fasal 4.3 ialah mengenai rumusan dapatan kajian. 
      4.1 Hasil Kajian
      Hasil kajian tentang amalan pedagogi pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi bagi guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu, Sarawak akan dibincangkan dalam fasal-fasal yang berkenaan. Fasal 4.1.1 akan membincangkan analisis kajian berhubung pengaplikasian pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi. Fasal 4.1.2 akan membincangkan analisi kajian berhubung pengaplikasian pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi oleh guru-guru permulaan prasekolah. 
      1. Analisis pengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam merancang pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi

      Berdasarkan data yang dikutip, terdapat seramai 28 orang respondan  telah menyatakan pandangan mereka melalui soal selidik yang dihantar secara langsung kepada mereka. Respondad tersebut adalah terdiri daripada 28 orang guru-guru permulaan di pusat prasekolah di Daerah (Bahagian )Sibu. Jadual 1 berikut menunjukkan latar belakang respondan. 
Jadual 2: Latar belakang Respondan Mengikut Jantina, Pengalaman Mengajar, Kelulusan Akademik, Pengkhususan Di Maktab / Universiti dan Mata Pelajaran Yang Diajar Sekarang.

Pembolehubah

Kekerapan
Jantina
Lelaki
4 (14.3%)
Perempuan
24 (85.7%)
Pengalaman Mengajar
Tahun Pertama
6 (21.4%
Tahun Kedua
9 (32.1%
Tahun Ketiga
13 (46.4%)
Kelulusan Akademik
SPM
17 (60.7%)
STPM
10 (35.7%)
Diploma
0  (0.0%)
Ijazah
1 (3.6%)
Pengkhususan Di Maktab / Universiti
Pengajian Prasekolah
26 (92.9%)
Pengajian Melayu
0 (0.0%)
Pengajian Inggeris
0 (0.0%)
Am
2 (7.1)
Mata Pelajaran Yang Diajar Sekarang
Prasekolah
28 (100.0%)
Jadual 3: Mengaplikasikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Perancangan Pengajaran Slot Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi. 
Item
(N=28)
STS
TS
S
SS
Min
Sisihan Piawai
Sentiasa merancang kategori belajar melalui bermain yang sesuai dalam pendakatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
0
(0.0%)
2
(7.1%)
17
(60.7%)
9
(32.1%)
3.250
.5853
Sentiasa mencatatkan kategori main yang perlu/hendak digunapakai dalam perancangan pendekatan pengajaran.
0
(0.0%)
4
(14.3)
21
(75.0%)
3
(10.7)
2.964
.5079
Sentiasa merancang aktiviti bermain yang bersesuaian dengan perkembangan murid-murid
0
(0.0%)
0
(0.0%)
19
(67.9%)
9
(32.1%)
3.321
.4756
Sentiasa merancang penggunaan bahan sumber yang bersesuaian dengan kategori main yang hendak gunapakai dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran di bilik kelas.
0
(0.0%)
3
(10.7%)
13
(46.4%)
12
(42.9%)
3.321
.6696
Sentiasa merancangan beberapa soalan bertujuan menyuburkan perkembangan bahasa muird-murid melalui aktiviti bermain.
0
(0.0%)
1
(3.6%)
17
(60.7%)
10
(35.7%)
3.321
.5480
Sentiasa merancang supaya unsur kesepaduan pendekatan main sambil belajar dan pendekatan bertema dan bersepadu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
0
(0.0%)
1
(3.6%)
18
(64.3%)
9
(32.1%)
3.285
.5345
Sentiasa merancang untuk menerapkan nilai-nilai kemahiran dan pengetahuan yang diserapkan melalui pendekatan belajar melalui bermain.
0
(0.0%)
0
(0.0%)
17
(60.7%)
11
(39.3%)
3.392
.4973
Sentiasa merancang untuk menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam P & P melalui pendekatan belajar melalui bermain.
0
(0.0%)
2
(7.1%)
14
(50.0%)
12
(42.9%)
3.357
.6215
Sentiasa memilih stretegi bermain yang bersesuaian untuk menyebatikan nilai-nilai murni.
0
(0.0%)
0
(0.0%)
17
(60.7%)
11
(39.3%)
3.392
.4973
Sentiasa merancang supaya kategori main yang dipilih bersesuaian dengan objektif pelajaran hendak yang dicapai.
0
(0.0%)
2
(7.1%)
14
(50.0%)
12
(42.9%)
3.357
.6215

Purata
0%
5.35%
59.66%
35.0%
3.296

(Realibility : α .8992)
      
      Dari Jadual 3 di atas, secara keseluruhannya 59.66% dan 35.0% guru-guru permulaan memberi pandangan bahawa mereka mengambil kira pendekatan belajar melalui bermain apabila merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru permulaan juga memberi pandangan bahawa aspek menerapkan nilai-nilai kemahiran dan pengetahuan yang diserapkan melalui pendekatan belajar melalui bermain (60.7% dan 39.3%) dan memilih strategi bermain yang bersesuaian untuk menyebatikan nilai-nilai murni (60.7% dan 39.3%) adalah sepenuhnya dibuat dalam menyediakan perancangan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kelas prasekolah. Selain dari itu guru-guru permulaan prsekolah juga bersetuju bahawa mereka senitasa merancang aktiviti bermain yang bersesuaian  dengan perkembangan murid. 
      Walau bagaimanapun, dari Jadual 3 tersebut adalah didapati bahawa aspek mencatat kategori main yang perlu / hendak digunapakai dalam perancangan pendekatan pengajaran mendapat skor kurang setuju yang paling tinggi. 14.3%  guru-guru permulaan prasekolah tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.  Ini menunjukkan bahawa guru-guru permulaan hanya merancang aktiviti bermain tanpa mengkategorikan jenis main yang hendak digunakan dalam pendekatan yang dikenal pasti. Begitu jugalah terdapat 10.7% guru-guru permulaan kurang bersetuju sentiasa merancang penggunaan bahan sumber yang bersesuaian dengan kategori main yang hendak digunapakai dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kelas prasekolah. Data ini menunjukkan bahawa guru-guru permulaan ada merancang bahan sumber untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tetapi mereka tidak menitikberatkan kelasifikasi bahan tersebut dengan kategori main yang hendak digunapaka oleh mereka. 
4.1.2: Analisis mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain pelaksanaan pengajaran dalam slot perkembangan bahasa dan komunikasi. 
      Analisis berhubung pengaplikasian pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi dapat diperoleh dari Jadual 4 di bawah. 
Jadual 4:  Mengaplikasikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Pelaksanaan Pengajaran Slot Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi 
Item
(N=28)
STS
TS
S
SS
Min
Sisihan Piawai
Sentiasa menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam permulaan pengajaran
0
(0.0%)
3
(10.7%)
20
(71.4%)
5
(17.9%)
3.071
.5394
Sentiasa menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam  perkembangan pelajaran.
0
(0.0%)
2
(7.1%)
17
(60.7%)
9
(32.1%)
3.250
.5853
Menggunakan unsur belajar melalui bermain dalam penutup pengajaran
0
(0.0%)
5
(17.9%)
19
(67.9%)
4
(14.3%)
2.964
.5762
Selalu menyebatikan nilai-nilai murni melalui pendekatan belajar melalui bermain.
0
(0.0%)
0
(0.0%)
12
(42.9%)
16
(57.1%)
3.571
.5040
Mengamalkan belajar melalui bermain dalam setiap kali pengajaran dan pembelajaran  perkembangan bahasa.
1
(3.6%)
4
(14.3%)
14
(50.0%)
9
(32.1%)
3.107
.7860
Selalu memberi keutamaan latihan kemahiran motor halus melalui main air dan pasir bagi membolehkan murid menulis dengan baik.
3
(10.7%)
10
(35.7%)
10
(35.7%)
5
(17.9%)
2.607
.9165

 
Selalu menggunakan situasi bermain yang bermakna dan menyeronokkan .
0
(0.0%)
2
(7.1%)
18
(64.3%)
8
(28.6%)
3.214
.5681
Selalu menekankan pengamalan pembelajaran yang bermakna di kalangan murid, seperti permainan bahasa, nyanyian, lakonan, main peranan, bercerita dan lawatan.
0
(0.0%)
3
(10.7%)
15
(53.6%)
10
(35.7%)
3.250
.6455

Purata

0.0%

12.93%

55.81%

29.46%

3.129


(Realibility : α .7926)
 
      Secara keseluruhannya, 55.81% dan 29.46% guru-guru permulaan memberi pandangan bahawa mereka menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru permulaan juga memberi pandangan bahawa mereka selalu menyebatikan nilai-nilai murni melalui pendekatan belajar melalui bermain (42.29% dan 57.1%).  

      Walau bagaimanapun, dari Jadual 3 tersebut adalah didapati bahawa guru-guru permulaan kurang bersetuju bahawa mereka selalu memberi keutamaan latihan kemahiran motor halus melalui bermain air dan pasir bagi membolehkan murid menulis dengan baik (10.7% sangat tidak bersetuju dan 35.7% tidak bersetuju). Ini menunjukkan bahawa penggunaan sudut main pasir dan main air kurang dimanfaatkan oleh guru-guru permulaan untuk menyubur perkembangan fizikal (motor halus) bagi membolehkan murid-murid prasekolah menulis dengan baik.

 
      4.2 Perbincangan Hasil /Analisis Kajian
      Hasil kajian tentang amalan pedagogi pengajaran dan pembelajaran guru-guru permulaan prasekolah seperti yang dinyatakan dalam fasal 4.1.1, dan fasal 4.1.2, akan dibincangkan dalam bahagian ini dalam fasal-fasal berikut:- 
4.2.1 Mengaplikasikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Perancangan Pengajaran Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi 

      Berdasarkan maklumat yang diperolehi dan hasil kajian ini telah mendapati bahawa hampir semua semua guru permulaan (71.4% dan 17.9%) sentiasa menyediaan rancangan kategori bermain yang sesuai dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Daripada 28 orang respondan hanya 3 orang respondan (10.7%) yang tidak bersetuju mengatakan bahawa mereka menyediakan rancangan kategori bermain yang sesuai dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Dapatan ini mengukuhkan lagi pandangan Spodek & Saracho (1988) bahawa guru perlu membuat perancangan yang rapi sebelum memulakan pengajarannya di bilik darjah. Perancangan yang teliti adalah satu rancangan yang mengambilkira antara kategori main yang bersifat kependidikan (educational play) dan kategori main yang bukan bersifat kependidikan (noneducational play).
 
      Bukti-bukti daripada kajian ini juga memberi satu gambaran kepada kita bahawa guru-guru permulaan prasekolah sentiasa merancang aktiviti yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak (67.9% dan 32.1%). Menurut Doris Bergen (1988, 169-180) sesuatu aktiviti yang dirancang oleh guru adalah perlu menitik beratkan kesesuaian antara kategori dan jenis main dengan aspek pembelajaran atau perkembangan kanak-kanak. 
      Dariapada soal selidik kajian ini ia juga jelas menunjukkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah sentiasa merancang penggunaan bahan sumber yang bersesuaian dengan kategori main yang hendak diguna pakai dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (46.4 % dan 42.9%). Maklum balas ini mengukuhkan lagi pandangan yang dibuat oleh Margaret Lay-Dopyera dan John Dopyera (1993) bahawa pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah menuntut guru merancang sumber yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak.  
      Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa guru-guru permulaan sentiasa merancang soalan-soalan bertujuan menyuburkan perkembangan bahasa murid-murid melalui aktiviti bermain. 60.7% dan 35.7% respondan memberi pandangan bahawa mereka merancang soalan-soalan yang berkaitan dalam persediaan mengajar mereka. Kajian Margaret Lay-Dopyera dan John Dopyera (1993) ke atas pengajaran guru yang bernama Kate membuktikan bahawa guru tersebut menggunakan persediaan mengajar dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Guru yang dikaji (Kate) oleh Margaret Lay-Dopyera dan John Dopyera melakukan soalan dan penyoalan dalam bilik darjah berlandaskan soalan-soalan yang telah dirancangkannya. Dengan adanya satu rancangan soalan-soalan bertujuan untuk menyuburkan perkembangan bahasa kanak-kanak, seseorang guru berupaya untuk membawa murid-muridnya melepasi tahap perkembangan proximal(Vygotsky, 1988). 

      Berdasarkan soal selidik dari respondan, adalah didapati bahawa guru-guru permulaaan sentiasa merancang untuk memasukkan unsur-unsur kesepaduan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (64.3% dan 32.1%). Data ini menjelaskan bahawa amalan pedekatan bersepadu dalam kalangan guru-guru permulaan di Daerah Sibu amat menggalakkan. Dapatan kajian yang dibuat oleh Shatz dan Gelman (1977, 189-198) ke atas murid-murid prasekolah menunjukkan bahawa unsur kesepaduan kemahiran dalam perkembangan bahasa perlu dirancang sama ada kemahiran mendengar dan kemahiran bercakap atau kemahiran menulis dan kemahiran membaca. Sehubungan dengan itu Morrison (1995, 367), menyarankan unsur kesepaduan dalam pelaksanaan kurikulum adalah bertujuan untuk membantu murid-murid membuat perkaitan antara mata pelajaran yang dipelajari mereka di bilik darjah.
 
      Dari soal selidik adalah didapti bahawa guru-guru permulaan prasekolah sentiasa merancang untuk menerapkan nilai-nilai kemahiran dan  pengetahuan yang diserapkan melalui belajar melalui bermain. Dapatan dari soal selidik ini selaras dengan satu kajian yang dibuat oleh Warren-Leubecker dan Bohannon (1989) berhubung nilai dalam berkomunikasi. Nilai dalam komunikasi perlu dibimbing (rancang) untuk membantu kanak-kanak menyedari tentang perbezaan nilai dalam komunikasi. Terdapatnya perbezaan nilai semasa berkomunikasi dengan rakan sebaya dan dengan orang lebih dewasa. Pernyataan yang diperoleh dari soal selidik ini mengukuhkan amalan pedagogi pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan dalam kandungan Kurikulum Kebangsaan Prasekolah. 
      Unsur kemahiran berfikir adalah satu keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran di pusat prasekolah. Data yang diperoleh dari soal selidik menunjukkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah sentiasa merancang unsur penyebatian kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (50.0% dan 42.1%). Hanya 2 (7.1%) dari 28 orang respondan menyatakan mereka kurang bersetuju ada merancang penyebatikan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Seifert dan Hoffnung (1991), perkembangan kognitif kanak-kanak amat mempengaruhi pemikiran kanak-kanak, perasaan dan juga tingkah laku mereka. Memandangkan bacaan adalah satu tingkah laku berfikir dan memahami, dan belajar membaca adalah satu proses konstrukif dalam penyelesaian masalah, Mason (1986, 48-66), mencadangkan mengajar bacaan hendaklah dirancang dan difokuskan kepada cara kanak-kanak berfikir. Hal yang sama pernah diingatkan oleh Marrison (1995, 357) agar guru-guru pendidikan prasekolah perlu memasukkan kemahiran berfikir melalui soalan dan penyoalan dalam bilik darjah. Dengan adanya membuat rancangan secara sistematik ini kanak-kanak dapat dibantu untuk membuat perkaitan antara makna dan fungsi dengan baik.
      Dari data soal selidik adalah didapati bahawa 60.7% dan 39.3% guru-guru permulaan prasekolah sentiasa memilih strategi yang sesuai untuk menyebatikan nilai-nilai murni. 50.0% dan 42.9%  respondan memberi pandangan bahawa mereka sentiasa merancang kategori main yang dipilih sesuai dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai. Data ini memberi makluman bahawa guru-guru permulaan prasekolah masih mengamalkan nsur-unsur yang ditekankan semasa dalam latihan di maktab perguruan. 
      Dapatan kajian ini diperkukuhkan lagi melalui pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik secara langsung ke atas persediaan mengajar guru semasa kunjungan untuk mentadbir soal selidik di sekolah-sekolah yang terbabit. Satu senarai semak pemerhatian digunakan oleh penyelidik untuk mendapat maklumat yang berkaitan. Dapatan pemerhatian dirumuskan oleh penyelidik seperti dalam Jadual 6 .
Jadual 6: Rumusan Senarai Semak Pemerhatian Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Dari Aspek Tulisan 

Kategori Main
Aktiviti-aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Min
Main Sosioemosi / Main Pondok dll
Menulis Huruf Objek
Menulis Nama Objek
2.20
16
(57.1%
4
(14.3%)
Main Kognitif / Manipulatif dll
Membentu Huruf Dari Bongkah
Membentuk Huruf Dari Doh
1.75
1
(3.6%)
3
(10.7%)
Main Sosiodrama / Main Peranan dll
Tulis Huruf Kpd Ibu / Bapa

4.0
1
(3.6%)

Permainan Luar / Bebas dll
Menconteng Atas Pasir
Menulis Dalam Air
2.0
2
(7.1%)
1
(3.6%)

 
      Berdasar Jadual 6 di atas, guru-guru permulaan lebih gemar memilih kategori Main Sosioemosi / Main Pondok / Afektif lebih kerap (57.1% dan 14.3%) untuk mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam menyediakan rancangan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Dari pemerhatian ini juga dapat dirumuskan bahawa guru-guru permulaan kurang menggunakan kategori Main Sosiodrama / Main Peranan dalam merancangan pengajaran mereka.  
      Walau bagaimanapun dapatan dari pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik secara langsung ini menunjukkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain ketika merancang pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam bilik darjah.
4.2.2 Mengaplikasikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Pelaksanaan Pengajaran Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi 
      Berdasar Jadual 4, secara keseluruhannya respondan bersetuju memberi pandangan bahawa mereka mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran perkembangan Bahasa dan Komunikasi (55.81%  bersetuju dan 29.46% sangat bersetuju). Skor yang paling tinggi dari segi pandangan mengenai pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain ialah penyebatian nilai murni melalui pendekatan belajar melalui bermain. Semua respondan memberi pandangan bahawa mereka menerapan nilai murni melalui aktiviti belajar melalui bermain. 42.9% respondan bersetuju dan 57.1% respondan sangat bersetuju dengan pernyataan tersebut. 
      64.3% dan 28.6% respondan menyatakan bahawa mereka selalu menggunakan situasi bermain yang bermakna dan menyeronokkan dalam pelaksanaan pengajaran di bilik darjah.  Bermain yang bermakna dan menyeronokkan dalam pelaksanaan pengajaran di bilik darjah adalah yang merujuk kepada educational play (Spodek & Saracho, 1988, 9-22). Permainan yang bersifat kependidikan dalam konteks pengajaran bagi murid-murid prasekolah memerlukan satu  perancangan strategi yang sesuai dan rapi. 
      Dari aspek menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam perkembangan pelajaran 60.7% dan 32.1% respondan memberi pandangan bahawa mereka melaksanakannya dalam amalan pengajaran di bilik darjah. Jenis main yang digunapakai dalam pelaksanaan amalan pengajaran dan pembelajaran adalah yang meliputi permainan yang dirancang dengan teliti dan memasukkan beberapa unsur berkaitan dengan peraturan-peraturan dalam pelaksanaanya. Murid-murid hendaklah diajar tentang strategi permainan terlebih dahulu bagi memungkinkan pelaksanaannya berjalan dengan baik. Kajian Hawkin (1965) mendapati permainan dramatik adalah amat berguna dalam perkembangan sosial dan sekali gus membantu pembelajaran bahasa dalam kalangan murid-murid prasekolah. 
      53.6% dan 35.7% respondan memberi pandangan bahawa mereka selalu menekankan pengamalan pembelajaran yang bermakna di kalangan murid, seperti permainan bahasa, nyanyian, lakonan, main peranan, bercerita dan lawatan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengamal pusat prasekolah menerima secara positif bahawa pendekatan belajar melalui bermain adalah suatu pendekatan teras. Aktiviti menulis dan membaca di pusat prasekolah dapat dicapai dengan berkesan apabila murid-murid menerokanya sendiri melalui penerokaan yang menyeronokkan (main) dengan bahan-bahan dipersekitarannya mereka (Janice J.Beaty, 1998,294). Dapatan ini juga sejajar dengan dapatan kajian-kajian yang dibuat oleh Gentile & Hoot, 1983; Pellegrini, 1980; Wofgang & Sanders, 1981 yang mengatakan bahawa permainan dramatik adalah aktiviti simbolik yang menyeronokkan seperti dalam tulisan dan bacaan yang ada unsur-unsur yang bersifat simbolik. 
      71.4% dan 17.9% respondan memberi pandangan bahawa mereka sentiasa menggunakan pendekatan belajar melalui bermain dalam permulaan pengajaran. Pandangan yang diberikan oleh respondan seperti ini memperlihatkan kepekaan mereka tentang peri pentingnya permulaan pengajaran yang menyeronokkan. Menurut J. Piaget bahawa murid-murid prasekolah yang berumur 5 hingga 6 tahun masih berada dalam peringkat perkembangan praoperasi konkrit. Unsur bermain sebagai pencetus berfikir adalah sesuai dan berkesan. 
      67.9% dan 14.3% respondan memberi pandangan mereka sentiasa menggunakan unsur belajar melalui bermain dalam penutup pengajaran. Dari data yang dikutip ia jelas menunjukkan bahawa guru-guru permulaan bersetuju bahawa penutup bagi setiap aktiviti di bilik kelas prasekolah akan lebih menarik dengan adanya penutup yang menyeronokkan. Penggunaann teknik nyanyian dan pergerakan kreatif selalunya mengakhiri sesuatu sesi slot pengajaran di bilik prasekolah. Dapatan dari data ini ada kaitannya dengan kajian yang dibuat oleh M.Greenberg (1979, 110-111) ke atas Jimmy, seorang murid prasekolah. Kajiannya memperlihatkan bahawa nyanyian yang dipilih oleh guru perlulah mengambil kira nyanyian yang pernah dalam pengalaman murid. Nyanyian-nyanyian yang di luar pengalaman murid atau di luar konteks budaya murid akan menyebabkan ia tidak diminati oleh mereka. 
       50.0% dan 32.1% respondan memberi pandangan mereka mengamalkan belajar melalui bermain dalam setiap kali pengajaran dan pembelajaran  slot perkembangan bahasa dan komunikasi. 35.7% dan 17.9% respondan memberi pandangan bahawa mereka selalu memberi keutamaan latihan kemahiran motor halus melalui main air dan pasir bagi membolehkan murid menulis dengan baik.   Latihan motor halus dengan menggunakan unsur bermain air memang dianggap sesuai dijalankan oleh guru-guru dalam bilik darjah. Dapatan dari maklum balas soal selidik mendapati hanya sebilangan kecil sahaja guru-guru permulaan menggunakan unsur main air dalam membantu perkembangan bahasa murid-murid walaupun permainan air adalah merupakan salah satu permainan manipulatif dan juga boleh diklasifikasikan sebagai main bebas membantu perkembangan motor dan perkembangan afektif bagi murid-murid prasekolah. Menurut Dorothy Cohen (1972) dengan menyediakan permainan air dan pasir, murid-murid prasekolah dapat berpeluang untuk meneroka dan membentuk makna mereka sendiri. 
      Dapatan kajian ini diperkukuhkan lagi melalui pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik secara langsung ke atas persediaan mengajar guru semasa kunjungan untuk mentadbir soal selidik di sekolah-sekolah yang terbabit. Satu senarai semak pemerhatian digunakan oleh penyelidik untuk mendapat maklumat yang berkaitan. Dapatan pemerhatian dirumuskan oleh penyelidik seperti dalam Jadual 7 . 
Jadual 7: Rumusan Senarai Semak Pemerhatian Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Dari Aspek Tulisan 

Kategori Main
Aktiviti-aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Min
Main Sosioemosi / Main Pondok dll
Menulis Huruf Objek
Menulis Nama Objek
2.20
16
(57.1%
4
(14.3%)
Main Kognitif / Manipulatif dll
Membentu Huruf Dari Bongkah
Membentuk Huruf Dari Doh
1.75
1
(3.6%)
3
(10.7%)
Main Sosiodrama / Main Peranan dll
Tulis Huruf Kpd Ibu / Bapa

4.0
1
(3.6%)

Permainan Luar / Bebas dll
Menconteng Atas Pasir
Baca dan Tulis Dalam Air
2.0

2
(7.1%)
1
(3.6%)


      Berdasar Jadual 7 di atas, guru-guru permulaan lebih memilih kategori Main Sosioemosi / Main Pondok / Afektif lebih kerap (57.1% dan 14.3%) untuk dilaksanakan dalam pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Menurut Beaty, J.J ( 1998,268), bahawa kanak-kanak pada peringkat prasekolah apabila disediakan dengan persekitaran yang kondusif contohnya melalui suasana yang menyeronokkan, akan memberi galakkan kepada mereka untuk meneroka dan menulis huruf secara bebas. Cara yang dilakukan oleh guru-guru permulaan ini adalah sejajar dengan pandangan Goodman (1986)
      ......if both teacher and children attempt to understand written language. In this way, the children will greater reading power.
      
      Selain dari itu pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik juga menunjukkan bahawa kategori Main Sosiodrama / Main Peranan kurang dilaksanakan oleh guru-guru permula dalam pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi.  

      Walau bagaimanapun secara keseluruhannya hasil dari pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik semasa pelaksanaan pengajaran dilakukan oleh guru, ia dapat mengukuhkan dapatan kajian ini bahawa guru-guru permulaan prasekolah mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam aktiviti  pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi. 
 
      Berdasarkan analisis data dari soal selidik dan senarai semak pemerhatian yang dijalankan oleh penyelidik, maka bolehlah disimpulkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu mahir mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Rumusan ini adalah bersandar kepada maklumat yang diberikan oleh guru-guru permulaan melalui soal selidik (Jadual 3, dan Jadual 4) serta pemerhatian secara langsung pengajaran guru dalam bilik darjah oleh kumpulan penyelidik (Jadual 6 dan Jadual 7). 
4.2.3 Kekangan dalam kajian
      Secara amnya penyelidik menghadapi beberapa kekangan untuk menganalisiskan data dalam bentuk kuantitatif secara deskriptif. Masalah menyebatikan prinsip triangulation dalam kajian deskriptif mengalami satu kesukaran. Penyelidik sedar tentang keperluan membuat triangulation dalam kajian bercorak deskriptif. Namun unsur yang dikaji ialah amalan pedagogi pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru permulaan prasekolah. Perkara utama yang menjadi kekangan penyelidik ialah apabila penyelidik tiada keupayaan melaksanakan triangulation melalui sesi temu bual untuk mengesahkan antara data yang ditulis sendiri oleh respondan dan perkara yang diperhatikan oleh penyelidik. Faktor kesuntukan masa dan kewangan yang ketat menyebabkan penyelidik mengambil keputusan untuk mengabaikan sesi temu bual dengan respondan.
      Perkara yang kedua menjadi kekangan penyelidik ialah dari segi masa kajian ini dibuat. Kajian ini hanya melalui masa yang agak pendek yakni hanya dalam tempoh dua bulan sahaja. Kekangan masa yang dialami oleh penyelidik adalah ekoran dari kebenaran bertulis daripada pihak-pihak yang berwajib agak lewat diterima. 

      Kekangan yang ketiga ialah kajian ini tidak melihat pemerolehan sintaksis dan semantik dari faktor sosio - psikologi. Pengkaji memang sedar bahawa faktor sosio-psikologi mempunyai kaitan yang amat erat dalam mempengaruhi pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Faktor -faktor budaya, politik, dan ekonomi dalam persekitaran individu itu memang mempunyai pengaruh ke atas perkembangan bahasa. Bukti-bukti daripada kajian yang dibuat oleh Basil Bernstein (1962) dan Frank Riessman (1962) yang mendapati bahawa faktor persekitaran seperti budaya, politik dan ekonomi mempengaruhi pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak golongan pertengahan dan golongan buruh di England dan kanak-kanak di kawasan setinggan atau ghetto di Amerika Syarikat.  Kajian-kajian lain seperti yang dibuat oleh Well ( 1981 ; 1985), Snow (1972), Newport dan Gleitman (1979) dan Ringler (1978) telah membuktikan bahawa proses pembelajaran bahasa adalah akibat daripada interaksi orang dewasa dengan kanak-kanak.

 


 
BAB V
RUMUSAN
      5.0. Pendahuluan
      Bab ini akan membincangkan pandangan keseluruhan tentang rumusan kajian yang dijalankan dan kesimpulan yang dapat dibuat daripada dapatan kajian. Rumusan tentang tujuan, soalan kajian, sampel, prosedur dan instrumen kajian akan dibincangkan dalam fasal 5.1.  Fasal 5.2 adalah yang berkaitan dengan kesimpulan dapatan kajian mana kala fasal 5.3 akan membicarakan implikasi dapatan kajian ini.  
      5.1 Rumusan Kajian
      Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji amalan pedagogi pengajaran slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan prasekolah dari aspek kemahiran menulis dan membaca. Secara spesifiknya tumpuan kajian ialah kepada pendekatan pengajaran belajar melalui bermain di kelas prasekolah. Di samping itu kajian ini juga ingin melihat amalan pedagogi pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan. 
      Selain daripada tujuan utama di atas kajian ini juga bertujuan untuk meninjau amalan pedagogi pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi di pusat prasekolah dalam kalangan guru-guru permulaan.
. Soalan-soalan kajian ini adalah seperti berikut:-
  1. Sejauh manakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran perkembangan bahasa dan komunikasi?, dan;

2.   Sejauh manakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran perkembangan bahasa dan komunikasi? 
      Sample kajian ini meliputi 28 orang guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu, Sarawak. Jumlah sample tersebut mewakili lebih dari 70% (tujuh puluh peratus) dari 40 buah pusat prasekolah di sekolah kebangsaan di Daerah Sibu.  
      Prosedur pengumpulan data yang dijalankan oleh penyelidik meliputi aspek-aspek penentuan subjek, taburan respondan, metod pengumpulan data dan pentadbiran kajian.  Secara keseluruhannya penentuan subjek kajian adalah secara rawak dengan mengambil kira kemudahcapaian respondan. Sekolah-sekolah yang sukar dihubungi dengan jalan raya dikecualikan. Oleh yang demikian tiada data yang mewakili maklumat amalan pedagogi pengajaran di pusat prasekolah di kawasan pesisiran pantai dan kawasan pedalaman di Daerah Sibu. 
      Taburan respondan dilakukan secara rawak. Seramai 28 orang guru permulaan prasekolah digunakan sebagai sample. Ia meliputi 70% dari populasi guru prasekolah di Daerah Sibu. Jumlah ini dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi kerana hampir semua guru prasekolah diambil sebagai sample. 
      Dengan menggunakan metod tinjauan dan pemerhatian, pengkaji dapat membuat triangulation. Data yang diperoleh dari tinjuan melalui soal selidik kemudiannya dibuat tringulation melalui pemerhatian secara langsung oleh penyelidik di sekolah-sekolah yang berkenaan. Dengan cara ini segala maklumat dari tinjauan akan dapat disemak kebolehpercayaanya melalui data-data yang dikutip melalui pemerhatian. Walau bagaimanapun masih terdapat kelemahan dengan cara yang sedia ada. Penyelidikan bersifat desriptif akan lebih tinggi kebolehpercayaannya apabila triangulation secara temu bual dapat dilakukan oleh penyelidik. Triangulation melalui temubual tidak dapat dijalankan oleh penyelidik akibat faktor masa dan kewangan. 
      Dari aspek pentadbiran alat kajian terdapat beberapa kekuatan yang dilakukan oleh penyelidik. Data tinjauan dijalankan semasa lawatan ke sekolah. Setelah data dilengkap isi oleh respondan penyelidik mengutip semua soal selidik pada ketika itu. Pada ketika yang sama penyelidik terus membuat pemerhatian ke atas rancangan mengajar dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru. Data-data yang diperoleh adalah secara langsung oleh penyelidik sendiri. 
5.2     Kesimpulan Kajian
            Pada keseluruhannya kajian ini telah memberi jawapan kepada dua perkara pokok dalam amalan pedagogi pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi di bilik darjah prasekolah dari aspek kemahiran membaca dan kemahiran menulis iaitu; 
  1.    Sejauh manakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi?

2. Sejauh manakah guru-guru permulaan mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi? 
      Tegasnya daripada bukti-bukti yang terdapat dalam penyelidikan ini menunjukkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu mahir mengaplikasikan perancangan pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi. 59.66% dan 35.0% respondan memberi pandangan mereka bahawa mereka mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam perancangan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Dapatan ini diperkukuhkan lagi melalui rumusan data pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik iaitu 57.1% dan 14.3% respondan merancang memilih kategori Main Sosioemosi / Main Pondok, 3.6% dan 10.7% memilih kategori Main  Kognitif / Manipulatif, 7.1% dan 3.6% memilih kategori Permainan Luar / Bebas dan 3.6% memilih kategori Main Sosiodrama / Main Peranan. 

      Guru-guru permulaan prasekolah di Daerah Sibu adalah juga mahir mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran slot perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Iaitu 58.81% dan 29.46% respondan bersetuju memberi pandangan bahawa mereka mengaplikasikan pendekatan belajar melalui bermain dalam pelaksanaan pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi. Dapatan ini diperkukuhkan lagi melalui rumusan data pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik. Dapatan ini diperkukuhkan lagi melalui rumusan data pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik. Terdapat 57.1% dan 14.3% respondan telah melaksanakan aktiviti kategori Main Sosioemosi / Main Pondok, 3.6% dan 10.7% memilih aktiviti kategori Main  Kognitif / Manipulatif, 7.1% dan 3.6% memilih aktiviti kategori Permainan Luar / Bebas dan 3.6% memilih aktiviti kategori Main Sosiodrama / Main Peranan dalam pengajaran dan pembelajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi.
 
      5.4 Implikasi Dapatan
      Dapatan-dapatan kajian yang disimpulkan di atas mempunyai beberapa implikasi terhadap pendidikan bahasa, khususnya terhadap teori pembelajaran bahasa dan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak di peringkat prasekolah. 
      Pertama, dapatan-dapatan kajian ini memberi natijah bahawa perancangan program atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah vital dalam menentukan keberkesanan pembelajaran bahasa. Menurut Cazden (1972) dan Krashen (1981) bahawa proses pembelajaran bahasa kedua sewajarnya mesti selari dengan proses pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak. 
      Kedua, dapatan-dapatan kajian ini mengukuhkan lagi pandangan Morrison (1995) bahawa penyediaan program atau aktiviti yang berkualiti di pusat prasekolah memerlukan suatu perancangan yang teliti. Walau bagaimanapun, dapatan dari kajian ini juga memberi gambaran kepada kita bahawa guru prasekolah perlulah mempunyai orientasi linguistik dan psikologi untuk membantu mereka menghadapi kanak-kanak yang baru melangkah ke alam persekolahan di peringkat prasekolah.  
      Dapatan kajian ini juga menyokong bentuk Sukatan Prasekolah Kebangsaan bagi Pendidikan Prasekolah Kebangsaan sekarang (Kementerian Pelajaran Malaysia,1993) kerana sukatan ini selari dengan teori bahasa dan psikologi mutakhir. Tegasnya, sukatan pelajaran ini mempunyai unsur pengajaran slot Perkembangan Bahasa dan Komunikasi yang berasaskan pendekatan belajar melalui bermain adalah sesuai dengan perkembangan kanak-kanak peringkat praoperasi. 
      Hakikat ini menggambarkan bahawa guru-guru permulaan prasekolah perlulah mempunyai orientasi linguistik dan psikologi tertentu yang dapat membantu mereka mentafsir sukatan pelajaran serta memilih strategi, membina dan menyusun bahan pengajaran secara berkesan. Di samping itu pembelajaran bahasa di kelas prasekolah merupakan lanjutan dari pemerolehan bahasa di rumah (Lindfors, 1980) iaitu melalui penerokaan.(exploratory play). 

      Hakikat yang ternyata di atas mempunyai implikasi tertentu terhadap pengajaran bahasa di bilik kelas prasekolah. Ia membayangkan bahawa angkubah guru sebagai “model bahasa” dan pengajar bahasa mempunyai hubungan yang rapat. Dari sudut yang lainnya bahawa amalan pendekatan, prosedur dan teknik mengajar serta bahan pengajaran yang digunakan oleh guru juga mempunyai hubungan dengan keberkesanan pembelajaran bahasa di bilik kelas prasekolah.
 
5.5  Cadangan Untuk Penyelidikan Lain Pada Masa Akan Datang.
      Penyelidik memang menyedari tentang beberapa batasan penyelidikan ini. Pertama penyelidikan ini dijalankan terhadap kanak-kanak peringkat prasekolah di pusat prasekolah Daerah dan respondannya adalah terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai sosioekonomi yang pelbagai. Kanak-kanak prasekolah di luar bandar dan dalam bandar , dan kanak-kanak pada peringkat umur yang sama dan umur yang berbeza-beza. Ketiga adalah pemerhatian pengajaran slot bahasa dan komunikasi terhadap kanak-kanak prasekolah dibuat dalam satu tempoh masa yang amat singkat. Memandangkan pemilihan sampel dibuat oleh pengkaji dengan mengambil kira jangka masa untuk pemerhatian agak singkat berbanding beberapa kajian yang pernah dibuat oleh Brown (1973) dan Wells (1981) yang memakan masa selama satu tahun, maka sudah pastilah kajian ini hanya mampu membuktikan beberapa ciri umum amalan peadagogi pengajaran bahasa dan komunikasi dari bacaan dan tulisan. Penyelidikan jangka panjang mungkin lebih memberi input yang lebih banyak . Banyak unsur lain yang akan dicungkilkan untuk menjadi renungan kita bersama.
      Walau bagaimanapun, hasil penyelidikan ini amat menggalakkan dan perlu diperkemaskan lagi kaedah kajian atau penyelidiakan yang sedia ada ini agar dapat pola-pola pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Penyelidikan ini yang dijalankan secara deskriptif mungkin akan diperkemasakan menjadi kajian yang bercorak kuantitatif yang lebih mantap.
      Dengan pembatasan dan implikasi kajian ini maka pastilah ia dapat dijadikan sebagai landasan baru untuk kajian-kajian bahasa kanak-kanak yang selanjutnya, khususnya tentang perkara-perkara seperti berikut:-
      1. Penyelidikan jangka panjang (longitudinal) terhadap amalan pedagogi pengajaran bahasa dan komunikasi dalam kalangan guru-guru permulaan di sekolah-sekolah bandar atau luar bandar.
      2. Penyelidikan terhadap faktor-faktor sosio-psikologi dalam pengajaran slot perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak prasekolah.



No comments:

Post a Comment